Posts

Showing posts from June, 2023

Perjalanan Sekarang Sebagai Pejuang Kanser

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hiii.... Pertama sekali, mungkin gaya penulisan kali ini agak berbeza dengan yang sebelum-sebelumnya kerana dah terlalu lama tidak menulis.  Pagi ini terasa nak menjengok blog yang dah lama sangat di tinggalkan. Begitulah kehidupan, banyak yang perlu diuruskan. Keluarga, kerjaya, kesihatan dan hal-hal peribadi dan sampingan yang lain. Lelah! Tetapi, tetap juga kena teruskan hidup selagi nafas masih ada. Alhamdulillah, walau perjalanan ini terasa lelah. Sejak dari posting terakhir sehingga hari ini, ada beberapa achivement (kerjaya) yang Allah rezekikan untuk aku. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Dalam awal tahun aku mendapat Anugerah Pekerja Cemerlang peringkat jabatan. Tahun ini juga aku memohon kenaikkan pangkat setelah semua dokumen lengkap dan aku berlapang dada untuk memohon (semoga Allah berikan khabar baik untuk permohonan ini. Amin ya Allah). Rezeki seterusnya yang aku terlalu tidak menyangka-nyangka. Sekali lagi aku mendapat Anu