Posts

Showing posts from August, 2020

Kanser, Temoxifen, Covid-19

 Assalamualaikum dan hiii.... Aku kembali merapu sambil menunggu video P&P selesai di upload ke dalam paltform 😄. Kagumkan dengan pencapaian aku? Aku pun kagum dengan diri sendiri tapi kembali sedar diri. Semua ini pun dengan izin dan baiknya Allah SWT kerana sudi memudahkan semua urusan hamba Dia yang selalu alpa. Astaghfirullahalazim. So, tahun 2020 yang penuh dengan cabaran yang tak disangka-sangka juga nikmat yang tak dijangka-jangka. Bulan Mac, Malaysia melaksanakan PKP ekorang kes Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Terkini, virus Covid-19 masih lagi tidak dapat diatasi sepenuhnya. Vaksin masih di cari walaupun berita ada menyatakan negara Russia telah berjaya menjumpai vaksin tersebut dan dalam proses medaftarkan hak. Namun, jika dirujuk kepada berita terkini, virus tersebut telah melalui proses mutasi yang baharu. Makanya, aku tidak pasti apakah vaksin yang dipercayai untuk Covid-19 tersebut dapat membantu merawat serangan virus ini kepada kumpulan manusia di dunia ini. W