Sunday, 31 January 2016

Sedar Diri Hehehehe..

Assalamualaikum...

Haii...

Astaghfirullahhala'zim, dah lama sgt kan aq x update blog ni. Mohon maaf kepada mereka yg duk terbelek2x blog aq ni ari2x hanya utk baca cerita merapumeraban aq.

Sebenarnya dlm tempoh aq duk fikir nak tulis apa, nak cerita apa, malas nak cerita...otak ni sebenarnya byk sgt nk cerita. Tp xtau nak mula kat mana. Adakah org faham maksud yg aq cuba sampaikan? Adakah ayat yg aq guna benar? Semuanya bercampur. Lagi pula,aq pun sendiri bukanlah sebaik, sempurna utk bercerita. Apa yg aq tulis selama ini pun hanya satu kaedah utk lepaskan anasir negatif dlm kaedah yg positif, InsyaAllah. Aq cuma berharap sangat2x apa yg aq kongsi dalam blog ni agar menjadi jambatan kebaikkan yg berterusan di antara aq dan Allah SWT juga semua pembaca sekalian.

Sebelum aq diberikan oleh Allah untuk merasai nikmat ujian Kanser ini, berliku juga ujian yg terdahulu yg perlu ditempuhi. Bermula dr kecil, bujang hinggalah sudah bergelar isteri.

Dahulu ketika kecil sehingga bujang, setiap dugaan yg ditempuhi terasa sgt berat. Terasa sangat menyedihkan. Jadilah aq seorang manusia yg keras. Keras hati, keras kepala, keras & suka memberontak. Seperti api amarah yg meluap2x terperangkap dalam bongkah besi yang kedap. Pantang silap sikit. Pantang hati aq disakiti. Bahasaku kesat. Walau aq solat walau aq mengaji tp aq masih begitu. Mungkin solatku hanya utk tatapan umum & mengajiku juga. Tidak seikhlas dr hati. Mungkin juga tiada tulus yg sebenarnya Lillahita'ala. Mungkin!

Sehinggalah aq diberikan Allah jodoh yg terbaik. Hadiah yg tak terhingga. Satu malam, aq benar2x merintih. Memohon jodoh yang terbaik utkku dan bukanlah jodoh yg nafsuku mahu. Kurang dari sebulan, Allah menemukan kami melalui cara yang tak terfikir diakalku. Yang mana detik hatiku bertanya 'inikah jodohku Ya Allah?' Sesungguhnya perjalanan kami untuk bersatu juga tidaklah semudah disangka. Tp aq tetap percaya bahawa jika ini jodoh yg terbaik dr Allah utkku pasti Allah akan mudahkan. Alhamdulillah, perkenalanyg hanya memakan masa 6 bulan kami dinikahkan. Syukur. Tp ujian Allah utk kami tidak berhenti di situ. Ia bagaikan level permainan video. Berjaya level 1 akan ada level 2 dan seterusnya. Alhamdulillah kami seperti atlet sukan. Setakat ini masih lagi bergelar "Johan" utk setiap level..hahaha...

Dahulu aq juga selalu bertanya "Ya Allah, sampai bilakah dugaan ujianMu ini akan berhenti untuk kami?" Dan apabila dikenang2x kan balik...rupanya ujian & dugaan yang Allah berikan sebelum ni adalah untuk menguatkan asas diri aq untuk level ujian yang seterusnya iaitu KANSER. Yang mana telah mengubah zahirku &  aq berjaya untuk melihat dunia dari sudut yg berbeza. Alhamdulillah. Syukur pada Allah kerana aq terpilih untuk melalui ujian2x sebelum ini. Dan terima kasih kepada suamiku kerana masih setia menemani & memimpin tangan ini bersama2x.

Jika tidak kerana kanser ini, pasti aq tidak memahami maksud sebenar kehidupan yang sementara. Jika tidak kerana kanser pasti aq kurang memahami maksud sebenar syukur. Jika tidak kerana kanser pasti aq tidak tahu seberapa nilai sebenar kasih & cintanya suamiku itu kepada aq. Dan itulah di antara banyaknya nikmat yang telah Allah berikan kepada hambaNYA ini. Ya Allah...terima kasih kerana masih lagi sudi untuk menyentuh hati ini agar tidak hanyut jauh dariMU. Terima kasih Ya Allah kerana kasih dan sayangMU selama ini. Jika sampai waktu kita dijemput Allah untuk pulang, ingatlah bahawa itulah tempat kita yang sebenar-benarnya.

Jika hidupmu diberikan pelbagai ujian, ingatlah itu tanda kasihnya Allah padamu. Agar dirimu pulang dan mengingatiNYA. Agar engkau tidak jauh dariNYA. Jika kita kenal diri kita sebagai hambaNYA, pasti setiap ujian yang seterusnya akan dilalui dengan senyuman walau zahirnya nampak perit. Allah Yang Maha Mengadakan dan Dia juga Yang Maha  Mentiadakan. Mintalah pada Allah, Tuhan yang telah menjadikan kita ini. Allahuakbar.













Wednesday, 6 January 2016

Bila Aku Tahu Aku Ada Kanser

Assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.

Sy syer di sini pengalaman sy. Bukan nk kabo sy ni baik sgt. Sy pun byk lompang. Nauzubillahhiminzalik, mintak maaf berawal la deh. Sy syer utk mereka pesakit kanser yg baru yg mungkin tgh terawangan apa tindakan yg perlu dibuat.

1. Klw nk nangis, nangis puas2x. Tp ingat, jgn lagho ikut perasaan sgt. Sampai masa perlu stop nangis then STOP!

2. Ambil wuduk, mengadulah pd Allah yg menciptakan kita & sekelian alam. Tanya pd Allah apa perlu dibuat. Minta & merintihlah apa tindakan yg perlu dilakukan. Minta tunjukkan & dipermudahkan jalan.

3. Masa ni normal klw ada yg suka rahsiakan sakit dr org sekeliling. Mungkin rasa xnak menyusahkan org & x suka diri disimpati. Tp ketahuilah apabila berterus terang, tekanan perasaan itu akan berkurang. Ingat, berterus terang itu bukan kes menagih kasihan @ simpati org ramai.

4. Apabila ada yg tahu kita kanser, berduyun2x manusia sihat yg akan bg nasihat. Tak termasuk org bisnes. Semuanya bersandarkan testimonial yg kita sendiri belum cross-check apakah ia sahih benar, yg tgh bergelodak dlm diri aq nk pulih, aq nak pulih sbb kita takut sangat utk mati & terlalu sayangkan dunia. Jadi, buatlah pilihan yg tepat dgn kebergantungan pd Allah semata. Minta Allah tunjukkan (klw rasa stress sbb terlalu byk sgt info yg bersimpang siur, bawak diri, menyendiri sebentar, zikir, bercerita dgn Allah. Dialah Yang Maha Mendengar. Diri kita sendiri kena kuat. Belajarlah untuk kuat!!

5. Apabila asas diri dah kuat, level panik dah up ke level redha. Masa ni diri pun dh agak bertenang. Fikiran pun dah agak rasional. Emosi pun dah sedikit terkawal. Masa ni, tetaplah dekatkan diri dgn Allah & dalam masa yg sama laluilah proses2x rawatan yg telah dipilih. Jika pilih rawatan alternatif pastikan ke hospital utk mengetahui adakah keadaan kanser itu makin pulih @ tidak. Ingatlah, CANTIK ZAHIRNYA BELUM PASTI CANTIK DALAMNYA.

6. Makanlah makanan yg berkhasiat mengikut keperluan badan. Bukan menolak semua makanan yg diberitahu oleh si polan "ini x boleh, itu x boleh. Aq dengar lah ada org ckp". Hurmm, sebaiknya dapatkan bukti yg berfakta. Ingatlah badan kita masih dlm proses rawatan dan pemulihan. Kita pesakit kanser perlukan antibodi yg kuat jd kita perlukan tenaga. Makanlah dlm keadaan yg sederhana. Sebaiknya jauhilah segala mak nenek penambah perisa, pewarna tiruan, gula yg tinggi, makanan proses. Klw dah teringin, jamahlah sikit. Bg hilang kempunan.

7. Latihan fizikal. Penting utk pastikan pengaliran darah dlm badan lancar. Ia berkait dgn kandungan oksigen dalam badan, kekuatan paru2x, kadar denyutan jantung juga fungsi organ2x yg lain. Xdpt buat byk pun buat yg ringan. Yg paling ringan gerak2x kan tangan kaki & latihan pernafasan. Klw jumpa ustaz & ustazah yg sahih, tanyakan ttg zikir nafas. Minta ditunjukkan cara.

8. Jika semua rawatan dan langkah pemulihan telah dibuat sebaik mungkin tp Allah masih berikan ujian kanser ini. Berlapang dadalah. Mungkin ini yg terbaik untuk kita. Tp ingatlah selagi ada nafas & kemampuan jangan pernah putus harap & putus asa. Bila kita putus harap & putus asa seperti kita putus harap pd Allah (ayat ini pernah dikhabarkan pd sy bila sy pernah dlm situasi tersebut). Nauzubillahhiminzalik. Buat sebaiknya hingga yg terakhir. Sbb itu semua adalah bonus utk kita di sana.

9. Ingin sy ingatkan, jgn terlalu taksub. Siapa pun yg merawat, ubat apa pun yg diambil itu hanyalah media dalam proses rawatan. Yg menyembuhkan tiadalah yg lain kecuali Allah SWT juga yg Maha Mengadakan Lagi Mentiadakan.

Sekian.

** nikmatilah sisa2x hidup yg masih ada dgn membahagiakan diri sendiri & org sekeliling. Senyum, sabar, redha & berlapang dada. Sisihkan ketepi jauh2x yg negatif. Positifkan diri. Kuatkan semangat & diri sendiri. Bila rasa diri goyah cepat2x ingat Allah. Allah yg utama & paling utama.