Posts

Showing posts from November, 2016

Hargailah Pasangan Anda

Assalamualaikum... Hai... Hari ini aku terbaca satu status yang menarik minat aku untuk 'update' blog. Kata kuncinya, 'HARGAI PASANGAN ANDA'. Aku mungkin salah seorang manusia yang diberikan rezeki oleh Allah punya pasangan yang terbaik pada diri ini. Tetapi, pasanganku juga pasti ada kekurangan seperti aku dan manusia-manusia biasa di luar sana. Kekurangan itulah yang memerlukan kami untuk saling lengkap melengkapi. Ya, banyak dugaan yang kami tempuh. Juga banyak yang manis kami terima. Beberapa hari yang lepas, aku baru tersedar dengan realiti bahawa kami tidak akan punya keturunan dari susur kami berdua (sedang aku sebenarnya sudah sedia maklum dari awalnya yang untuk kami punya zuriat sendiri adalah mustahil). Kecuali dengan Kuasa Allah. Aku yang sudah begini, yang telah melalui rawatan, yang terpaksa menelan pil setiap malam, agak mustahil untuk punya anak~ tak punya keturunan. Tiada anak, tiada cucu, apatah lagi cicit. Kecuali dengan izin Allah. Sebagai

Amalan Pemakanan Aku

AMARAN KERAS: Ini adalah karangan 350 patah perkataan. Sila scroll down laju-laju untuk mengelakkan stress. Rentetan dari kisah kimchi semalam ada yang tanya, kaedah penjagaan pemakanan. Huhuhu..jujurnya, aku tak berdisiplin sangat pun (Kalau berdisiplin, tak adalah aku masih montel lagi comel kan, kan, kan 😂😂😂). Aku makan apa yang teringin. Cuma, berpada-padalah. Sekarang ni cuma kerap sikit masak sendiri. Sebolehnya masak sendiri kat rumah. Makan juga makanan luar, tapi jarang sangatlah sekarang ni. (Mujur poket nipis, kalau duit berkepok agaknya memang sokmo makan luar laa....kih kih kih). Tapi ni beberapa tabiat, yang aku cuba amalkan masa memasak selain bismillah 😂😂😂 & segalanya yang berkaitan: 1. Bila kena guna kunyit. Sebaiknya kunyit hidup. 2. Bila guna kunyit, tambah sikit lada hitam (beli yang biji,aku suka kisar sendiri). 3. Kadang aku suka hiris/ ketuk kunyit hidup kasar baru masuk dalam masakan. Nanti nak makan, aku cari buat ulam. 4. Bawang putih p

Tiada Anak

Assalamualaikum... Hii... Lama sungguh tak update blog. Semenjak dah habis semua rawatan, kurang cerita menarik untuk dikongsi. Hidup macam biasa, masih ikut follow up dengan hospital. Esok pun dah ada temujanji untuk mamogram test. Apa pun result, malas nak fikir. Aku dengan suami, Alhamdulillah. Semua pun masih sama macam dulu. Cuma aku yang makin gemuk kah kah kah. Geram sungguh, dah kurangkan makan masih berat statik tak mahu berubah turun, tak mahunya hilang nombor 6. Kami masih bertemankan dengan 11 ekor kucing kami. Aku berterus terang dengan suami. Aku suka begini. Berdua dengannya. Tiada anak tak mengapa. Aku seronok. Boleh berkepit tanpa gangguan. Boleh mengada bila suka. Mungkin sifat keibuan aku ini dah hilang ditekan masa. Mungkin perasaan untuk ada anak juga dah hilang. Tapi, aku ada usulkan pada suami. Jika dia inginkan anak kahwinlah atau ambil sahaja anak angkat. Tapi, katanya dia belum bersedia untuk pikul tanggungjawab lain. Yang masih ada ini pun belum lagi