Posts

Showing posts from January, 2020

Dulu Kanser, Sekarang Lemah Jantung

Ini kisah aku. Bukan untuk mohon simpati. Tapi lebih kepada berhati-hati kepada pesakit kanser yang lain yang telah selesai menerima semua rawatan. Selain kanser payudara, hypertiroid dan sekarang aku di diagnosed dengan penyakit lemah jantung. Wakaka  🤣 🤣 , umur belum cecah 40 tahun. Semua penyakit kritikal aku conquer. Tamak sangat nampak gayanya. Aku mula batuk, sesak nafas hampir lebih setahun. Setiap kali batuk mesti lama dan jika ke emergancy atau klinik aku akan diberi nab. Dan kerana kerap ambil nab aku dibekalkan pam warna biru. Guna bila perlu. Nab hanya berfungsi hanya dalam beberapa tempoh sahaja dan kembali sesak nafas. Sebelum aku di diagnosed dengan lemah jantung beberapa jenis kemungkinan diagnose telah dimaklumkan kepada aku oleh pegawai perubatan. Dan masalah sesak nafas aku masih terjadi. Sehingga, hampir sebulan aku tidur dalam keadaan duduk dan maksimum hanya mampu sejam sahaja. Otak pun dah tak betul. Macam orang gila pun ya. Badan letih dan mengantuk te