Posts

Showing posts from October, 2019

TITIPAN UNTUK SEMUA PEJUANG KANSER

Assalamualaikum dan haiii... Woootttt...wooott...dah lama gilerrrr aku tak update blog ni. Sibuk dengan kerja, dengan aktiviti sendiri, keluarga, bermasyarakat.....perghh!! Dah macam Yang Berhormat lagaknya, wakakaka.... Hari ini 29/10/2019. Kalau di congak hampir 5 tahun perjuangan kanser. Aku pun dah hampir 3 tahun lebih dah masuk kerja balik. Stress!? Tak boleh lari. Di bawah ni adalah cebisan penulisan aku yang aku copy dari facebook untuk bacaan kalian. Sekiranya, ia berfaedah bacalah. Jika tidak, abaikanlah. Aku mohon maaf terlebih dahulu mungkin pandangan kita berbeza tetapi ini adalah pandangan peribadi aku terhadap badanku dan perjuanganku selama ini, kerana Allah Ta'ala.  Satu lagi perkara, sekiranya jika hadir perasaan 'HEBAT' mohon kembalikan kepada Allah. Sesungguhnya segala puji dan kebaikkan itu adalah milik Allah juga. Aku hanya 'puppet' yang berlakon di pentas dunia. Tolong bantu aku untuk tiada riak dan sombong walau sepecis di dalam d