Posts

Showing posts from March, 2020

Ujian Hadir Untuk Semua

Assalamualaikum dan hiii... Buat pertama kalinya aku buntu tidak tahu bagaimana untuk menyusun ayat walaupun sekadar ayat tunggang langgang sekalipun. Buat pertama kali ini juga, aku mengambil masa yang sangat lama untuk menekan butang  publish  kerana setiap kali aku taip dan aku akan kembali padam. Berulang-ulang kali. Hampir seminggu. Sekiranya aku berjaya menekan  butang  publish hari ini, ia bermaksud sekali lagi aku telah berjaya memadam keseluruhan penulisan sebelum ini. Apa yang terpampang adalah adalah apa yang aku taip sebentar tadi. Sebarang ujian yang hadir tidak kiralah sakit, kemalangan, anak-anak atau apa-apa sahaja yang dianggap ujian bukanlah semata-mata untuk mereka yang kita lihat secara zahiriahnya yang sedang menghadapi. Tetapi ujian tersebut adalah untuk semua termasuk kita yang mengetahui. Inilah yang selalu diingatkan oleh suami aku. Disebabkan blog ini wujud ketika aku sedang mengharungi proses rawatan kanser payudara makanya, aku akan bercerita dari sudut