tag:blogger.com,1999:blog-4622382779101252342024-03-15T18:09:24.927-07:00papamamabuffyfluffypapamamabuffyfluffyhttp://www.blogger.com/profile/04469617235334934899noreply@blogger.comBlogger81125tag:blogger.com,1999:blog-462238277910125234.post-40181260167905185992023-06-13T19:56:00.000-07:002023-06-13T19:56:12.162-07:00Perjalanan Sekarang Sebagai Pejuang Kanser
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hiii....
Pertama sekali, mungkin gaya penulisan kali ini agak berbeza dengan yang sebelum-sebelumnya kerana dah terlalu lama tidak menulis.
Pagi ini terasa nak menjengok blog yang dah lama sangat di tinggalkan. Begitulah kehidupan, banyak yang perlu diuruskan. Keluarga, kerjaya, kesihatan dan hal-hal peribadi dan sampingan yang lain. Lelah! Tetapi, tetap juga kena teruskan hidup selagi nafas masih ada.
Alhamdulillah, walau perjalanan ini terasa lelah. Sejak dari posting terakhir sehingga hari ini, ada beberapa achivement (kerjaya) yang Allah rezekikan untuk aku. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Dalam awal tahun aku mendapat Anugerah Pekerja Cemerlang peringkat jabatan. Tahun ini juga aku memohon kenaikkan pangkat setelah semua dokumen lengkap dan aku berlapang dada untuk memohon (semoga Allah berikan khabar baik untuk permohonan ini. Amin ya Allah). Rezeki seterusnya yang aku terlalu tidak menyangka-nyangka. Sekali lagi aku mendapat Anugerah Pekerja Cemerlang peringkat institusi dan pengiktirahan ini dari HQ. Alhamdulillah ya Allah. Alhamdulillah.
Berkenaan kesihatan, Alhamdulillah aku baik-baik sahaja. Rutin follow up seperti biasa. Berkenaan kanser, follow up macam biasa. Alhamdulillah, semua baik-baik setakat hari ini. Tetapi aku dah ada masalah kencing manis dan darah tinggi. Ada rutin ubat setiap hari dan aku tetap patuh dengan arahan doktor. Hasilnya, keputusan adalah baik dan semua terkawal. Cuma berkenaan hypertyroid, bulan lepas aku kembali mengambil Cabimazole. Hasil darah, kata doktor ada naik sikit dan aku tetap patuh. Doktor lebih maklum. Hasbunallahuwani'malwakil.
Berkenaan kerjaya. aku tetap dan masih mampu untuk bekerja seperti biasa. Memegang beberapa tugasan portfolio yang diarahkan dan setiap tugasan yang diarahkan aku cuba laksanakan sebaik mungkin. Aku tetap aku dan masih seorang aku. Cepat setel, cepat boleh rehat.
Mohon doakan aku, suamiku dan kucing-kucing kami yang 15 ekor semuanya sihat dan dalam keadaan baik-baik. Aku doakan semua pembaca blog aku ni, Allah mudahkan semuar urusan semua dunia akhirat, diberikan kejayaan dunia akhirat, diberikan kebahagian dunia akhirat, berlapang dada dan tenang-tenang sentiasa. Hasbunallahhuwani'malwakil.
papamamabuffyfluffyhttp://www.blogger.com/profile/04469617235334934899noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-462238277910125234.post-8154902757629061742022-01-26T19:33:00.002-08:002022-01-26T19:43:52.789-08:00Tanda-Tanda Kegagalan Jantung (Pengalaman sendiri)
Assalamualaikum dan hii.
Alhamdulillah, Allah masih lagi bagi peluang aku meneruskan kehidupan dan melaksanakan tanggungjawab di atas dunia ini.
Tajuk blog kali ini, aku akan bercerita mengenai tanda-tanda, rawatan dan tindakan yang aku ambil sepanjang perjalanan kisah kegagalan jantung berlaku.
Sekiranya anda pernah mengikuti kisah aku di blog ini, aku ada juga menceritakan perihal ini tetapi mungkin tidak terlalu lengkap dan tersusun.
Masalah kegagalan jantung yang aku hadapi dan baru ketahui di antara akhir tahun 2019 dan awal tahun 2020 hadir dengan beberapa tanda. Tanda-tanda ini, sekiranya diselusuri sudah agak lama muncul cuma aku terlalu naif. Mungkin.
Tanda- tanda awal:
1. Penat/ letih yang agak melampau. (Andai aku sedang melakukan kerja-kerja rumah, aku perlu untuk mengambil beberapa kali tempoh berehat sebelum menyambung kembali).
2. Kerap kali batuk. (Batuk yang mengambil tempoh agak lama untuk sembuh, dan 'on, off').
(Kedua-dua tanda di atas telah muncul sebelum tanda-tanda seterusnya. Kenapa aku kurang menghiraukan tanda-tanda ini. Antaranya, aku adalah bekas pesakit kanser dan aku juga mempunyai masalah hyperthyroid ketika itu. Jadi, sebagai bekas pesakit kanser aku menjangkakan ini mungkin kesan dari rawatan-rawatan yang sebelum ini ditambah pula dengan masalah thyroid yang sedang dihadapi).
3. Semput. (Lebih dari 3 kali aku ke bahagian kecemasan hospital dan aku diberi oksigen atas dasar aku mengadu aku semput dan tidak dapat bernafas dengan baik).
4. Batuk berkahak yang teruk (Bermula dari sini, aku berulang ke klinik kesihatan kerajaan dan swasta. Tetapi langsung tidak berkurang).
5. Saiz badan membulat (walaupun aku kurang makan sebab semput dan hilang selera makan. tetapi saiz badan makin membulat. Pipi tembam, perut membucit).
6. Berpeluh tanpa sebab. (Masalah ini pun aku menganggap ia disebabkan masalah thyroid. Keadaan berpeluh ketika itu seperti baru lepas berlari satu pusingan padang bola walhal, aku hanya duduk dan membuat kerja-kerja ofis yang sangat kurang pergerakkan).
7. Semput yang makin parah. (Ketika ini, aku tidak mampu untuk membawa fail kerja atau apa-apa yang berat untuk ke kelas. Berjalan beberapa langkah on the flat land pun aku perlu berhenti mencari nafas. Sungguh tidak selesa).
(Tanda-tanda terakhir seperti di bawah, membuatkan aku putus asa. Aku mula berdoa, mohon Allah ambil nyawa aku sesegera yang mungkin kerana aku tak mampu lagi untuk menanggung. Setiap kali temujanji, aku pasti akan mengadu berkenaan tanda-tanda ini. Jawapan mereka, mungkin sebab thyroid, mungkin sebab kesan rawatan kanser, mungkin sebab aku ada masalah anxiety. Tetapi tiada rawatan susulan dengan aduan aku. Sedih dan mengecewakan, tapi bila dikenang kembali, mungkin Allah tidak menggerakkan hati mereka ketika itu untuk buat further check up. Wallahualam).
8. Cirit-birit (on, off).
9. Langsung tidak dapat baring, mengiring dan tidur bagi tempoh yang lama (Ketika ini, aku hanya mampu tidur sambil duduk. Letih dan terlalu letih. Mengantuk tetapi tidak dapat tidur. Paling lama mungkin sejam atau dua jam. Kepala sakit, badan sakit, batuk berkahak tidak nampak tanda-tanda berkurang. Selang berapa saat, batuk lagi. Telan penadol beberapa biji mengharap dapat tidur, pun tidak berkesan langsung. Saat inilah aku mohon, Ya Allah, tolonglah ambil nyawa aku).
Apa tindakan yang aku buat apabila tanda-tanda ini muncul?
1. Aku mengadu kepada doktor pada setiap kali temujanji, rutin. Tiada tindakan susulan. ubat yang diberi ubat thyroid dengan dos ditambah. ECG test dibuat, hasilnya stabil/normal.
2. Suami membawa aku bercuti dengan alasan, mungkin aku ada masalah anxiety atas alasan beban kerja namun tiada perubahan. Malam pertama di hotel, suami bawa aku ke emergancy hospital kerajaan di daerah itu. Kadar oksigen aku normal. MO mengatakan aku hanya perlu berehat. Agaknya, MO juga assumed aku ada masalah anxiety ~ imoji sinis. Sedangkan, untuk aku melangkah 2 tapak aku perlu berhenti mencari oksigen. Perasaan itu seperti lemas di atas darat. Terkapai-kapai untuk hidup dan aku? Setiap kali itu berlaku, aku hanya minta mati. Percutian yang bukan cuti. Terperuk di dalam bilik. Hanya melayan angin laut berteman suami yang tidak putus asa memberikan semangat. Sama ketika melawan kanser dahulu. (He's only my caretaker yang ada di dunia ini, makhluk yang tak pernah kenal putus asa walaupun garang lebih dari singa 😂 hahaha....
3. Balik dari bercuti, suami membuat keputusan rujuk ke hospital lain untuk dapatkan pandangan kedua.
Sesampai di sana, aku dimasukkan ke zon kuning. Aku maklumkan aku tidak dapat berbaring, rasa lemas. Najis aku berwarna hijau. Masih batuk berkahak. Kaki bengkak. Aku letih teramat letih kerana terlalu kurang tidur. Rawatan terus diberikan.
Aku diberikan ubat lawas kencing. Rupanya, saiz aku yang membulat disebabkan water retantion. Berat air, boleh tahan banyak. Aku ditahan di wad, jangkitan kuman di paru-paru, ada liquid di paru-paru. Ia kesan dari jantung bengkak (hanya dikesan melalui Echo Testing bukan ECG Testing). Sel darah yang membawa oksigen, membawa sekali air ke jantung. Doktor memaklumkan, keadaan ini mungkin disebabkan kesan rawatan kimoterapi dahulu.
Tindakan doktor pakar di hospital ini adalah, menstabilkan tekanan darah dan mengembalikan keadaan jantung aku ke keadaan normal sebaik mungkin. Aku juga tidak boleh terlalu aktif dan perlu kawal pengambilan air dan makanan yang berbentuk sup. Maksimum sehari hanya 750 ml. Aku mula consumed dengan bisoprolol.
Keluar dari wad , Alhamdulillah. Keadaan bertambah baik. Much, much, much more better. Rekod dan rawatan aku dibawa kembali ke hospital lama kerana rekod rawatan kanser aku berada di sana. Aku telah dirujuk ke unit yang lebih tepat. Dos ubat thyroid dikurangkan. Dari 3 biji menjadi 1 biji sahaja. Hampir 2 bulan lepas, kes thyroid aku ditutup dan aku tidak perlu lagi untuk mengambil cabimazole. Alhamdulillah.
Sebagai makluman, injap jantung aku bocor/terbuka disebabkan jantung bengkak. Selain bisoprolol, aku dibekalkan dengan ubat lawas kencing. Berat setiap hari wajib pantau sendiri. Jika sehari berat naik mendadak dalam 1kg, aku perlu mengambil ubat lawas kencing. Mesti pantau untuk mengelakkan kerosakkan jantung berlaku lagi.
Terakhir, pada 25/1/2022 adalah temujanji terakhir aku dengan perawat di unit tersebut. Secara rasmi, kes jantung dan throid aku ditutup. Tiada lagi ubat dibekalkan. Kes aku dihantar ke klinik kesihatan kawasan terdekat, pemantauan 6 bulan sekali. Alhamdulillah. Aku diingatkan, alert dengan semua tanda sebelum-sebelum ini. Jika keadaan kembali, terus rujuk ke kecemasan dan maklumkan kepada mereka.
Aku ada mengatakan kepada doktor yang merawat, sebelum dikenalpasti masalah jantung.
"Doktor, I know something is not right with my body!". Jika anda juga tahu, perasan dengan keadaan badan sendiri teruslah ambil tindakan segera. Jika telah diambil tindakan tetapi masalah tidak pun berkurang, pergilah ke tempat lain untuk mendapatkan pandangan nasihat yang lain.
KENALILAH TUBUH BADAN SENDIRI.
JIKA ANDA ADA MASALAH JANTUNG, KAWAL PENGAMBILAN AIR, MASIN DAN BERLEMAK. PATUHI WAKTU PENGAMBILAN UBAT.
papamamabuffyfluffyhttp://www.blogger.com/profile/04469617235334934899noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-462238277910125234.post-51027194582568014692022-01-15T02:47:00.001-08:002022-01-15T02:47:16.030-08:00Kanser & Vaksin
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini masuk tahun 2022. Perjalanan dari 2014 sehingga 2022, pejam celik hampir 8 tahun kisah kanser ini berlalu dan blog ini pun hampir 8 tahun di sini. Sudah lama sangat tiada kisah baru di sini. Hari ini terasa ingin menjenguk dan mohon maaf kepada pembaca yang komen tetapi saya lambat sangat reply. Terlalu sibuk dengan kerja-kerja hakiki dan hal-hal keluarga.
Berkenaan vaksin, 30/12/22 saya telah lengkap vaksin dan lengkap dengan booster. Ketiga-tiga jenis tersebut adalah Pfizer.  Kesan sampingan? Keseluruhannya tiada kesan ketara melainkan sakit bekas cucuk dan sedikit bengkak. Saya rasa itu normal.
Apakah pandangan saya kepada pesakit kanser menerima vaksin? Terpulang kepada tuan badan. Saya masih dengan cara saya. Berbalik kepada Allah. Tanya Allah, Dialah yang punyai jawaan yang terbaik.
Hasbunallahhuwani'malwakil.
Semoga Allah sentiasa memudahkan semua urusan kita saat ini dan saat seterusnya sehingga dunia dan akhirat. Amin, ya Allah. Amin.
papamamabuffyfluffyhttp://www.blogger.com/profile/04469617235334934899noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-462238277910125234.post-16144903900861698562020-08-19T22:31:00.003-07:002020-08-19T22:34:15.394-07:00Kanser, Temoxifen, Covid-19
Assalamualaikum dan hiii....
Aku kembali merapu sambil menunggu video P&P selesai di upload ke dalam paltform 😄. Kagumkan dengan pencapaian aku? Aku pun kagum dengan diri sendiri tapi kembali sedar diri. Semua ini pun dengan izin dan baiknya Allah SWT kerana sudi memudahkan semua urusan hamba Dia yang selalu alpa. Astaghfirullahalazim.
So, tahun 2020 yang penuh dengan cabaran yang tak disangka-sangka juga nikmat yang tak dijangka-jangka. Bulan Mac, Malaysia melaksanakan PKP ekorang kes Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Terkini, virus Covid-19 masih lagi tidak dapat diatasi sepenuhnya. Vaksin masih di cari walaupun berita ada menyatakan negara Russia telah berjaya menjumpai vaksin tersebut dan dalam proses medaftarkan hak. Namun, jika dirujuk kepada berita terkini, virus tersebut telah melalui proses mutasi yang baharu. Makanya, aku tidak pasti apakah vaksin yang dipercayai untuk Covid-19 tersebut dapat membantu merawat serangan virus ini kepada kumpulan manusia di dunia ini. Wallahualam. Semoga virus yang digeruni ini dapat dihapuskan segera sebelum ianya melalui proses mutasi yang lain pula. InsyaAllah.
Disebabkan itu, aktiviti kehidupan aku sebagai rakyat Malaysia juga berubah. Perkataan 'NORMA BAHARU' dipromosikan di mana-mana. Perkara asas dalam norma baharu antaranya wajib memakai topeng muka apabila keluar, jarak fizikal sekurangnya 1 meter, elakkan pergi ke tempat ramai orang, sentiasa mendaftarkan diri untuk memasuki premis dan beberapa perkara yang lain.
Melibatkan hal kerja pula, kami sebagai pendidik wajib melakukan pembelajaran virtual bagi menjaga jarak. Sekiranya bilangan kelas mampu untuk menjaga jarak, kami boleh melaksanakan pembelajaran bersemuka. Tapi jika tidak, sebaiknya pembelajaran virtual itu adalah langkah yang terbaik, Walaubagaimanapun, kami sebagai pendidik menghadapi beberapa kekangan baik dari kami sendiri ataupun pelajar. Terutama kualiti capaian internet. Sangat mencabar emosi. Apatahlah lagi jika silibus melibatkan proses pengiraan. Ia sungguh mencabar perasaan. Sudah 2 minggu kelas berjalan, aku masih lagi dalam keadaan cuba dan jaya. Masih lagi mencari kaedah yang terbaik dengan harapan semua pelajar dapat menerima ilmu dengan terbaik mampu. Alhamdulillah, di politeknik kami dibekalkan beberapa aplikasi software yang sangat membantu kami selaku pendidik dan aplikasi tersebut juga dibekalkan juga kepada kesemua pelajar politeknik. Cuma, kesesuaian aplikasi-aplikasi tersebut perlu dikenalpasti apakah sesuai atau tidak.
Manisnya dugaan Covid-19 ini membuatkan aku lebih rajin menimba ilmu. Terasa sedikit cerdik kahkahkah (gelak guling-guling). Puncanya, sebagai seorang pendidik aku tak boleh memberi alasan TIDAK TAHU atau TIDAK BOLEH. Aku kena sediakan pelan sokongan sekiranya pelan A gagal. Aku perlu sediakan pelan B, C, D sampai Z (jika mampu). Dalam konteks menerima rezeki bulanan, aku kena betul-betul mencari solusi semampu boleh. Selagi boleh aku teruskan, maka wajib aku teruskan. Ini amanah dan bukan suka-suka. Amanah yang melibatkan orang ramai. Aku takut.
Tahun ini juga tahun yang banyak sungguh bermain dengan perasaan. Kak murni. Aku elak sungguh-sungguh menulis di dalam FB berkaitan kisah kak murni. Mengingatkan kak murni pun, kelopak mata mula memberat. Allahuakbar, ya Allah.
Kak Murni. Kakak yang sama tempat kerja. Senior aku. Bermula sesi Disember 2019, aku dimaklumkan Kak Murni kurang sihat dan mohon cuti sakit. Beberapa hari ke hadapan. Ketika di dewan. Ketika aku mengikuti kursus Struktur, aku dengar Kak Murni sudah menggunakan kerusi roda. Aku tak sedap hati. Sungguh. Isi kepala berputar memikirkan Kak Murni. Perasaan bergetar di dada, berdebar lain macam. Aku jadi sungguh-sungguh susah hati. Aku luahkan pada sahabat aku. Asmahani yang sama-sama berkursus.
"As, aku susah hati".
Aku ceritakan kenapa aku susah hati. Ya, aku sedar. Aku tak boleh melangkaui kuasa dan ketentuan Allah. Tetapi pengalam kanser, berkawan dengan sahabat yang senasib. Aku jadi risau. Mengenangkan pula Kak Murni pernah ada masalah cyst beberapa tahun dahulu dan sekarang dia menggunakan kerusi roda. Tidak kuat untuk berjalan. Tetap juga aku doa mohon ia bukan seperti yang terlintas. Mohon dijauhkan. Sampai di rumah. Waktu Maghrib. Aku maklumkan pada suami.
"Kak Murni tak sihat. Jika dia izinkan kita pergi melawat dia yek". Ini bukan sekadar permintaan aku. Lenggoknya seperti arahan. Aku kena pergi jumpa Kak Murni. Suami aku pelik. Kenapa aku beriaya-iya. Aku tak pernah macam ini. Aku hanya maklumkan, aku rasa tak sedap hati. Kepala asyik ingat Kak Murni. Aku susah hati.
Selang sehari. Jumaat. aku mendapat panggilan telefon dari Kak Da. Memaklumkan Kak Murni sebenarnya mungkin menghidap kanser payu dara. Bahagian kaki (peha), yang sakit telah dibuat x-ray. Kemungkinan berpunca dari kanser tersebut. Apa lagi yang mampu aku katakan? Aku agak pelik kerana, Kak Murni belum pun lagi membuat biopsi dan bagaimana doktor boleh menyatakan Kak Murni menghidap kanser payudara. Rupanya, Kak Murni dah perasan perubahan badannya. Bila dimbas balik, baru aku perasan beberapa keadaan sepertinya Kak Murni ada nak bercakap sesuatu dengan aku. Tetapi, macam ada yang terhalang. Ya, apabila semua ini terjawab. Aku berborak dengannya. Semua yang tergantung, bersambung.
Kak Murni punyai sahabat yang benar-benar sahabat dunia akhirat. Ramai yang bantu. Ramai yang sayang. Semua ahli keluarganya sangat memberi sokongan yang terbaik untuk sama-sama lalui ujian ini. Walaupun, result CT Scan tidak menunjukkan hasil yang menenangkan hati. Tetapi semangat Kak Murni sangat kuat. Lebih kuat dari aku. Sungguh. Ini yang patut aku tiru. Aku kena kuat. Kena positif.
10/08/2020 - Kak Murni kembali ke dunia abadi. Pulang dalam Rahmat Allah. Terasa seperti mimpi. Hari Isnin tersebut adalah hari yang sungguh-sungguh aku usaha untuk tahan sabar, usahakan kuat, usahakan aku tidak menangis. Kasihan Kak Murni. Selama beberapa bulan sudah dia tahan sakit. Sakit yang aku sendiri mungkin tidak mampu untuk tangung. Dan apakah aku ingin siksa dia lagi dengan tangisan sedih aku? Sedangkan aku sedar Kak Murni telah berbahagia pulang kepada Allah. Urusan dia di dunia telah selesai. InsyaAllah dia pasti dalam syurga Allah. Amiiinnn ya Allah, Amiiinnn.
Kenangan Kak Murni. Seorang yang selalu memudahkan urusan orang lain. Pemurah. Kalau disebut nama arwah kepada pelajar mesti ramai yang puji. Pensyarah yang baik hati. Pensyarah yang banyak membantu. Selalu kalau aku ada masalah dalam pengurusan yang melibatkan aktiviti/program pelajar/staff. Luahkan sahaja pada Kak Murni, IsnyaAllah mesti adalah solusi. Kak Murni mesti akan bantu memberi idea walaupun tidak diminta. Sepanjang tempoh Kak Murni cuti sakit, setiap kali berborak aku aku cakap aku sayang dia dunia akhirat. aku sayang dia kerana Allah. Sebab aku nak dia tahu aku memang sayangkan dia. Aku tak nak aku menyesal tak ucapkan itu.
InsyaAllah, selagi aku hidup. Aku usahakan untuk kirimkan hadiah untukmu wahai sahabat dunia akhiratku. Aku dan yang lain akan menyusul kemudian dan kita akan berkumpul lagi.
Owh, aku terlupa. Alhamdulillah, aku sudah dibernarkan untuk berhenti mengambil Tamoxifen. Alhamduillah. Sekarang aku hanya meneruskan dengan ubat thyrod & jantung sahaja. Alhamdulillah....
papamamabuffyfluffyhttp://www.blogger.com/profile/04469617235334934899noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-462238277910125234.post-6671535510772462442020-03-03T19:20:00.001-08:002020-06-17T08:18:55.602-07:00Ujian Hadir Untuk Semua
Assalamualaikum dan hiii...
Buat pertama kalinya aku buntu tidak tahu bagaimana untuk menyusun ayat walaupun sekadar ayat tunggang langgang sekalipun. Buat pertama kali ini juga, aku mengambil masa yang sangat lama untuk menekan butang publish kerana setiap kali aku taip dan aku akan kembali padam. Berulang-ulang kali. Hampir seminggu. Sekiranya aku berjaya menekan butang publish hari ini, ia bermaksud sekali lagi aku telah berjaya memadam keseluruhan penulisan sebelum ini. Apa yang terpampang adalah adalah apa yang aku taip sebentar tadi.
Sebarang ujian yang hadir tidak kiralah sakit, kemalangan, anak-anak atau apa-apa sahaja yang dianggap ujian bukanlah semata-mata untuk mereka yang kita lihat secara zahiriahnya yang sedang menghadapi. Tetapi ujian tersebut adalah untuk semua termasuk kita yang mengetahui. Inilah yang selalu diingatkan oleh suami aku. Disebabkan blog ini wujud ketika aku sedang mengharungi proses rawatan kanser payudara makanya, aku akan bercerita dari sudut pandangan aku sebagai pesakit kanser.
Kebiasaannya emosi dan sikap pesakit kanser ini lebih kurang banyak adalah sama apabila mula-mula mengetahui keadaan diri sedang bertarung dengan kanser yang stigmanya adalah KEMATIAN. Ini apa yang berlaku pada diri aku. Sekiranya sama dengan anda, senyumlah kerana anda bukan keseorangan (sambil ketawa mengekek).
Berahsia. Pada mulanya, yang tahu keadaan aku adalah suami. Manusia yang berkongsi segala rasa dari bantal, makan minum, perasaan dan segalanya. Betapa pentingnya keadaan aku ketika itu yang memerlukan sokongan moral. Tanpa perlu berkata apa-apa hanya mendengar dan pelukkan hangat sahaja pun sangat membantu menjauhkan segala rasa di dalam diri ketika itu (bergenang air mata bila terimbau kembali kisah lalu). Hampir berminggu jugalah sebelum aku memberi keizinan kepada suami untuk memaklumkan kepada ibu mertua dan keluarga mertua. Ketika ini, keluarga aku sendiri pun aku tidak maklumkan atas beberapa kekangan alasan yang aku rasa tiada kepentingan untuk diceritakan di sini.
Takutnya Mati. Disebabkan takutnya akan mati kerana memikirkan dosa-dosa yang lalu, tanggungjawab yang belum selesai, meninggalkan isi dunia telah membuatkan aku seorang yang obses untuk mendapatkan segala info berkenaan kanser. Cuba sedaya upaya untuk menghilangkan kanser di dalam diri secepat yang mungkin. Ketika obses inilah, aku jumpa segala info berkenaan makanan tambahan. Pantang muncul iklan bebas kanser pasti aku akan baca. Alhamdulillah aku ini bukan manusia punya duit 'berkepuk'. Maka, selamatlah aku dari membazir dan yang paling merbahaya merisikokan diri sendiri. Alhamdulillah. Walaubagaimanapun, aku tetap juga sempat membeli biji apricot di kedai makanan tambahan organik di Kuantan. Itupun hanya beberapa kali aku kunyah kerana malas dan rasa dia yang sangat tidak sedap. Alhamdulillah, tidak lama selepas itu, aku mendapat info menyatakan biji apricot boleh memberikan kesan tidak baik kepada hati dan akhirnya ia berakhir di tong sampah. Pernah dengar pokok belalai gajah? Sampai sekarang pokok belalai gajah masih utuh di dalam pasu di rumah dan sesekali aku akan petik untuk dibuat ulam nasi. Besederhanalah.
Takut Makan. Dalam perjalanan mendapatkan info kanser akan terselit info makanan yang perlu dielak oleh pesakit kanser sehinggakan menyebabkan trauma untuk makan. Alhamdulillah, aku tiada sangat rasa ini. Mungkin jarak pengesahan hasil biopsi dan pelan rawatan terlalu singkat. Jadi, aku tidak sempat untuk memutikkan rasa takut untuk makan. Aku ingin selitkan di sini untuk jangan sesekali membina rasa takut untuk makan sehinggakan sanggup berlapar dan rasa tertekan. Sekiranya makanan yang diambil tidak menyebabkan alahan maka, makanlah. Tidak perlu memberatkan kepala untuk memikirkan apa perlu, apa yang tidak perlu dimakan. Sekiranya pakar pemakanan menyatakan anda tidak perlu berpantang, cukuplah sekadar makan makanan seimbang mengikut piramid makanan yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Rasa Bersalah. Rasa inilah yang selalu membuatkan aku selalu susah hati, sedih dan menangis. Terlalu rasa bersalah menyusahkan orang sekeliling dan sedaya upaya untuk tidak melibatkan orang luar selain suami waima, dengan suami sendiri juga perasaan ini menebal. Semakin menebal rasa itu apabila pernah terlihat dia menangis mungkin kerana susah hati dengan situasi kami ketika itu. Melihat dia seorang menguruskan aku, ibu mertua yang lanjut usia, kucing-kucing kami dan kadang-kadang anak-anak saudara menyebabkan aku makin rasa bersalah. Ketika aku sihat, sebahagian tugas-tugas itu aku akan uruskan. Atas sebab rasa ini juga, aku bertekad untuk cepat-cepat sihat dan memaksa diri untuk sentiasa berfikiran positif supaya aku kembali dapat berbagi tugasan seperti sebelum ini. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberikan hadiah yang tak ternilai ini. Seorang manusia yang bernama suami.
Penat membaca? Ada persamaan? Jika mahu berahsia, ambillah tempoh masa yang sesuai kerana jika dipendam perasaan itu akan semakin memberat. Sebaiknya, lepaskanlah. Bukanlah untuk menagih simpati tetapi untuk mengurangkan rasa gundah di dada. Namun, cabaran yang harus diterima sekiranya berita ini diumumkan pasti akan hadir info-info rawatan alternatif bersimpang siur dengan penjual-penjual makanan tambahan. Di sini, anda perlu berani untuk menyatakan, "Minta maaf, saya tidak berminat dan saya tak nak!".
Rasa takut mati, secara positifnya ia akan menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya. Rasa takut untuk menyalahi sesuatu atau seseorang dan segala tindak tanduk akan dipersoalkan kelak. Rasa ini akan membuatkan kita akan memaafkan kesemua kesalahan yang tidak adil pernah berlaku ke atas diri dan mengharapkan juga kesemua kesalahan yang pernah diri ini lakukan untuk dimaafkan.
Cubalah sedaya upaya untuk hilangkan rasa bersalah. Hargai pengalaman ini bersama-sama mereka sekeliling kita. Percaya atau tidak, pengalaman ini membuatkan ikatan ukhuwah semakin kuat bertaut.
**Jom layan lagu dari Freedom ~ Bermulanya Di sini**
papamamabuffyfluffyhttp://www.blogger.com/profile/04469617235334934899noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-462238277910125234.post-5051886990593496602020-01-05T23:18:00.001-08:002020-01-05T23:18:06.291-08:00Dulu Kanser, Sekarang Lemah Jantung
Ini kisah aku. Bukan untuk mohon simpati. Tapi lebih kepada berhati-hati kepada pesakit kanser yang lain yang telah selesai menerima semua rawatan.
Aku mula batuk, sesak nafas hampir lebih setahun. Setiap kali batuk mesti lama dan jika ke emergancy atau klinik aku akan diberi nab. Dan kerana kerap ambil nab aku dibekalkan pam warna biru. Guna bila perlu. Nab hanya berfungsi hanya dalam beberapa tempoh sahaja dan kembali sesak nafas. Sebelum aku di diagnosed dengan lemah jantung beberapa jenis kemungkinan diagnose telah dimaklumkan kepada aku oleh pegawai perubatan. Dan masalah sesak nafas aku masih terjadi. Sehingga, hampir sebulan aku tidur dalam keadaan duduk dan maksimum hanya mampu sejam sahaja. Otak pun dah tak betul. Macam orang gila pun ya. Badan letih dan mengantuk tetapi tidak mampu tidur. Berjalan berapa langkah, berhenti. Makan berapa suap, berhenti. Badan terasa breakdown, dada lemas.
Aku sedar ada yang tak kena dengan badan ni. Bila diadukan kepada pegawai perubatan. Tiada kemajuan dan tiada jawapan yang memuaskan hati.
Suami dan aku mengambil keputusan pergi meminta khidmat nasihat dari pegawai perubatan di pusat perubatan yang lain. Aku maklumkan kakiku bengkak dan pegawai perubatan melakukan sekali lagi X-ray dada (waima telah dilakukan sebelum ini oleh pegawai perubatan di tempat yang terdahulu). Hasilnya, doktor ketemu jawapan yang aku cari. Selama ini JANTUNG AKU BENGKAK. Air berkumpul di paru-paru dan di lapisan badan (tak tahulah term medical namanya apa). Aku diberi ubat lawas kencing dan alhamdulillah, malam tu aku mampu tidur dengan nyenyak. Ya Allah, nikmat yang tak terkata. Kesan dari air yang bertakung tu, jangkitan kuman, sel darah putih yang katanya tinggi. Hasilnya, on antibiotik.
So, bermulalah perjalanan aku sebagai pesakit lemah jantung pula. Apa kaitan dengan kanser? Aku dimaklumkan, kemungkinan keadaan lemah jantung ini adalah disebabkan kesan kimoterapi yang aku terima dahulu. Walaubagaimanapun, ia belum disahkan secara fakta dan masih menunggu untuk berjumpa pakar jantung pada bulan hadapan.
Jika, dikesan awal mungkin langkah berjaga-jaga boleh diambil. Sekarang, pengambilan air pun dah kena sukat. Perasaan aku? Ralat. Tapi, sesungguhNYA Allah yang menggerakkan hati-hati hambaNYA. Sekarang, aku bertatih belajar redha. Doakan untuk aku agar cepat-cepat redha.
papamamabuffyfluffyhttp://www.blogger.com/profile/04469617235334934899noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-462238277910125234.post-4120524195996837882019-11-04T18:05:00.003-08:002019-11-04T18:06:22.760-08:00PENGORBANAN SUAMI YANG KADANG KALA ISTERI TERLEPAS PANDANG
Assalamualaikum....
Haii...
"Puan ada sejarah CA, jadi mungkin sistem imun badan puan tidak sekuat dulu dan itu adalah normal".
Jadi, berbalik pada tajuk cerita. Minggu lepas juga, aku berkenalan dengan isteri kepada kawan baik suami. Disahkan kanser seperti aku. Sehari selepas pembedahan, aku dan suami melawat mereka walaupun tidak dapat bercakap lama dengan isterinya tapi kami meluangkan masa dengan suaminya. Apa yang diborakkan hanya berapa peratus sahaja masuk ke kepala. Apa yang aku perhatikan, fizikal suaminya. Paling nyata, matanya merah. Mukanya keletihan. Ditambah riak risau.
Kami keluar dari bangunan hospital. Seperti biasa, aku genggam tangan suamiku. Terus aku lontar ayat ini,
"Mesti masa sayang sakit dulu, hubby penat sangat macam tu kan?".
"Eh, hubby superman!!", sambil gelak. Makin bertambah kuat genggaman tangan aku.
Ya Allah, berkatilah hubungan semua pasangan suami isteri di atas dunia ini dan diberi kebahagiaan, kemudahan, ketenangan di dunia & akhirat. Permudahkan segala urusan kami semua dunia & akhirat. Tabahkanlah hati-hati kami dalam menerima ujianMu.
papamamabuffyfluffyhttp://www.blogger.com/profile/04469617235334934899noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-462238277910125234.post-48251185555431885562019-10-28T17:41:00.000-07:002019-10-28T17:41:13.016-07:00TITIPAN UNTUK SEMUA PEJUANG KANSER
Assalamualaikum dan haiii...
Woootttt...wooott...dah lama gilerrrr aku tak update blog ni. Sibuk dengan kerja, dengan aktiviti sendiri, keluarga, bermasyarakat.....perghh!! Dah macam Yang Berhormat lagaknya, wakakaka....
Hari ini 29/10/2019. Kalau di congak hampir 5 tahun perjuangan kanser. Aku pun dah hampir 3 tahun lebih dah masuk kerja balik. Stress!? Tak boleh lari. Di bawah ni adalah cebisan penulisan aku yang aku copy dari facebook untuk bacaan kalian. Sekiranya, ia berfaedah bacalah. Jika tidak, abaikanlah. Aku mohon maaf terlebih dahulu mungkin pandangan kita berbeza tetapi ini adalah pandangan peribadi aku terhadap badanku dan perjuanganku selama ini, kerana Allah Ta'ala.
Satu lagi perkara, sekiranya jika hadir perasaan 'HEBAT' mohon kembalikan kepada Allah. Sesungguhnya segala puji dan kebaikkan itu adalah milik Allah juga. Aku hanya 'puppet' yang berlakon di pentas dunia. Tolong bantu aku untuk tiada riak dan sombong walau sepecis di dalam diri ini. Aku takut tersasar.
Terimalah....jeng, jeng, jeng.....
Aku dan kanser:
Untuk semua sahabat yang pernah, sedang dan baru di sahkan punya kanser.
Ingat ini:
1. Kanser bukanlah penamat hidup. Biasalah, terkejut bila dapat keputusan biopsi. Tapi, jangan sedih lama-lama. Bagi time frame. Lepas tu wajib bangkit!! Buntu? Minta Allah tolong. Aku dulu sama. Di sini, sokongan mereka yang paling rapat sangat memainkan peranan penting. Sungguh!!!
2. Ikut prosedur doktor. Tolong jangan ikut apa orang sini sinun cakap. Suruh jumpa tok moh sini sinun, rawatan alternatif sini sinun dan seumpama dengannya. Ingat, Allah Yang Maha Penyembuh. Bukan doktor, bukan makhluk. Tetapi, haruslah kita tuju dan minta bantuan kepada mereka yang arif dalam bidangnya.
3. Kanser ni bergerak selari dengan masa. Maksudnya, makin lama tindakan membuang sel kanser yang utama, ia akan makin jauh 'berjalan'. Sel kanser ni sangat kompleks. Ia bukan sekadar kudis, bukan sekadar jerawat atau pun bisul. Buang nanah dan selesai. Tidak sama sekali!!
4. Jika masih dalam rawatan anda perlu makan dan minum. Jika dietitian mengatakan anda tiada apa yang perlu pantang, maka makanlah dalam sekadarnya. Makanan yang seimbang. Tak tahu? Google dan cari piramid makanan.
5. Buatlah apa aktiviti yang boleh mengembirakan hati. Mengalihkan fokus yang kita pernah ada kanser. Tapi, perlu belajar terima kenyataan bahawa kita pernah ada sejarah kanser. Itu berbeza.
6. Sedaya upaya kurangkan stress. Jauh kan diri dari mereka yang boleh menanam sifat negatif dalam diri kita. Tiada keuntungan untuk difikirkan.
8. Rawatan yang telah kita terima sedikit sebanyak akan memberikan kesan kesihatan yang lain untuk fungsi badan. Contohnya saya. Saya pernah menerima rawatan radioterapi di bahagian dada kiri dan kelanjar di leher. Onco telah memaklumkan, kemungkinan saya akan mengalami sedikit masalah pernafasan di masa akan datang. Ya, sekarang dah rasa dah hehehe dan awal tahun ni saya di diagnose dengan hypertiroid dan kemungkinannya adalah kesan dari rawatan yang sama pada bahagian kelenjar leher. Bagi masa untuk badan belajar menerima walaupun payah. Tak apa, pelan-pelah kayuh bohhh...
9. Ajar dan didiklah diri untuk terima kenyataan bahawa kita akan hidup dengan selamanya dengan adanya sejarah kanser. Jadi, ia akan selamanya 'tidur' ataupun akan 'bangun' kembali. Mohonlah yang terbaik dengan Allah. Cuma, selagi ada nafas buatlah yang terbaik untuk diri dan memberi manafaat yang terbaik kepada makhluk yang lain. Bagaimana? Terpulang ikut cara sendiri.
**Realitinya, sekarang pun aku masih struggle dengan kesan kesihatan yang baru ni. Sekejap nun jauh ke dasar yang kelam. Di sinilah, peranan manusia yang paling rapat itu sangat penting. Alhamdulillah, Allah sayang. Allah tolong**
papamamabuffyfluffyhttp://www.blogger.com/profile/04469617235334934899noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-462238277910125234.post-19707199498737675832017-07-26T00:59:00.001-07:002017-07-26T01:05:09.154-07:00Rutin Harian Bekas Pesakit KanserAssalamualaikum....
Hii...
Rutin harian aku sebagai bekas pesakit kanser semasa bercuti dan selepas melapor diri banyak sangat bezanya. Tetapi, di sini aku ingin bercerita rutin harian selepas aku melapor diri semula sebagai seorang pendidik.
Rutin harian aku bermula seawal sebelum subuh. Bersedia apa yang patut. Selepas Subuh, terus ke dapur siapkan bekal makanan aku dan juga sarapan untuk kami suami isteri. Kadang-kadang, kalau suami aku tiada urusan kerja di luar, dia akan balik awal untuk makan tengah hari. Jadi, aku akan siapkan terus makan tengah harinya. Risau juga kalau kerap sangat dia makan di luar.
Waktu ofis aku bermula pukul 8 pagi sehingga 5 petang. Semua kerja pejabat aku akan selesaikan pada waktu tersebut sahaja. Tetapi disebabkan, aku baru melapor diri jadi tidak banyaklah kerja pejabat yang perlu aku uruskan kecuali ke bengkel untuk lengkapkan sesi PdP dan beberapa fail yang perlu aku catatkan setiap hari. Aku punya banyak masa terluang untuk semester ni. Sebagai asas mental dan fizikal untuk aku bersedia semester depan. Semester depan jangan haraplah aku boleh bersenang lenang seperti sekarang muahahahahaha....takpe, takpe. Kata kerja kan? Buat sajalah tanggungjawab yang dah diamanahkan. Takkan nak makan gaji buta kot? Tak takut ke hilang keberkatan? Apa nak jawab dengan Allah esok-esok?
Balik kerja, aku akan rehat sekejap. Ambil mood untuk setelkan perihal kucing. Kemas dapur jika pagi tu tak sempat kemas habis. Keluarkan lauk beku untuk masak makan malam. Biasanya, aku akan selesaikan semua hal kekucing, cuci baju dan naik mandi. Bersedia untuk masak makan malam. Naik lagi selesaikan apa yang patut. Baru turun makan. Kemas dapur. Ada lauk dan nasi lebih masukkan ke peti ais. Esok pagi boleh panaskan untuk bawa bekal. Kalau takde, siapkan lauk untuk di masak pagi esoknya untuk bekalan. Jadi, itulah rutian setiap hari aku selama sebulan ni.
Sabtu dan Ahad, masa untuk siapkan baju kerja, kemas rumah dan menjenguk mak. Ada masa lapang yang terlebih, masak untuk mak. Kasihan mak. Asyik makan lauk kedai depan rumah je. Walaupun mak tu bukanlah sejenis manusia yang banyak komplen bab makan. Tetapi, kalau aku di tempatnya muak juga hari-hari lauk lebih kurang sama je.
Cumanya, di sini. Aku sangatlah kurang bergaul dengan komuniti luar dari waktu pejabat. Kurang bersosial dengan manusia yang luar dari jajahan keluarga. Bukanlah aku sombong. Tapi aku kekurangan masa. Walaupun aku tiada anak, tapi setiap hari aku dikejar masa dan tanggungjawab yang perlu untuk aku dahulukan. Masa yang sedikit terluang untuk aku berehat dan siapkan kerja-kerja urusan rumah yang tertangguh. Itu jugalah masa untuk aku melepak dengan suami. Bak kata suami aku semalam,
"Sementara hubby masih hidup, masa nilah hubby nak spent time dengan isteri hubby. Laksanakan tanggungjawab hubby. Payah nanti, kalau mati esok ditanya bab tanggungjawab dan pengurusan".
Sambungnya lagi,
"Samalah macam sayang. Sementara sayang masih hidup ni, hubby laksanakan tanggungjawab hubby untuk happykan sayang, mudahkan sayang, kasihkan sayang. Hubby tak nak menyesal kemudian hari".
Aku yang berada di sebelah kerusi pemandu hanya mampu diam dengan mata yang bertakung.
Aku bukanlah manusia yang sempurna. Bukan juga yang terbaik. Tapi, aku ingin sangat untuk ingatkan para sahabat semua. Selagi nyawa di badan, hargailah setiap mereka yang berada di sekeliling kita. Cuba sedaya upaya untuk bahagiakan mereka. Dahulukan mana yang wajib didahulukan. Apa pun rintangan, kepayahan, keperitan senyumlah dan terus melangkah. Jika terasa berat beban di bahu mohonlah agar Allah permudahkan dan meringankan segala urusan. Bergantunglah kepadaNYA. Sesungguhnya kita semua makhluk yang tiada daya upaya. Kita hanya mampu untuk berusaha yang terbaik. Namun segala ketentuan adalah denga izinNYA.
Hasbunallahhuwani'malwakilpapamamabuffyfluffyhttp://www.blogger.com/profile/04469617235334934899noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-462238277910125234.post-83396618896336421122017-07-24T20:18:00.001-07:002017-07-24T20:25:34.384-07:00Kisah raya + Kisah Masuk KerjaAssalamualaikum....hiii...
Rindu kita tak? kihkhkih....
Sekarang di ofis. Curi-curi masa update blog. Nampak macam guna harta kerajaan untuk hal-hal sendiri kan? Tapi aku taklik dengan niat untuk menyebarkan info dan ilmu berguna. Aku kan seorang pendidik....hahaha..boleh gitu? Lagipun aku tiadalah keuntungan apa pun secara kewangan dengan blog yang takde iklan, tak ceria, yang entah apa-apa. Semoga info yang dikongsi ini dapat membantu mereka yang membaca.
Baiklah, kisah raya kali ini. Raya 2017. Tak tahu kenapa, tapi raya kali ini sangatlah 'kejung' rasanya dengan tiada persiapan. Dengan kekalutan yang entah apa-apa. Mujur sebulan puasa itu, aku rasa puas. Puas sebab boleh masakkan juadah untuk berbuka. Untuk suami, mak dan anak-anak saudara. Walaupun penat, lecun berpeluh tetap puas hati. Tapi tiadalah setiap hari. Kadang-kadang beli juga. Itu bila dah tak larat ataupun dah tak tahu nak masak apa. Puasa kali ini juga, aku berpeluang berbuka dengan mama. Masakkan lauk untuk mama. Nampaknya, memang lauk ayam goreng blackpepper tu memang jadi kegemaran ahli keluarga. Nak resepi? Next time aku share okey!?
Kisah masuk kerja pula. Hari ni dah hampir sebulan aku melapor diri. Alhamdulillah, walaupun pada mulanya agak payah nak sesuaikan diri dengan suasana yang hampir 2 tahun setengah aku tinggalkan, perlahan-lahan aku rasa ok lah juga. Yelah, selama 2 tahun setengah hidup aku dengan suami sahaja. Dialah sahabat, dialah kawan, dialah teman bergaduh, dialah teman bermanja. Memanglah setiap hari aku akan berada di rumah mertua. Tapi kemesraan hubungan antara suami dan mertua tu kan tetap berbebza. Suami itulah manusia yang mengetahui setiap inci rahsia kita. Setiap hari, aku tak pernah bosan dengan suami aku tu. Ada je kisah yang kami boleh bercerita dengan bersungguh-sungguh. Ada je sesi lawak jenaka yang kadang boleh buat aku berlari ke tandas risau tak 'sempat' kohkohkoh!!! Haaaa....tu nak cakap kami ni pasangan yang suka mengumpat bercerita hal orang la tu.....!!! Sorry yek, tak kuasa kita orang nak tambah dosa yang dah berlambak ni.
Okey, berbalik kepada kisah kerja. Jadi, bila engkau berada dalam suasana yang ramai manusia lain selain suami dan kekucingans....agak lambatlah aku nak biasakan. Boleh dikatakan aku terkesan dengan maksud 'Kejutan Budaya'. Seriously, it's true! Kelakarkan? Tapi, 2 hari ini dah agak selesa. Apa yang aku tak suka tengok aku buat tak nampak. Apa yang aku tak suka dengar, aku bina 'cave' aku sendiri. Tak pun aku lari ke tempat tak ramai orang. Suami aku dah pesan, jaga mulut, jaga tingkahlaku. Jangan 'melaser' sesuka hati walaupun aku di pihak yang benar. Inilah yang buat aku payah sikit. Sebab selama 2 tahun setengah ni, aku sangatlah jenis berterus terang. Apa yang aku tak suka aku cakap. Begitu juga kalau aku silap. Aku terima je teguran dengan lapang dada. Kita bukan maksum kan? Kalau bukan antara kita bertegur-teguran, mana kita nak sedar kesilapan kita. Tapi, sekarang dengan suasana baru ni nampaknya aku kena praktikkan sifat dan sikap menghindar. Awal lapor diri haritu, aku dipesan oleh seorang staff yang maksud ayatnya lebih kurang begini, "Pilih kawan yang sesuai. Hati-hati dengan siapa kita berkawan". Owhhhh, aku terkesima juga kenapa aku mendapat pesan begini. Kenapa!!!!? Tapi, aku tak pula bertanya lanjut sebab bagi aku....aku sayang semua kawan-kawan aku. Apa hak aku untuk memilih kawan. Aku ni baik sangatkah? Sempurna sangatkah aku sehingga nak memilih dengan siapa aku berkawan. Allah pun tak memilih hambaNYA. Cumanya di sini, mungkin aku kena berhati-hati dengan sesama makhluk. Tak apalah, semoga Allah sentiasa melindungi aku dunia dan akhirat. Juga mempermudahkan segala urusan aku dunia dan akhirat. InsyaAllah!
Kisah makanan di tempat kerja pula. Alhamdulillah hampir sebulan aku bekerja, baru 3 kali aku skip bawa bekal. Itupun sebab temujanji dengan hospital dan jamuan hari raya di tempat kerja. Hari lain, aku setia lagi membawa bekal. Alhamdulillah! Rutin aku, lepas Subuh masuk dapur. Kalau masih ada lauk makan malam sebelum tu, aku hanya panaskan dan bawa bekal. Kalau tak ada, masak baru. Nasi, biasanya aku masak siap atau masak lebih masa makan malam sebelum tu. Then, just keep warm. Kemudian, sediakan sarapan untuk aku dan suami. Wajib, setiap hari pastikan suami merasa air tangan aku walaupun hanya segelas milo atau air kosong sejuk.
Jadi, untuk sahabat cancer yang dah nak masuk kerja. Atau yang dah masuk kerja selepas bercuti lama. Semoga semuanya dipermudahkan Allah. Jangan stress. Kalau stress, lari masuk surau sekejap. Buat apa yang patut. Kalau payah nak masuk surau, zikir! Zikir! Zikir! Minta Allah berikan ketenangan. Dia yang menjadikan kita, Diakan Tuhan kita. Kalau tidak pada Dia kita meminta , habis tu nak minta pada siapa lagi?
papamamabuffyfluffyhttp://www.blogger.com/profile/04469617235334934899noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-462238277910125234.post-9790019724028170602016-11-28T00:09:00.002-08:002017-01-12T08:22:56.762-08:00Hargailah Pasangan AndaAssalamualaikum...
Hai...
Hari ini aku terbaca satu status yang menarik minat aku untuk 'update' blog. Kata kuncinya, 'HARGAI PASANGAN ANDA'.
Aku mungkin salah seorang manusia yang diberikan rezeki oleh Allah punya pasangan yang terbaik pada diri ini. Tetapi, pasanganku juga pasti ada kekurangan seperti aku dan manusia-manusia biasa di luar sana. Kekurangan itulah yang memerlukan kami untuk saling lengkap melengkapi. Ya, banyak dugaan yang kami tempuh. Juga banyak yang manis kami terima.
Beberapa hari yang lepas, aku baru tersedar dengan realiti bahawa kami tidak akan punya keturunan dari susur kami berdua (sedang aku sebenarnya sudah sedia maklum dari awalnya yang untuk kami punya zuriat sendiri adalah mustahil). Kecuali dengan Kuasa Allah. Aku yang sudah begini, yang telah melalui rawatan, yang terpaksa menelan pil setiap malam, agak mustahil untuk punya anak~ tak punya keturunan. Tiada anak, tiada cucu, apatah lagi cicit. Kecuali dengan izin Allah.
Sebagai pasangan yang sentiasa menyokong walau apa keadaan. Masih setia di sini (walaupun, aku pernah usulkan untuk dia tambah isteri sekiranya dia inginkan zuriat dari darah dagingnya sendiri). Masih menyayangi, mencintai seperti selalu. Ya, setiap hari aku jatuh cinta dengan manusia yang sama.
Satu malam, kami bercerita dari hati ke hati. Bercerita tentang tindakan apa yang perlu dibuat jika salah seorang dari kami pergi dahulu. Di antara yang kami ceritakan,
Suamiku: Sayang, jika Hubby pergi dulu sayang kena kuat. Jika, ada jumpa pasangan yang lebih baik dari Hubby, Hubby izinkan Sayang kahwin lagi. (Aku waktu itu, dah berjurai air mata. Sebab aku tak terfikir untuk kahwin lagi. Sebab aku mahu untuk bersatu lagi dengannya di sana. Aku pun tak dapat nak fikir atau membayangkan bagaimana untuk aku hidup bersama dengan lelaki lain? Sangat mustahil).
Sambung suamiku, jika aku pula yang pergi dulu. Untuk dia berkahwin lain rasanya tidak. Biarlah dia sendiri, sementara menghabiskan sisa hidup yang ada. Malam itu juga, kami sama-sama menyampai wasiat masing-masing. Allahuakbar.
Aku akui, semenjak aku menjadi seorang isteri. Aku terlalu dimanjakan suami. Sedangkan semasa bujang, aku selesa bertindak sendiri. Lagi 2 bulan genap 7 tahun perkahwinan kami, aku terlalu bergantung dengan suami untuk tugasan harian. Ke mana pun bersama. Selama tempoh kami berkahwin ini juga, terlalu jarang aku memandu. Dialah yang akan menghantar & menjemput aku ke manapun. Sesekali, kalau terpaksa atas urusan kerja barulah diizinkan aku untuk memandu sendiri. Tidak pernah aku ke pasaraya, ke klinik, temujanji dengan pakar secara bersendirian. Tidak pernah!
Walaupun, bentuk badanku sudah tidak secantik dulu. Bagi aku, seperti belon kah kah kah. Tetap juga aku dilayan seperti dulu. Makan, minumku, keadaan kesihatanku, keperluan harianku, sentiasa dia utamakan. Bila aku mengadu kurang sihat, riak mukanya akan berubah. Jadi, aku kena pastikan keadaan kesihatan, stamina berada dalam keadaan tip top. Jika, aku dijemput Allah pulang ke sana aku mengharapkan biarlah aku dijemput dalam keadaan bukan sakit melarat. Serba salah untuk aku susahkan lagi orang sekeliling terutama suami. Cukuplah dengan pengalaman yang lepas.
Bagaimana keadaan kesihatan aku kini? Jujurnya, aku malas nak berfikir. Aku hanya melalui hari-hariku dengan sedaya upaya untuk bergembira dan mensyukuri setiap nikmat yang Allah berikan.
Sifat Rahim kesayanganku, sangat menepati maksud itu sendiri.papamamabuffyfluffyhttp://www.blogger.com/profile/04469617235334934899noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-462238277910125234.post-42249156680064166002016-11-28T00:09:00.001-08:002016-11-28T00:09:59.311-08:00Amalan Pemakanan AkuAMARAN KERAS: Ini adalah karangan 350 patah perkataan. Sila scroll down laju-laju untuk mengelakkan stress.
Rentetan dari kisah kimchi semalam ada yang tanya, kaedah penjagaan pemakanan. Huhuhu..jujurnya, aku tak berdisiplin sangat pun (Kalau berdisiplin, tak adalah aku masih montel lagi comel kan, kan, kan 😂😂😂).
Aku makan apa yang teringin. Cuma, berpada-padalah. Sekarang ni cuma kerap sikit masak sendiri. Sebolehnya masak sendiri kat rumah. Makan juga makanan luar, tapi jarang sangatlah sekarang ni. (Mujur poket nipis, kalau duit berkepok agaknya memang sokmo makan luar laa....kih kih kih).
Tapi ni beberapa tabiat, yang aku cuba amalkan masa memasak selain bismillah 😂😂😂 & segalanya yang berkaitan:
1. Bila kena guna kunyit. Sebaiknya kunyit hidup.
2. Bila guna kunyit, tambah sikit lada hitam (beli yang biji,aku suka kisar sendiri).
3. Kadang aku suka hiris/ ketuk kunyit hidup kasar baru masuk dalam masakan. Nanti nak makan, aku cari buat ulam.
4. Bawang putih pun sama. Suka ketuk kasar. Letak lebih sikit. Nanti nak makan cari buat ulam.
5. Halia je aku hiris halus.
6. Dulu aku rajin masukkan habbatusauda dalam nasi, dalam ayam @ ikan goreng. Dah lama tak amalkan. Baru-baru ni baru nak mula balik. Tu pun lepas kena bebel setangki kontena dengan yang tercinta kah kah kah...😂😂😂.
7. Setiap hari aku cuba ingat untuk minum air limau kosong. (Lemon, limau kasturi, limau nipis terpulanglah. Aku bahan je apa yang ada & pastinya murah kah kah kah). Kadang tambah siap dengan chia seed.
8. Aku suka ulam. Kadang takde stok ulam kampung, bahan jelah timun, kobis, tomato apa ada.
9. Aku payah nak terima pendapat orang lain yang suruh/paksa makan itu ini katanya bagus & baik untuk aku. Kecuali kalau yang tercinta suruh then aku makanlah. Aku tak suka nak stress bab makanan. Jadi, aku makan apa yang aku suka makan & yang termampu aku amalkan.
**Nak berubah tu susah, tapi istiqamah tu lagiiiii......susah**
**Cari & baca apa yang baik untuk makanan seharian**
**Buatlah setakat yang mampu. Tawakkalillhita'ala. Hasbunallahhuwani'malwakil**
**Aku sayang & cinta tok laki aku sampai akhirat (tetiba pulak dah....kah kah kah 😂😂).papamamabuffyfluffyhttp://www.blogger.com/profile/04469617235334934899noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-462238277910125234.post-22703342438800904272016-11-27T02:30:00.001-08:002016-11-27T02:34:33.067-08:00Tiada AnakAssalamualaikum...
Hii...
Lama sungguh tak update blog. Semenjak dah habis semua rawatan, kurang cerita menarik untuk dikongsi. Hidup macam biasa, masih ikut follow up dengan hospital. Esok pun dah ada temujanji untuk mamogram test. Apa pun result, malas nak fikir.
Aku dengan suami, Alhamdulillah. Semua pun masih sama macam dulu. Cuma aku yang makin gemuk kah kah kah. Geram sungguh, dah kurangkan makan masih berat statik tak mahu berubah turun, tak mahunya hilang nombor 6.
Kami masih bertemankan dengan 11 ekor kucing kami. Aku berterus terang dengan suami. Aku suka begini. Berdua dengannya. Tiada anak tak mengapa. Aku seronok. Boleh berkepit tanpa gangguan. Boleh mengada bila suka. Mungkin sifat keibuan aku ini dah hilang ditekan masa. Mungkin perasaan untuk ada anak juga dah hilang. Tapi, aku ada usulkan pada suami. Jika dia inginkan anak kahwinlah atau ambil sahaja anak angkat. Tapi, katanya dia belum bersedia untuk pikul tanggungjawab lain. Yang masih ada ini pun belum lagi selesai sempurna. Lagi mahu tambah tanggungjawab?Katanya lagi, dia seronok bila berdua sahaja.
Tak perlu pusing kepala untuk menjawab soalan bila di kubur berkenaan kesempurnaan pendidikan anak.
Tapi jujurnya, aku memang hilang perasaan inginkan anak. Jika satu hari, ditakdirkan Allah memberi. Ya, aku terima. Tapi untuk aku sendiri mencari....hurmmm....belum rasanya...
papamamabuffyfluffyhttp://www.blogger.com/profile/04469617235334934899noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-462238277910125234.post-7106149662515125012016-07-19T22:05:00.003-07:002016-07-19T22:05:56.820-07:00Raya 2016Assalamualaikum....
Hii...
Hari dah masuk 20/7. Sila tengok sendiri kalendar dah masuk Syawal yang ke berapa...hiuhiuhiu...
Raya kali ini rasanya berbeza sikit. Raya kali ini rendang ayam & kuah kacang air tangan sendiri, hokkeyy... (koyalah tu) dan penasihat terhormat mestilah my mother in law...hihihi...
Birthday suami pun jatuh dalam Syawal. Warghhh...mujur family members yang ingatkan. Terima kasih!! (kikikiki macam untuk aku pula...biasalah "wakil bagi:"). Kalau tak mesti aku lupa lagi.
Berkenaan keadaan kesihatan aku, tak ada apa yang boleh dikhabarkan. Sebab aku kurang & jarang sekali memikirkan. Rutin checking, rutin ubat aku teruskan macam biasa. Rutin pelan pemakanan, rutin keluar peluh pun macam biasa. Cuma sedikit perubahan yang agak ketara, aku cepat letih. Masa bulan puasa baru-baru ini, pukul 10-10.30 aku dah selamat berdengkur.
Semalam buat pertama kalinya, tangan sebelah operation lenguhnya lain macam. Suami dah tolong urutkan tapi masih jugak lenguh sampai mengganggu tidur aku. Lepas bagi minyak panas barulah lena. Belakang belikat juga sama. Sendi juga sama. Bahagian sendi tu mungkin kekurangan kalsium. Aku sedia maklum dengan kesan Tamoxifen. Jadi, lepas ni memang kena rajin minum susu ngehngehngeh....takleh nak beralasan lagi.
My next appointment on October. InsyaAllah, Hasbunallahhuwani'malwakil....
papamamabuffyfluffyhttp://www.blogger.com/profile/04469617235334934899noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-462238277910125234.post-76556345281960810892016-06-22T09:54:00.001-07:002016-07-19T21:44:27.459-07:00Ramadan 2016Assalamualaikum,
Hii...
Hari ini sudah masuk hari ke-18 berpuasa. Yes, tahun ke-2 aku berpuasa sebagai cancer survivor. Dan tahun ke-2 juga puasa penuh ~ tak datang bulan... hehehe... Alhamdulillah...
Rutin harian aku berjalan seperti biasa. Sama seperti puasa sebelum-sebelum ini. Cuma tahun ini mungkin sedikit bertambah.
Jika ditakdirkan Ramadan kali ini adalah yang terakhir, biarlah ia menjadi Ramadan yang meninggalkan memori indah dan bermakna. Aku ketepikan segala rasa. Asalkan orang-orang yang aku sayang terasa bermakna.
Hasbunallahhuwani'malwakil.
papamamabuffyfluffyhttp://www.blogger.com/profile/04469617235334934899noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-462238277910125234.post-13697807492270297332016-05-11T06:51:00.000-07:002016-05-11T06:51:04.831-07:00Result Biopsi-April 2016Assalamualaikum....
Hii....
Alhamdulillah, hari ni TCA untuk result biopsi bulan 4 baru ni. Result ~> Tiada tanda2x kanser. Subahanallah, MasyaAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Syukur pada Allah Yang ESA. Sujud syukur padaMu Ya Allah.
papamamabuffyfluffyhttp://www.blogger.com/profile/04469617235334934899noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-462238277910125234.post-53770007418550444672016-04-21T09:30:00.000-07:002016-04-21T09:30:17.041-07:00Biopsi Lagi?Assalamualaikum....
Hii....
Selasa baru2x ni rutin ke hospital lagi. Berjumpa dengan seorang makcik. Macam2x soalan ditanya tambah lagi dia baru nak buat biopsi. Awalnya, sepatah ditanya sepatah aku jawab. Maaf, bukan sombong. Cuma hari tu banyak yang perlu difikirkan. Rasa kasihan juga bila mana makcik kelihatan bersungguh bertanyakan segala yang ingin diketahui. Arghhhh...teringat kisah aku waktu awal perjalananku sebagai pesakit kanser. Aku pun seperti makcik. Banyak sungguh tanda soal.
Jadi, untuk menghilangkan rasa gundah makcik. Segala yang ditanya aku cuba berikan jawapan yang terbaik. Selitkan nilai positif. Walaupun aku sendiri ketika itu sedang berperang dengan perasaan yang pelbagai.
Aku tempuhi prosedur yang sama seperti hampir 2 tahun lepas. Berdebar? Rasanya tiada. Takut? Rasanya juga tiada. Makcik ke luar dari bilik mamogram dengan rupa yang aku boleh katakan macam sedikit pucat & lemah. Mungkin sakit? Atau mungkin makcik takut? Cuma yang aku sempat dengar "Dia tak apalah. Dah pernah buat". Secara terangan ayat tu memang untuk aku. Kerana hanya kami berdua sahaja yang melakukan prosedur biopsi untuk hari itu. Aku senyum, " Tapi dah setelkan makcik? Alhamdulillah". Aku dengar makcik membalas syukur. Terus aku ke bilik mamogram. Giliran aku pula.
1 torehan kecil untuk masukkan 5 kali tusukkan jarum. Untuk 5 sampel. Prosedur yang mengambil masa hampir 2 jam. Aku berzikir, berserah diri semata pada Allah. Mohon Allah permudahkan. Sakit? Ya, sakit juga. Tapi lenguh yang lebih. Statik mengiring selama tempoh itu. Setiap perbualan staf dan doktor jelas satu persatu. Semasa torehan, terasa sesuatu meleleh. Tekaan aku benar, darah. Sahih lagi bila doktor menyebut "Allah, bleeding. Banyak juga ni".
Owh, lupa. Doktor mengatakan, bukan saiz biji itu yang besar cuma gambaran biji itu semakin jelas pada mamogram sebelum ini. Apa2x sajalah doktor. Yang penting, prosedur biopsi dah selamat. Alhamdulillah.papamamabuffyfluffyhttp://www.blogger.com/profile/04469617235334934899noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-462238277910125234.post-47891881172409559492016-04-17T06:16:00.001-07:002016-04-17T06:16:30.191-07:00Mamogram & Biopsi Lagi...huhuhu...Assalamualaikum...
Hii...
Lusa 19/4, aku akan melalui proses biopsi Lagi sekali untuk dada sebelah kanan. Doktor bagi tahu hasil mamogram minggu lepas biji yang sebelum ni yang didiagnoskan mungkin bukan kanser nampak sedikit ada pembesaran saiz berbanding result mamogram sebelum-sebelum ni.
Huhuhu....bila doktor bagitahu kena buat biopsi Lagi sekali terus rasa tak best. Sakit kot! Mamogram tu pun sakit. Apatah lagi nak tambah dengan biopsi. Tapi, suamiku cakap "takpa. Buat je. Sekurangnya kita nak mengesahkan". Aku sedapkan hati sendiri, yang biji dia nampak makin besar walaupun hanya sedikit, itu sebab aku datang bulan. Yup, memang pun aku datang bulan. Jadi, sudah pasti payudara aku akan sedikit tegang & membengkak.
Walau apa pun, kita tunggu hasil hari kejadian. Jangan ditanya perasaan aku sebab aku sendiri tak pasti apa yang aku rasa sekarang. Kikikiki...papamamabuffyfluffyhttp://www.blogger.com/profile/04469617235334934899noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-462238277910125234.post-74541545982610428252016-04-17T06:05:00.001-07:002016-04-17T06:05:42.599-07:00Kanser & StressAssalamualaikum...
Hii...lama betulkan aku tak update cerita Kat sini. Jadi, malam ni aku 'copy' cerita yang aku taip Dan 'paste' di blog ni. Happy reading guys....tapi ingat tau! Apa yang aku tulis ni tanpa bukti sahih yang direkodkan secara bertulis. Ini hanya hasil apabila sesi bersembang dengan pesakit kanser yang lain. Maka, aku berjumpa satu titik persamaan. Mungkin di luar sana boleh memanjangkan lagi pencarian jika berminat...
2 perkara ini saling berhubung kait. Saya sangat kurang mengetahui berkenaan kanser lain. Hanya sedikit pengetahuan tentang kanser payudara. Walaupun tiada punca sahih kenapa kanser berlaku namun salah satunya ada yang menyatakan ia berkait dengan gaya hidup seseorang. Namun, saya juga pernah berjumpa pesakit yang mengamalkan gaya hidup sihat (menjaga pemakanan, excersice berkala, etc.) tetapi masih juga diberikan dugaan kanser. Tapi, satu titik pertemuan bila digali saya menjumpai ~ STRESS.
Stress yang tidak terkawal akan menganggu emosi dan dalam masa yang sama ia turut mengganggu hormon seseorang (sila rujuk doktor pakar). Hormon & kanser juga mempunyai satu hubungkait yang sangat rapat. Maka, sangat penting bagi pesakit kanser menjauhi keadaan tersebut.
Jika anda adalah pesakit kanser, sila hubungi pusat sokongan kanser yang dipercayai untuk mendapatkan maklumat yang sahih.
Jika anda mempunyai keluarga yang sedang berjuang melawan kanser fahami keadaan mereka dan berikan sokongan moral yang seperlunya sahaja.
Jika anda mempunyai sahabat, rakan & kenalan pesakit kanser/ bekas pesakit kanser adalah sangat tidak wajar untuk anda mengingatkan mereka dengan berkata bahawa kanser itu mungkin boleh berulang. Kerana kami sudah sedia maklum jadi tidak perlu diberi peringatan.
Jenis kanser, hormon badan, antibodi, metabolisma setiap pesakit kanser adalah berbeza. Jadi akan ada yang bulat comel dan ada yang ramping juga. Setiap kami juga dibekalkan ubat yang mungkin mempunyai kandungan steroid.
Kami sebenarnya adalah tidak digalakkan & telah dinasihat untuk tidak melakukan kerja-kerja kasar/ berat kerana sistem badan kami adalah tidak senormal asal hasil dari rawatan kimoterapi, radioterapi, brachytherapy, etc. Juga pengambilan ubatan secara berterusan. Salah satu kesan dari rawatan yang diterima adalah kerapuhan tulang, masalah sendi, masalah cepat semput @ letih. Tetapi, majoriti kelompok kami tidak menyalahgunakan alasan ini untuk melayan perasaan untuk duduk bergoyang kaki melepek dan menunggu semuanya diuruskan orang lain untuk kami. Kami berusaha untuk melakukan semua aktiviti dengan sendiri, berdiri dengan kudrat sendiri (yang diberi pinjam oleh Allah). Kerana apa? Kerana kami tidak membiarkan kanser itu melemahkan kami!!
**Jangan biarkan alasan menghantui hidup andaaaaa....**
**Yezza!!!**
**Being Strong Is The Only Choice**papamamabuffyfluffyhttp://www.blogger.com/profile/04469617235334934899noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-462238277910125234.post-7634932924244238162016-01-31T10:50:00.000-08:002016-01-31T21:30:56.051-08:00Sedar Diri Hehehehe..Assalamualaikum...
Haii...
Astaghfirullahhala'zim, dah lama sgt kan aq x update blog ni. Mohon maaf kepada mereka yg duk terbelek2x blog aq ni ari2x hanya utk baca cerita merapumeraban aq.
Sebenarnya dlm tempoh aq duk fikir nak tulis apa, nak cerita apa, malas nak cerita...otak ni sebenarnya byk sgt nk cerita. Tp xtau nak mula kat mana. Adakah org faham maksud yg aq cuba sampaikan? Adakah ayat yg aq guna benar? Semuanya bercampur. Lagi pula,aq pun sendiri bukanlah sebaik, sempurna utk bercerita. Apa yg aq tulis selama ini pun hanya satu kaedah utk lepaskan anasir negatif dlm kaedah yg positif, InsyaAllah. Aq cuma berharap sangat2x apa yg aq kongsi dalam blog ni agar menjadi jambatan kebaikkan yg berterusan di antara aq dan Allah SWT juga semua pembaca sekalian.
Sebelum aq diberikan oleh Allah untuk merasai nikmat ujian Kanser ini, berliku juga ujian yg terdahulu yg perlu ditempuhi. Bermula dr kecil, bujang hinggalah sudah bergelar isteri.
Dahulu ketika kecil sehingga bujang, setiap dugaan yg ditempuhi terasa sgt berat. Terasa sangat menyedihkan. Jadilah aq seorang manusia yg keras. Keras hati, keras kepala, keras & suka memberontak. Seperti api amarah yg meluap2x terperangkap dalam bongkah besi yang kedap. Pantang silap sikit. Pantang hati aq disakiti. Bahasaku kesat. Walau aq solat walau aq mengaji tp aq masih begitu. Mungkin solatku hanya utk tatapan umum & mengajiku juga. Tidak seikhlas dr hati. Mungkin juga tiada tulus yg sebenarnya Lillahita'ala. Mungkin!
Sehinggalah aq diberikan Allah jodoh yg terbaik. Hadiah yg tak terhingga. Satu malam, aq benar2x merintih. Memohon jodoh yang terbaik utkku dan bukanlah jodoh yg nafsuku mahu. Kurang dari sebulan, Allah menemukan kami melalui cara yang tak terfikir diakalku. Yang mana detik hatiku bertanya 'inikah jodohku Ya Allah?' Sesungguhnya perjalanan kami untuk bersatu juga tidaklah semudah disangka. Tp aq tetap percaya bahawa jika ini jodoh yg terbaik dr Allah utkku pasti Allah akan mudahkan. Alhamdulillah, perkenalanyg hanya memakan masa 6 bulan kami dinikahkan. Syukur. Tp ujian Allah utk kami tidak berhenti di situ. Ia bagaikan level permainan video. Berjaya level 1 akan ada level 2 dan seterusnya. Alhamdulillah kami seperti atlet sukan. Setakat ini masih lagi bergelar "Johan" utk setiap level..hahaha...
Dahulu aq juga selalu bertanya "Ya Allah, sampai bilakah dugaan ujianMu ini akan berhenti untuk kami?" Dan apabila dikenang2x kan balik...rupanya ujian & dugaan yang Allah berikan sebelum ni adalah untuk menguatkan asas diri aq untuk level ujian yang seterusnya iaitu KANSER. Yang mana telah mengubah zahirku & aq berjaya untuk melihat dunia dari sudut yg berbeza. Alhamdulillah. Syukur pada Allah kerana aq terpilih untuk melalui ujian2x sebelum ini. Dan terima kasih kepada suamiku kerana masih setia menemani & memimpin tangan ini bersama2x.
Jika tidak kerana kanser ini, pasti aq tidak memahami maksud sebenar kehidupan yang sementara. Jika tidak kerana kanser pasti aq kurang memahami maksud sebenar syukur. Jika tidak kerana kanser pasti aq tidak tahu seberapa nilai sebenar kasih & cintanya suamiku itu kepada aq. Dan itulah di antara banyaknya nikmat yang telah Allah berikan kepada hambaNYA ini. Ya Allah...terima kasih kerana masih lagi sudi untuk menyentuh hati ini agar tidak hanyut jauh dariMU. Terima kasih Ya Allah kerana kasih dan sayangMU selama ini. Jika sampai waktu kita dijemput Allah untuk pulang, ingatlah bahawa itulah tempat kita yang sebenar-benarnya.
Jika hidupmu diberikan pelbagai ujian, ingatlah itu tanda kasihnya Allah padamu. Agar dirimu pulang dan mengingatiNYA. Agar engkau tidak jauh dariNYA. Jika kita kenal diri kita sebagai hambaNYA, pasti setiap ujian yang seterusnya akan dilalui dengan senyuman walau zahirnya nampak perit. Allah Yang Maha Mengadakan dan Dia juga Yang Maha Mentiadakan. Mintalah pada Allah, Tuhan yang telah menjadikan kita ini. Allahuakbar.
papamamabuffyfluffyhttp://www.blogger.com/profile/04469617235334934899noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-462238277910125234.post-71989422598336970192016-01-06T07:32:00.001-08:002016-01-06T07:32:15.351-08:00Bila Aku Tahu Aku Ada KanserAssalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.
Sy syer di sini pengalaman sy. Bukan nk kabo sy ni baik sgt. Sy pun byk lompang. Nauzubillahhiminzalik, mintak maaf berawal la deh. Sy syer utk mereka pesakit kanser yg baru yg mungkin tgh terawangan apa tindakan yg perlu dibuat.
1. Klw nk nangis, nangis puas2x. Tp ingat, jgn lagho ikut perasaan sgt. Sampai masa perlu stop nangis then STOP!
2. Ambil wuduk, mengadulah pd Allah yg menciptakan kita & sekelian alam. Tanya pd Allah apa perlu dibuat. Minta & merintihlah apa tindakan yg perlu dilakukan. Minta tunjukkan & dipermudahkan jalan.
3. Masa ni normal klw ada yg suka rahsiakan sakit dr org sekeliling. Mungkin rasa xnak menyusahkan org & x suka diri disimpati. Tp ketahuilah apabila berterus terang, tekanan perasaan itu akan berkurang. Ingat, berterus terang itu bukan kes menagih kasihan @ simpati org ramai.
4. Apabila ada yg tahu kita kanser, berduyun2x manusia sihat yg akan bg nasihat. Tak termasuk org bisnes. Semuanya bersandarkan testimonial yg kita sendiri belum cross-check apakah ia sahih benar, yg tgh bergelodak dlm diri aq nk pulih, aq nak pulih sbb kita takut sangat utk mati & terlalu sayangkan dunia. Jadi, buatlah pilihan yg tepat dgn kebergantungan pd Allah semata. Minta Allah tunjukkan (klw rasa stress sbb terlalu byk sgt info yg bersimpang siur, bawak diri, menyendiri sebentar, zikir, bercerita dgn Allah. Dialah Yang Maha Mendengar. Diri kita sendiri kena kuat. Belajarlah untuk kuat!!
5. Apabila asas diri dah kuat, level panik dah up ke level redha. Masa ni diri pun dh agak bertenang. Fikiran pun dah agak rasional. Emosi pun dah sedikit terkawal. Masa ni, tetaplah dekatkan diri dgn Allah & dalam masa yg sama laluilah proses2x rawatan yg telah dipilih. Jika pilih rawatan alternatif pastikan ke hospital utk mengetahui adakah keadaan kanser itu makin pulih @ tidak. Ingatlah, CANTIK ZAHIRNYA BELUM PASTI CANTIK DALAMNYA.
6. Makanlah makanan yg berkhasiat mengikut keperluan badan. Bukan menolak semua makanan yg diberitahu oleh si polan "ini x boleh, itu x boleh. Aq dengar lah ada org ckp". Hurmm, sebaiknya dapatkan bukti yg berfakta. Ingatlah badan kita masih dlm proses rawatan dan pemulihan. Kita pesakit kanser perlukan antibodi yg kuat jd kita perlukan tenaga. Makanlah dlm keadaan yg sederhana. Sebaiknya jauhilah segala mak nenek penambah perisa, pewarna tiruan, gula yg tinggi, makanan proses. Klw dah teringin, jamahlah sikit. Bg hilang kempunan.
7. Latihan fizikal. Penting utk pastikan pengaliran darah dlm badan lancar. Ia berkait dgn kandungan oksigen dalam badan, kekuatan paru2x, kadar denyutan jantung juga fungsi organ2x yg lain. Xdpt buat byk pun buat yg ringan. Yg paling ringan gerak2x kan tangan kaki & latihan pernafasan. Klw jumpa ustaz & ustazah yg sahih, tanyakan ttg zikir nafas. Minta ditunjukkan cara.
8. Jika semua rawatan dan langkah pemulihan telah dibuat sebaik mungkin tp Allah masih berikan ujian kanser ini. Berlapang dadalah. Mungkin ini yg terbaik untuk kita. Tp ingatlah selagi ada nafas & kemampuan jangan pernah putus harap & putus asa. Bila kita putus harap & putus asa seperti kita putus harap pd Allah (ayat ini pernah dikhabarkan pd sy bila sy pernah dlm situasi tersebut). Nauzubillahhiminzalik. Buat sebaiknya hingga yg terakhir. Sbb itu semua adalah bonus utk kita di sana.
9. Ingin sy ingatkan, jgn terlalu taksub. Siapa pun yg merawat, ubat apa pun yg diambil itu hanyalah media dalam proses rawatan. Yg menyembuhkan tiadalah yg lain kecuali Allah SWT juga yg Maha Mengadakan Lagi Mentiadakan.
Sekian.
** nikmatilah sisa2x hidup yg masih ada dgn membahagiakan diri sendiri & org sekeliling. Senyum, sabar, redha & berlapang dada. Sisihkan ketepi jauh2x yg negatif. Positifkan diri. Kuatkan semangat & diri sendiri. Bila rasa diri goyah cepat2x ingat Allah. Allah yg utama & paling utama.papamamabuffyfluffyhttp://www.blogger.com/profile/04469617235334934899noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-462238277910125234.post-38216832317403460582015-12-06T07:28:00.002-08:002015-12-06T22:21:19.650-08:00 To All Cancerians: Keep On Fighting!!!Assalamualaikum...
Hii...
Semalam Tunku Jalil telah mangkat. Sebelum tu Pak Yus Jambu. Ramai yg kenal sbb mereka public figure. Dan sebelum tu kak Jorina, Sebelum tu ayah kepada ahli group cancer survivors. Boleh dikatakan ramai yg meninggal. Cuma beza arwah Pak Yus meninggal bukan asbab kanser.
Aq xde pun nak up komen dlm FB ttg ketiadaan mereka di atas muka bumi ni. Bukan xde yg nak diperkatakan. Ada! Tapi aq merasakan apakah wajar utk aq bercerita panjang di situ? Lgpun terasa berat sangat utk aq komen di FB. Mereka dah tiada. Perjalanan & urusan mereka juga sudah setel. Skrg mereka berehat sambil menunggu & meneruskan perjalanan yg hakiki. Kenapa perlu diratapi? Kenapa perlu menangis teresak2x? Berhari2x? Mengikut nafsu hasutan syaitan. Betul, perasaan rindu! Mungkin juga jika suamiku dijemput Allah sebelum aq, aq akan rindu. Rasa kosong, bosan tambah lg tiada anak. Tapi diam2x sudah. Doa! Doalah, itukan yg lebih baik. Kisah hidup mereka kita jadikan panduan. (Aq tak kisah jika korang x setuju dgn aq. Lain org lain pendapat.)
Pasti yg tanya, habis tu aq xde perasaan sedih? Hiba? Sayu?
Ya, ADA. Apatah lagi yg meninggal itu asbabnya cancer. Aq sendiri pun terasa sedih, menitik juga air mata, bila dapat perkhabaran. Tp, ckup la sekadarnya. X perlu nk meratap berhari2x. Xperlu nk buat video tribute. bagai. Sbb itu hanya membuatkan mereka yg LEMAH SEMANGAT, yg HATI TISU melalak menangis & meratapi. Dan bukan kah itu tidak elok utk roh? Utk mereka yg telah pergi?. Mungkin aq sekeras ini disebabkan aq telah biasa menghadapi kisah kematian dan mungkin juga aq juga telah menerima sepenuhnya realiti kemungkinan kematian aq yg bila2x masa sahaja dipanggil. Atau mungkin juga aq ini sudah hilang perasaan gamaknya!
Kalau esok aq mati, aq mohon janganlah meratapi kematianku sampai over beb! Takdenyer nak aq bangga & berterima kasih utk mereka beriya menangis atas krmatian aku. Tetapi alangkah manis, cantik dan beruntungnya jika korang hadiahkan bacaan surah, zikir & doa yg baik2x untuk mudahkan perjalanan aq yg seterusnya. Itu lebih baik.
Untuk cancer fighters di luar sana, jgn putus asa! Mereka yg dh pergi biarkan pergi. Relakan. Redhakan. Doakan yg baik2x utk mereka. Kita yg masih belum selesai ni, teruslah berjuang & lakukan yg terbaik utk hal2x dunia dan yg paling utama bawak bekal sebanyak2x nya untuk akhirat sana.
Bagi mereka yang merasakan mati itu masih jauh dgn korang. Sehinggakan masih lgi sombong dengan keberadaan yg Allah kurniakan. Masih lg rasa sempurna sihat. Masih lagi merasa sangat muda untuk mati. Masih lg bergelumang dgn kemaksiatan. Masih lagi menunjukan aset diri tanpa rasa bersalah mahupun berdosa. Ini aq ingatkan agar aq tidak lg dituntut esok2x, berubahlah! Marilah kita berubah ke arah kebaikkan. Buang sifat ego, sombong, bongkak, tamak. Marilah kita sama2x berubah. Aq juga tidak sempurna. Aq juga tidak baik. Aq juga banyak dosa. Tapi kita punya peluang untuk diampunkan oleh Allah. Mana tahu, tidur kita malam ini adalah tidur terakhir di dunia ini. Siapa kita untuk menolak & menidakkan. Kerana kita ini hanya hamba. Kita bukan siapa2x. Tiada kudrat pun kita jika tidak kerana Allah. Dia yang berkuasa dan berhak di atas apa yg Dia kehendaki. Marilah kita ingat balik apa janji kita dengan Allah dahulu....papamamabuffyfluffyhttp://www.blogger.com/profile/04469617235334934899noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-462238277910125234.post-76229059352541338762015-12-02T02:11:00.000-08:002015-12-06T22:15:35.514-08:00Bilakah Waktunya Tinggalkan DuniaAssalamualaikum....
Hiii....
Semenjak aku bergelar pesakit kanser. Setiap minggu, kadang kala selang sehari, kadang kala setiap hari pasti dapat perkhabaran ada hamba Allah yang dijemput pulang. Ada yang disebabkan kanser, ada yang disebabkan kemalangan jalan raya, ada yang tiada pun sakitnya.
Dahulu, bila dapat berita tentang kematian hati ni terusik sedih, sebak, takut. Sekarang ni, rasa macam biasa. Pernah aku baca, katanya klw dapat petkhabaran tentang kematian tetapi hati tidak tersentuh, hati itu telah mati. Entahlah, apakah benar hati aq ni telah mati?
Tapi, sejujurnya bagi aq. Apabila tiba saat dipanggil pulang terpisah jasad dan roh. Terputus sudah urusan arwah dgn hal2x dunia Sesungguhnya, roh itu sendiri telah selamat pulang ke tempat asalnya. Yg kita tatap & ratap itu jasad yang kosong yg perlu disempurnakan pengkebumiannya. Manakala, bermulalah perjalanan roh itu yang sebenarnya.
Bagiku juga, jika tersinggah rindu pada arwah. Maka, sebaiknya sedekahkan apa yang patut. Jika esok, aq juga dijemput pulang dan apakah aq juga akan dirindui? Satu yang kupinta, jika sudi sedekahkanlah apa yang patut dan sudi. InsyaAllah, agar diringankan perjalananku yg sebenar.
Tapi yang pasti, perjalanan duniaku masih jauh. Masih byk lg urusan yg masih belum selesai. Teguhkan hati, tetapkan niat untuk lakukan yang terbaik dalam semua apa pun hal2x dunia & akhirat. Senyum dan teruskan melangkah. Berusaha untuk gapai semua impian dan cita2x. InsyaAllah, Allah Maha Mengetahui.
papamamabuffyfluffyhttp://www.blogger.com/profile/04469617235334934899noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-462238277910125234.post-14576277371097936112015-11-26T22:51:00.001-08:002015-12-06T22:24:22.268-08:00Resepi Mee Suah MudahAssalamualaikum,
Hiii...
Lunch untuk harini kita masak Mee Suah Sup. Kebetulan si Aiman ada boleh la buat. Aiman ni mmg feveret dia segala jenis mee, spageti. Tambah lagi musim hujan ni. Sedak ngat wehh!!
Haritu, hari sebelum aq masuk ke IKN, 1st time aq mkn mee suah...di rumah k.ngah. start hari tu terindu-rindu la ke mee suah. Kt bwh ni aq share cara aq masak. Klw tgk kt gugel mcm2x kaedah. Tp, aq mls nk rumitkan kepala hotak jd. aq buat ikut style aq je muahahaha...
Caraku:
Tumis halia + bawang putih + lada hitam yg dah ditumbuk lumat. Dah wangi masukkan ayam (sebelum tu gaul ayam dgn garam + lada sulah). Masak smpai kering air ayam. Kemudian masukkan air. Masukkan kiub ayam. Tambah garam ikut selera.
Ayam yg dlm sup td aq kuarkan, perap dgn kicap + sos tiram + lada sulah. Kemudian goreng (mcm style nasi ayam). Ayam ni aq buat lauk.
Sayur baby sawi +baby kailan. Aq celur sekejap dlm sup td kemudian keluarkan.
Perkakas tambahan:
Fish ball
Fish cake
Lada jeruk
Bawang putih jeruk
Sambal kicap
Daun bawang yg diracik
Daun sup yg diracik
**Mee suah ni jenis yg cepat sgt serap kuah. So, better celur dulu dlm 2 minit. Tos kan. Nanti nk makan baru letak sup & perkakas yg lain tu.
Burppp!! Alhamdulillah.papamamabuffyfluffyhttp://www.blogger.com/profile/04469617235334934899noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-462238277910125234.post-86205433089969786362015-11-20T06:24:00.000-08:002015-11-20T06:24:15.627-08:00Pesanku UntukmuJika esok,
Aku pergi dahulu,
Aku tahu ada yang merindui,
Hanya segelintir,
Itu mencukupi.
Jika esok,
Bila aku sudah tiada,
Sudi titipkan sedekah untukku,
Buat bekal,
Buat ringan perjalananku.
Jika esok,
Engkau pergi dahulu,
Aku pasti merindui,
Dan sama akanku lakukan.
Antara engkau dan aku,
Siapapun yang pergi dahulu,
Senyumlah,
Tabahlah,
Esok,
Pasti akan berjumpa lagi.
papamamabuffyfluffyhttp://www.blogger.com/profile/04469617235334934899noreply@blogger.com0