Posts

Showing posts from November, 2019

PENGORBANAN SUAMI YANG KADANG KALA ISTERI TERLEPAS PANDANG

Assalamualaikum.... Haii... Minggu lepas dengan kesibukkan kerja pejabat yang mengejar dateline membuatkan tahap kesihatan makin tidak memberangsangkan. Sehingga, doktor membuat ujian TB walaupun tiada sipmtom TB  😂 😂 . Alhamdulillah, ini pun satu rezeki jika dapat doktor yang betul-betul prihatin tambahan bila aku tunjukkan rekod sejarah kanser. Lagilah dia risau dan menyatakan, "Puan ada sejarah CA, jadi mungkin sistem imun badan puan tidak seku at dulu dan itu adalah normal". Jadi, berbalik pada tajuk cerita. Minggu lepas juga, aku berkenalan dengan isteri kepada kawan baik suami. Disahkan kanser seperti aku. Sehari selepas pembedahan, aku dan suami melawat mereka walaupun tidak dapat bercakap lama dengan isterinya tapi kami meluangkan masa dengan suaminya. Apa yang diborakkan hanya berapa peratus sahaja masuk ke kepala. Apa yang aku perhatikan, fizikal suaminya. Paling nyata, matanya merah. Mukanya keletihan. Ditambah riak risau. Kami keluar dari ban