Kanser, Temoxifen, Covid-19

 Assalamualaikum dan hiii....

Aku kembali merapu sambil menunggu video P&P selesai di upload ke dalam paltform 😄. Kagumkan dengan pencapaian aku? Aku pun kagum dengan diri sendiri tapi kembali sedar diri. Semua ini pun dengan izin dan baiknya Allah SWT kerana sudi memudahkan semua urusan hamba Dia yang selalu alpa. Astaghfirullahalazim.

So, tahun 2020 yang penuh dengan cabaran yang tak disangka-sangka juga nikmat yang tak dijangka-jangka. Bulan Mac, Malaysia melaksanakan PKP ekorang kes Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Terkini, virus Covid-19 masih lagi tidak dapat diatasi sepenuhnya. Vaksin masih di cari walaupun berita ada menyatakan negara Russia telah berjaya menjumpai vaksin tersebut dan dalam proses medaftarkan hak. Namun, jika dirujuk kepada berita terkini, virus tersebut telah melalui proses mutasi yang baharu. Makanya, aku tidak pasti apakah vaksin yang dipercayai untuk Covid-19 tersebut dapat membantu merawat serangan virus ini kepada kumpulan manusia di dunia ini. Wallahualam. Semoga virus yang digeruni ini dapat dihapuskan segera sebelum ianya melalui proses mutasi yang lain pula. InsyaAllah.


Disebabkan itu, aktiviti kehidupan aku sebagai rakyat Malaysia juga berubah. Perkataan 'NORMA BAHARU' dipromosikan di mana-mana. Perkara asas dalam norma baharu antaranya wajib memakai topeng muka apabila keluar, jarak fizikal sekurangnya 1 meter, elakkan pergi ke tempat ramai orang, sentiasa mendaftarkan diri untuk memasuki premis dan beberapa perkara yang lain.


Melibatkan hal kerja pula, kami sebagai pendidik wajib melakukan pembelajaran virtual bagi menjaga jarak. Sekiranya bilangan kelas mampu untuk menjaga jarak, kami boleh melaksanakan pembelajaran bersemuka. Tapi jika tidak, sebaiknya pembelajaran virtual itu adalah langkah yang terbaik, Walaubagaimanapun, kami sebagai pendidik menghadapi beberapa kekangan baik dari kami sendiri ataupun pelajar. Terutama kualiti capaian internet. Sangat mencabar emosi. Apatahlah lagi jika silibus melibatkan proses pengiraan. Ia sungguh mencabar perasaan. Sudah 2 minggu kelas berjalan, aku masih lagi dalam keadaan cuba dan jaya. Masih lagi mencari kaedah yang terbaik dengan harapan semua pelajar dapat menerima ilmu dengan terbaik mampu. Alhamdulillah, di politeknik kami dibekalkan beberapa aplikasi software yang sangat membantu kami selaku pendidik dan aplikasi tersebut juga dibekalkan juga kepada kesemua pelajar politeknik. Cuma, kesesuaian aplikasi-aplikasi tersebut perlu dikenalpasti apakah sesuai atau tidak.

Manisnya dugaan Covid-19 ini membuatkan aku lebih rajin menimba ilmu. Terasa sedikit cerdik kahkahkah (gelak guling-guling). Puncanya, sebagai seorang pendidik aku tak boleh memberi alasan TIDAK TAHU atau TIDAK BOLEH. Aku kena sediakan pelan sokongan sekiranya pelan A gagal. Aku perlu sediakan pelan B, C, D sampai Z (jika mampu). Dalam konteks menerima rezeki bulanan, aku kena betul-betul mencari solusi semampu boleh. Selagi boleh aku teruskan, maka wajib aku teruskan. Ini amanah dan bukan suka-suka. Amanah yang melibatkan orang ramai. Aku takut. 

Tahun ini juga tahun yang banyak sungguh bermain dengan perasaan. Kak murni. Aku elak sungguh-sungguh menulis di dalam FB berkaitan kisah kak murni. Mengingatkan kak murni pun, kelopak mata mula memberat. Allahuakbar, ya Allah. 

Kak Murni. Kakak yang sama tempat kerja. Senior aku. Bermula sesi Disember 2019, aku dimaklumkan Kak Murni kurang sihat dan mohon cuti sakit. Beberapa hari ke hadapan. Ketika di dewan. Ketika aku mengikuti kursus Struktur, aku dengar Kak Murni sudah menggunakan kerusi roda. Aku tak sedap hati. Sungguh. Isi kepala berputar memikirkan Kak Murni. Perasaan bergetar di dada, berdebar lain macam. Aku jadi sungguh-sungguh susah hati. Aku luahkan pada sahabat aku. Asmahani yang sama-sama berkursus.

"As, aku susah hati".

 Aku ceritakan kenapa aku susah hati. Ya, aku sedar. Aku tak boleh melangkaui kuasa dan ketentuan Allah. Tetapi pengalam kanser, berkawan dengan sahabat yang senasib. Aku jadi risau. Mengenangkan pula Kak Murni pernah ada masalah cyst beberapa tahun dahulu dan sekarang dia menggunakan kerusi roda. Tidak kuat untuk berjalan. Tetap juga aku doa mohon ia bukan seperti yang terlintas. Mohon dijauhkan. Sampai di rumah. Waktu Maghrib. Aku maklumkan pada suami.

"Kak Murni tak sihat. Jika dia izinkan kita pergi melawat dia yek". Ini bukan sekadar permintaan aku. Lenggoknya seperti arahan. Aku kena pergi jumpa Kak Murni. Suami aku pelik. Kenapa aku beriaya-iya. Aku tak pernah macam ini. Aku hanya maklumkan, aku rasa tak sedap hati. Kepala asyik ingat Kak Murni. Aku susah hati.

Selang sehari. Jumaat. aku mendapat panggilan telefon dari Kak Da. Memaklumkan Kak Murni sebenarnya mungkin menghidap kanser payu dara. Bahagian kaki (peha), yang sakit telah dibuat x-ray. Kemungkinan berpunca dari kanser tersebut. Apa lagi yang mampu aku katakan? Aku agak pelik kerana, Kak Murni belum pun lagi membuat biopsi dan bagaimana doktor boleh menyatakan Kak Murni menghidap kanser payudara. Rupanya, Kak Murni dah perasan perubahan badannya. Bila dimbas balik, baru aku perasan beberapa keadaan sepertinya Kak Murni ada nak bercakap sesuatu dengan aku. Tetapi, macam ada yang terhalang. Ya, apabila semua ini terjawab. Aku berborak dengannya. Semua yang tergantung, bersambung.

Kak Murni punyai sahabat yang benar-benar sahabat dunia akhirat. Ramai yang bantu. Ramai yang sayang. Semua ahli keluarganya sangat memberi sokongan yang terbaik untuk sama-sama lalui ujian ini. Walaupun, result CT Scan tidak menunjukkan hasil yang menenangkan hati. Tetapi semangat Kak Murni sangat kuat. Lebih kuat dari aku. Sungguh. Ini yang patut aku tiru. Aku kena kuat. Kena positif.

10/08/2020 - Kak Murni kembali ke dunia abadi. Pulang dalam Rahmat Allah. Terasa seperti mimpi. Hari Isnin tersebut adalah hari yang sungguh-sungguh aku usaha untuk tahan sabar, usahakan kuat, usahakan aku tidak menangis. Kasihan Kak Murni. Selama beberapa bulan sudah dia tahan sakit. Sakit yang aku sendiri mungkin tidak mampu untuk tangung. Dan apakah aku ingin siksa dia lagi dengan tangisan sedih aku? Sedangkan aku sedar Kak Murni telah berbahagia pulang kepada Allah. Urusan dia di dunia telah selesai. InsyaAllah dia pasti dalam syurga Allah. Amiiinnn ya Allah, Amiiinnn.

Kenangan Kak Murni. Seorang yang selalu memudahkan urusan orang lain. Pemurah. Kalau disebut nama arwah kepada pelajar mesti ramai yang puji. Pensyarah yang baik hati. Pensyarah yang banyak membantu. Selalu kalau aku ada masalah dalam pengurusan yang melibatkan aktiviti/program pelajar/staff. Luahkan sahaja pada Kak Murni, IsnyaAllah mesti adalah solusi. Kak Murni mesti akan bantu memberi idea walaupun tidak diminta. Sepanjang tempoh Kak Murni cuti sakit, setiap kali berborak aku aku cakap aku sayang dia dunia akhirat. aku sayang dia kerana Allah. Sebab aku nak dia tahu aku memang sayangkan dia. Aku tak nak aku menyesal tak ucapkan itu. 

InsyaAllah, selagi aku hidup. Aku usahakan untuk kirimkan hadiah untukmu wahai sahabat dunia akhiratku. Aku dan yang lain akan menyusul kemudian dan kita akan berkumpul lagi.

Owh, aku terlupa. Alhamdulillah, aku sudah dibernarkan untuk berhenti mengambil Tamoxifen. Alhamduillah. Sekarang aku hanya meneruskan dengan ubat thyrod & jantung sahaja. Alhamdulillah....

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Radioterapi

Kimoterapi: 2nd cycle

CT Scan