Raya 2016

Assalamualaikum....

Hii...

Hari dah masuk 20/7. Sila tengok sendiri kalendar dah masuk Syawal yang ke berapa...hiuhiuhiu...

Raya kali ini rasanya berbeza sikit. Raya kali ini rendang ayam & kuah kacang air tangan sendiri, hokkeyy... (koyalah tu) dan penasihat terhormat mestilah my mother in law...hihihi...

Birthday suami pun jatuh dalam Syawal. Warghhh...mujur family members yang ingatkan. Terima kasih!! (kikikiki macam untuk aku pula...biasalah "wakil bagi:"). Kalau tak mesti aku lupa lagi.

Berkenaan keadaan kesihatan aku, tak ada apa yang boleh dikhabarkan. Sebab aku kurang & jarang sekali memikirkan. Rutin checking, rutin ubat aku teruskan macam biasa. Rutin pelan pemakanan, rutin keluar peluh pun macam biasa. Cuma sedikit perubahan yang agak ketara, aku cepat letih. Masa bulan puasa baru-baru ini, pukul 10-10.30 aku dah selamat berdengkur.

Semalam buat pertama kalinya, tangan sebelah operation lenguhnya lain macam. Suami dah tolong urutkan tapi masih jugak lenguh sampai mengganggu tidur aku. Lepas bagi minyak panas barulah lena. Belakang belikat juga sama. Sendi juga sama. Bahagian sendi tu mungkin kekurangan kalsium. Aku sedia maklum dengan kesan Tamoxifen. Jadi, lepas ni memang kena rajin minum susu ngehngehngeh....takleh nak beralasan lagi.

My next appointment on October. InsyaAllah, Hasbunallahhuwani'malwakil.... 

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Radioterapi

Kisah Makcik Zaiton

Kimoterapi: 2nd cycle