Sedar Diri Hehehehe..
Assalamualaikum...
Haii...
Astaghfirullahhala'zim, dah lama sgt kan aq x update blog ni. Mohon maaf kepada mereka yg duk terbelek2x blog aq ni ari2x hanya utk baca cerita merapumeraban aq.
Sebenarnya dlm tempoh aq duk fikir nak tulis apa, nak cerita apa, malas nak cerita...otak ni sebenarnya byk sgt nk cerita. Tp xtau nak mula kat mana. Adakah org faham maksud yg aq cuba sampaikan? Adakah ayat yg aq guna benar? Semuanya bercampur. Lagi pula,aq pun sendiri bukanlah sebaik, sempurna utk bercerita. Apa yg aq tulis selama ini pun hanya satu kaedah utk lepaskan anasir negatif dlm kaedah yg positif, InsyaAllah. Aq cuma berharap sangat2x apa yg aq kongsi dalam blog ni agar menjadi jambatan kebaikkan yg berterusan di antara aq dan Allah SWT juga semua pembaca sekalian.
Sebelum aq diberikan oleh Allah untuk merasai nikmat ujian Kanser ini, berliku juga ujian yg terdahulu yg perlu ditempuhi. Bermula dr kecil, bujang hinggalah sudah bergelar isteri.
Dahulu ketika kecil sehingga bujang, setiap dugaan yg ditempuhi terasa sgt berat. Terasa sangat menyedihkan. Jadilah aq seorang manusia yg keras. Keras hati, keras kepala, keras & suka memberontak. Seperti api amarah yg meluap2x terperangkap dalam bongkah besi yang kedap. Pantang silap sikit. Pantang hati aq disakiti. Bahasaku kesat. Walau aq solat walau aq mengaji tp aq masih begitu. Mungkin solatku hanya utk tatapan umum & mengajiku juga. Tidak seikhlas dr hati. Mungkin juga tiada tulus yg sebenarnya Lillahita'ala. Mungkin!
Sehinggalah aq diberikan Allah jodoh yg terbaik. Hadiah yg tak terhingga. Satu malam, aq benar2x merintih. Memohon jodoh yang terbaik utkku dan bukanlah jodoh yg nafsuku mahu. Kurang dari sebulan, Allah menemukan kami melalui cara yang tak terfikir diakalku. Yang mana detik hatiku bertanya 'inikah jodohku Ya Allah?' Sesungguhnya perjalanan kami untuk bersatu juga tidaklah semudah disangka. Tp aq tetap percaya bahawa jika ini jodoh yg terbaik dr Allah utkku pasti Allah akan mudahkan. Alhamdulillah, perkenalanyg hanya memakan masa 6 bulan kami dinikahkan. Syukur. Tp ujian Allah utk kami tidak berhenti di situ. Ia bagaikan level permainan video. Berjaya level 1 akan ada level 2 dan seterusnya. Alhamdulillah kami seperti atlet sukan. Setakat ini masih lagi bergelar "Johan" utk setiap level..hahaha...
Dahulu aq juga selalu bertanya "Ya Allah, sampai bilakah dugaan ujianMu ini akan berhenti untuk kami?" Dan apabila dikenang2x kan balik...rupanya ujian & dugaan yang Allah berikan sebelum ni adalah untuk menguatkan asas diri aq untuk level ujian yang seterusnya iaitu KANSER. Yang mana telah mengubah zahirku & aq berjaya untuk melihat dunia dari sudut yg berbeza. Alhamdulillah. Syukur pada Allah kerana aq terpilih untuk melalui ujian2x sebelum ini. Dan terima kasih kepada suamiku kerana masih setia menemani & memimpin tangan ini bersama2x.
Jika tidak kerana kanser ini, pasti aq tidak memahami maksud sebenar kehidupan yang sementara. Jika tidak kerana kanser pasti aq kurang memahami maksud sebenar syukur. Jika tidak kerana kanser pasti aq tidak tahu seberapa nilai sebenar kasih & cintanya suamiku itu kepada aq. Dan itulah di antara banyaknya nikmat yang telah Allah berikan kepada hambaNYA ini. Ya Allah...terima kasih kerana masih lagi sudi untuk menyentuh hati ini agar tidak hanyut jauh dariMU. Terima kasih Ya Allah kerana kasih dan sayangMU selama ini. Jika sampai waktu kita dijemput Allah untuk pulang, ingatlah bahawa itulah tempat kita yang sebenar-benarnya.
Jika hidupmu diberikan pelbagai ujian, ingatlah itu tanda kasihnya Allah padamu. Agar dirimu pulang dan mengingatiNYA. Agar engkau tidak jauh dariNYA. Jika kita kenal diri kita sebagai hambaNYA, pasti setiap ujian yang seterusnya akan dilalui dengan senyuman walau zahirnya nampak perit. Allah Yang Maha Mengadakan dan Dia juga Yang Maha Mentiadakan. Mintalah pada Allah, Tuhan yang telah menjadikan kita ini. Allahuakbar.

Comments
Post a Comment