Sunday, 6 December 2015

To All Cancerians: Keep On Fighting!!!

Assalamualaikum...

Hii...

Semalam Tunku Jalil telah mangkat. Sebelum tu Pak Yus Jambu. Ramai yg kenal sbb mereka public figure. Dan sebelum tu kak Jorina, Sebelum tu ayah kepada ahli group cancer survivors. Boleh dikatakan ramai yg meninggal. Cuma beza arwah Pak Yus meninggal bukan asbab kanser.

Aq xde pun nak up komen dlm FB ttg ketiadaan mereka di atas muka bumi ni. Bukan xde yg nak diperkatakan. Ada! Tapi aq merasakan apakah wajar utk aq bercerita panjang di situ? Lgpun terasa berat sangat utk aq komen di FB. Mereka dah tiada. Perjalanan & urusan mereka juga sudah setel. Skrg mereka berehat sambil menunggu & meneruskan perjalanan yg hakiki. Kenapa perlu diratapi? Kenapa perlu menangis teresak2x? Berhari2x? Mengikut nafsu hasutan syaitan. Betul, perasaan rindu! Mungkin juga jika suamiku dijemput Allah sebelum aq,  aq akan rindu. Rasa kosong, bosan tambah lg tiada anak. Tapi diam2x sudah. Doa! Doalah, itukan yg lebih baik. Kisah hidup mereka kita jadikan panduan. (Aq tak kisah jika korang x setuju dgn aq. Lain org lain pendapat.)

Pasti yg tanya, habis tu aq xde perasaan sedih?    Hiba? Sayu?

Ya, ADA. Apatah lagi yg meninggal itu asbabnya cancer. Aq sendiri pun terasa sedih, menitik juga air mata, bila dapat perkhabaran. Tp, ckup la sekadarnya. X perlu nk meratap berhari2x. Xperlu nk buat video tribute. bagai. Sbb itu hanya membuatkan mereka yg LEMAH SEMANGAT, yg HATI TISU melalak menangis & meratapi. Dan bukan kah itu tidak elok utk roh? Utk mereka yg telah pergi?. Mungkin aq sekeras ini disebabkan aq telah biasa menghadapi kisah kematian dan mungkin juga aq juga telah menerima sepenuhnya realiti kemungkinan kematian aq yg bila2x masa sahaja dipanggil. Atau mungkin juga aq ini sudah hilang perasaan gamaknya!

Kalau esok aq mati, aq mohon janganlah meratapi kematianku sampai over beb! Takdenyer nak aq bangga & berterima kasih utk mereka beriya menangis atas krmatian aku. Tetapi alangkah manis, cantik dan beruntungnya jika korang hadiahkan bacaan surah, zikir & doa yg baik2x untuk mudahkan perjalanan aq yg seterusnya. Itu lebih baik.

Untuk cancer fighters di luar sana, jgn putus asa! Mereka yg dh pergi biarkan pergi. Relakan. Redhakan. Doakan yg baik2x utk mereka. Kita yg masih belum selesai ni, teruslah berjuang & lakukan yg terbaik utk hal2x dunia dan yg paling utama bawak bekal sebanyak2x nya untuk akhirat sana.

Bagi mereka yang merasakan mati itu masih jauh dgn korang. Sehinggakan masih lgi sombong dengan keberadaan yg Allah kurniakan. Masih lg rasa sempurna sihat. Masih lagi merasa sangat muda untuk mati. Masih lg bergelumang dgn kemaksiatan. Masih lagi menunjukan aset diri tanpa rasa bersalah mahupun berdosa. Ini aq ingatkan agar aq tidak lg dituntut esok2x, berubahlah! Marilah kita berubah ke arah kebaikkan. Buang sifat ego, sombong, bongkak, tamak. Marilah kita sama2x berubah. Aq juga tidak sempurna. Aq juga tidak baik. Aq juga banyak dosa. Tapi kita punya peluang untuk diampunkan oleh Allah. Mana tahu, tidur kita malam ini adalah tidur terakhir di dunia ini. Siapa kita untuk menolak & menidakkan. Kerana kita ini hanya hamba. Kita bukan siapa2x. Tiada kudrat pun kita jika tidak kerana Allah. Dia yang berkuasa dan berhak di atas apa yg Dia kehendaki. Marilah kita ingat balik apa janji kita dengan Allah dahulu....

Wednesday, 2 December 2015

Bilakah Waktunya Tinggalkan Dunia

Assalamualaikum....

Hiii....

Semenjak aku bergelar pesakit kanser. Setiap minggu, kadang kala selang sehari, kadang kala setiap hari pasti dapat perkhabaran ada hamba Allah yang dijemput pulang. Ada yang disebabkan kanser, ada yang disebabkan kemalangan jalan raya, ada yang tiada pun sakitnya.

Dahulu, bila dapat berita tentang kematian hati ni terusik sedih, sebak, takut. Sekarang ni, rasa macam biasa. Pernah aku baca, katanya klw dapat petkhabaran tentang kematian tetapi hati tidak tersentuh, hati itu telah mati. Entahlah, apakah benar hati aq ni telah mati?

Tapi, sejujurnya bagi aq. Apabila tiba saat dipanggil pulang terpisah jasad dan roh. Terputus sudah urusan arwah dgn hal2x dunia Sesungguhnya, roh itu sendiri telah selamat pulang ke tempat asalnya. Yg kita tatap & ratap itu jasad yang kosong yg perlu disempurnakan pengkebumiannya.  Manakala, bermulalah perjalanan roh itu yang sebenarnya.

Bagiku juga, jika tersinggah rindu pada arwah. Maka, sebaiknya sedekahkan apa yang patut. Jika esok, aq juga dijemput pulang dan apakah aq juga akan dirindui? Satu yang kupinta, jika sudi sedekahkanlah apa yang patut dan sudi. InsyaAllah, agar diringankan perjalananku yg sebenar.

Tapi yang pasti, perjalanan duniaku masih jauh. Masih byk lg urusan yg masih belum selesai. Teguhkan hati, tetapkan niat untuk lakukan yang terbaik dalam semua apa pun hal2x dunia & akhirat. Senyum dan teruskan melangkah. Berusaha untuk gapai semua impian dan cita2x. InsyaAllah, Allah Maha Mengetahui.