Posts

Showing posts from November, 2015

Resepi Mee Suah Mudah

Assalamualaikum, Hiii... Lunch untuk harini kita masak Mee Suah Sup. Kebetulan si Aiman ada boleh la buat. Aiman ni mmg feveret dia segala jenis mee, spageti. Tambah lagi musim hujan ni. Sedak ngat wehh!! Haritu, hari sebelum aq masuk ke IKN, 1st time aq mkn mee suah...di rumah k.ngah. start hari tu terindu-rindu la ke mee suah. Kt bwh ni aq share cara aq masak. Klw tgk kt gugel mcm2x kaedah. Tp, aq mls nk rumitkan kepala hotak jd. aq buat ikut style aq je muahahaha... Caraku: Tumis halia + bawang putih + lada hitam yg dah ditumbuk lumat. Dah wangi masukkan ayam (sebelum tu gaul ayam dgn garam + lada sulah). Masak smpai kering air ayam. Kemudian masukkan air. Masukkan kiub ayam.  Tambah garam ikut selera. Ayam yg dlm sup td aq kuarkan, perap dgn kicap + sos tiram + lada sulah. Kemudian goreng (mcm style nasi ayam). Ayam ni aq buat lauk. Sayur baby sawi +baby kailan. Aq celur sekejap dlm sup td kemudian keluarkan. Perkakas tambahan: Fish ball Fish cake Lada jeruk Ba

Pesanku Untukmu

Jika esok, Aku pergi dahulu, Aku tahu ada yang merindui, Hanya segelintir, Itu mencukupi. Jika esok, Bila aku sudah tiada, Sudi titipkan sedekah untukku, Buat bekal, Buat ringan perjalananku. Jika esok, Engkau pergi dahulu, Aku pasti merindui, Dan sama akanku lakukan. Antara engkau dan aku, Siapapun yang pergi dahulu, Senyumlah, Tabahlah, Esok, Pasti akan berjumpa lagi.

Kisah Makcik Zaiton

Assalamualaikum... Hii... Hari ini, aku mendapat khabar tentang Makcik Zaiton. Usah dicari entry Makcik Zaiton di sini kerana aku belum pernah bercerita tentang makcik. Ini entry pertama berkenaan Makcik Zaiton. Jika ada yang berjumpa dengan FB aku mungkin di situ boleh cuba digali cerita tentang makcik. Di sana, aku pernah 'up' kan cerita makcik untuk mengumpul dana untuk makcik. Siapa Makcik Zaiton? Bagaimana kenal? Kenapa aku begitu terkesan dengan Makcik Zaiton? Di FB Kuantan, semuanya bermula. Terlihat satu status berkenaan permohonan derma/ dana bantuan. Di tag sekali dengan gambar. Aku tilik gambar, serasa macam kenal. Terus teringat kisah hari terakhir di bilik 'day care'. Cycle terakhir kimoterapi. Katil kami berhadapan. Ya, betullah! Mukanya masih aku ingat. Makcik Zaiton badannya sedikit gempal. Hari itu, aku senyum. Tapi tak dibalas. Memang seperti mahu berbual dengannya, disebabkan senyumku tak dibalas makanya aku mengandaikan dia mahu menyendiri.