Posts

Showing posts from July, 2016

Raya 2016

Assalamualaikum.... Hii... Hari dah masuk 20/7. Sila tengok sendiri kalendar dah masuk Syawal yang ke berapa...hiuhiuhiu... Raya kali ini rasanya berbeza sikit. Raya kali ini rendang ayam & kuah kacang air tangan sendiri, hokkeyy... (koyalah tu) dan penasihat terhormat mestilah my mother in law...hihihi... Birthday suami pun jatuh dalam Syawal. Warghhh...mujur family members yang ingatkan. Terima kasih!! (kikikiki macam untuk aku pula...biasalah "wakil bagi:"). Kalau tak mesti aku lupa lagi. Berkenaan keadaan kesihatan aku, tak ada apa yang boleh dikhabarkan. Sebab aku kurang & jarang sekali memikirkan. Rutin checking, rutin ubat aku teruskan macam biasa. Rutin pelan pemakanan, rutin keluar peluh pun macam biasa. Cuma sedikit perubahan yang agak ketara, aku cepat letih. Masa bulan puasa baru-baru ini, pukul 10-10.30 aku dah selamat berdengkur. Semalam buat pertama kalinya, tangan sebelah operation lenguhnya lain macam. Suami dah tolong urutkan t