TITIPAN UNTUK SEMUA PEJUANG KANSER

Assalamualaikum dan haiii...

Woootttt...wooott...dah lama gilerrrr aku tak update blog ni. Sibuk dengan kerja, dengan aktiviti sendiri, keluarga, bermasyarakat.....perghh!! Dah macam Yang Berhormat lagaknya, wakakaka....

Hari ini 29/10/2019. Kalau di congak hampir 5 tahun perjuangan kanser. Aku pun dah hampir 3 tahun lebih dah masuk kerja balik. Stress!? Tak boleh lari. Di bawah ni adalah cebisan penulisan aku yang aku copy dari facebook untuk bacaan kalian. Sekiranya, ia berfaedah bacalah. Jika tidak, abaikanlah. Aku mohon maaf terlebih dahulu mungkin pandangan kita berbeza tetapi ini adalah pandangan peribadi aku terhadap badanku dan perjuanganku selama ini, kerana Allah Ta'ala. 

Satu lagi perkara, sekiranya jika hadir perasaan 'HEBAT' mohon kembalikan kepada Allah. Sesungguhnya segala puji dan kebaikkan itu adalah milik Allah juga. Aku hanya 'puppet' yang berlakon di pentas dunia. Tolong bantu aku untuk tiada riak dan sombong walau sepecis di dalam diri ini. Aku takut tersasar.

Terimalah....jeng, jeng, jeng.....
******************************************************************************************************************
Aku dan kanser:
Untuk semua sahabat yang pernah, sedang dan baru di sahkan punya kanser.
Ingat ini:
1. Kanser bukanlah penamat hidup. Biasalah, terkejut bila dapat keputusan biopsi. Tapi, jangan sedih lama-lama. Bagi time frame. Lepas tu wajib bangkit!! Buntu? Minta Allah tolong. Aku dulu sama. Di sini, sokongan mereka yang paling rapat sangat memainkan peranan penting. Sungguh!!!
2. Ikut prosedur doktor. Tolong jangan ikut apa orang sini sinun cakap. Suruh jumpa tok moh sini sinun, rawatan alternatif sini sinun dan seumpama dengannya. Ingat, Allah Yang Maha Penyembuh. Bukan doktor, bukan makhluk. Tetapi, haruslah kita tuju dan minta bantuan kepada mereka yang arif dalam bidangnya.
3. Kanser ni bergerak selari dengan masa. Maksudnya, makin lama tindakan membuang sel kanser yang utama, ia akan makin jauh 'berjalan'. Sel kanser ni sangat kompleks. Ia bukan sekadar kudis, bukan sekadar jerawat atau pun bisul. Buang nanah dan selesai. Tidak sama sekali!!
4. Jika masih dalam rawatan anda perlu makan dan minum. Jika dietitian mengatakan anda tiada apa yang perlu pantang, maka makanlah dalam sekadarnya. Makanan yang seimbang. Tak tahu? Google dan cari piramid makanan.
5. Buatlah apa aktiviti yang boleh mengembirakan hati. Mengalihkan fokus yang kita pernah ada kanser. Tapi, perlu belajar terima kenyataan bahawa kita pernah ada sejarah kanser. Itu berbeza.
6. Sedaya upaya kurangkan stress. Jauh kan diri dari mereka yang boleh menanam sifat negatif dalam diri kita. Tiada keuntungan untuk difikirkan.
7. Senyumlah. Berlapang dada. Berbuat baik. Saya memegang 1 benda. Kita lempar bunga, sisa wangi bunga masih di tapak tangan. Jika kita lempar tahi!? Engkau fikirkanlah sendiri....wakaka...😂😂
8. Rawatan yang telah kita terima sedikit sebanyak akan memberikan kesan kesihatan yang lain untuk fungsi badan. Contohnya saya. Saya pernah menerima rawatan radioterapi di bahagian dada kiri dan kelanjar di leher. Onco telah memaklumkan, kemungkinan saya akan mengalami sedikit masalah pernafasan di masa akan datang. Ya, sekarang dah rasa dah hehehe dan awal tahun ni saya di diagnose dengan hypertiroid dan kemungkinannya adalah kesan dari rawatan yang sama pada bahagian kelenjar leher. Bagi masa untuk badan belajar menerima walaupun payah. Tak apa, pelan-pelah kayuh bohhh...
9. Ajar dan didiklah diri untuk terima kenyataan bahawa kita akan hidup dengan selamanya dengan adanya sejarah kanser. Jadi, ia akan selamanya 'tidur' ataupun akan 'bangun' kembali. Mohonlah yang terbaik dengan Allah. Cuma, selagi ada nafas buatlah yang terbaik untuk diri dan memberi manafaat yang terbaik kepada makhluk yang lain. Bagaimana? Terpulang ikut cara sendiri.
**Realitinya, sekarang pun aku masih struggle dengan kesan kesihatan yang baru ni. Sekejap nun jauh ke dasar yang kelam. Di sinilah, peranan manusia yang paling rapat itu sangat penting. Alhamdulillah, Allah sayang. Allah tolong**

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Radioterapi

Kisah Makcik Zaiton

Kimoterapi: 2nd cycle