Posts

Showing posts from 2017

Rutin Harian Bekas Pesakit Kanser

Assalamualaikum.... Hii... Rutin harian aku sebagai bekas pesakit kanser semasa bercuti dan selepas melapor diri banyak sangat bezanya. Tetapi, di sini aku ingin bercerita rutin harian selepas aku melapor diri semula sebagai seorang pendidik. Rutin harian aku bermula seawal sebelum subuh. Bersedia apa yang patut. Selepas Subuh, terus ke dapur siapkan bekal makanan aku dan juga sarapan untuk kami suami isteri. Kadang-kadang, kalau suami aku tiada urusan kerja di luar, dia akan balik awal untuk makan tengah hari. Jadi, aku akan siapkan terus makan tengah harinya. Risau juga kalau kerap sangat dia makan di luar. Waktu ofis aku bermula pukul 8 pagi sehingga 5 petang. Semua kerja pejabat aku akan selesaikan pada waktu tersebut sahaja. Tetapi disebabkan, aku baru melapor diri jadi tidak banyaklah kerja pejabat yang perlu aku uruskan kecuali ke bengkel untuk lengkapkan sesi PdP dan beberapa fail yang perlu aku catatkan setiap hari. Aku punya banyak masa terluang untuk semester ni. Seb

Kisah raya + Kisah Masuk Kerja

Assalamualaikum....hiii... Rindu kita tak? kihkhkih.... Sekarang di ofis. Curi-curi masa update blog. Nampak macam guna harta kerajaan untuk hal-hal sendiri kan? Tapi aku taklik dengan niat untuk menyebarkan info dan ilmu berguna. Aku kan seorang pendidik....hahaha..boleh gitu? Lagipun aku tiadalah keuntungan apa pun secara kewangan dengan blog yang takde iklan, tak ceria, yang entah apa-apa. Semoga info yang dikongsi ini dapat membantu mereka yang membaca. Baiklah, kisah raya kali ini. Raya 2017. Tak tahu kenapa, tapi raya kali ini sangatlah 'kejung' rasanya dengan tiada persiapan. Dengan kekalutan yang entah apa-apa. Mujur sebulan puasa itu, aku rasa puas. Puas sebab boleh masakkan juadah untuk berbuka. Untuk suami, mak dan anak-anak saudara. Walaupun penat, lecun berpeluh tetap puas hati. Tapi tiadalah setiap hari. Kadang-kadang beli juga. Itu bila dah tak larat ataupun dah tak tahu nak masak apa. Puasa kali ini juga, aku berpeluang berbuka dengan mama. Masakkan lauk u