Posts

Showing posts from January, 2022

Tanda-Tanda Kegagalan Jantung (Pengalaman sendiri)

 Assalamualaikum dan hii. Alhamdulillah, Allah masih lagi bagi peluang aku meneruskan kehidupan dan melaksanakan tanggungjawab di atas dunia ini.  Tajuk blog kali ini, aku akan bercerita mengenai tanda-tanda, rawatan dan tindakan yang aku ambil sepanjang perjalanan kisah kegagalan jantung berlaku. Sekiranya anda pernah mengikuti kisah aku di blog ini, aku ada juga menceritakan perihal ini tetapi mungkin tidak terlalu lengkap dan tersusun. Masalah kegagalan jantung yang aku hadapi dan baru ketahui di antara akhir tahun 2019 dan awal tahun 2020 hadir dengan beberapa tanda. Tanda-tanda ini, sekiranya diselusuri sudah agak lama muncul cuma aku terlalu naif. Mungkin. Tanda- tanda awal: 1. Penat/ letih yang agak melampau. (Andai aku sedang melakukan kerja-kerja rumah, aku perlu untuk mengambil beberapa kali tempoh berehat sebelum menyambung kembali). 2. Kerap kali batuk . (Batuk yang mengambil tempoh agak lama untuk sembuh, dan ' on, off' ). (Kedua-dua tanda di atas telah muncul sebe

Kanser & Vaksin

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini masuk tahun 2022. Perjalanan dari 2014 sehingga 2022, pejam celik hampir 8 tahun kisah kanser ini berlalu dan blog ini pun hampir 8 tahun di sini. Sudah lama sangat tiada kisah baru di sini. Hari ini terasa ingin menjenguk dan mohon maaf kepada pembaca yang komen tetapi saya lambat sangat reply.  Terlalu sibuk dengan kerja-kerja hakiki dan hal-hal keluarga. Berkenaan vaksin, 30/12/22 saya telah lengkap vaksin dan lengkap dengan booster. Ketiga-tiga jenis tersebut adalah Pfizer.   Kesan sampingan? Keseluruhannya tiada kesan ketara melainkan sakit bekas cucuk dan sedikit bengkak. Saya rasa itu normal. Apakah pandangan saya kepada pesakit kanser menerima vaksin? Terpulang kepada tuan badan. Saya masih dengan cara saya. Berbalik kepada Allah. Tanya Allah, Dialah yang punyai jawaan yang terbaik.  Hasbunallahhuwani'malwakil. Semoga Allah sentiasa memudahkan semua urusan kita saat ini dan saat seterusnya sehingga dunia dan akhirat. Amin, ya A