PENGORBANAN SUAMI YANG KADANG KALA ISTERI TERLEPAS PANDANG

Assalamualaikum....
Haii...

Minggu lepas dengan kesibukkan kerja pejabat yang mengejar dateline membuatkan tahap kesihatan makin tidak memberangsangkan. Sehingga, doktor membuat ujian TB walaupun tiada sipmtom TB ðŸ˜‚😂. Alhamdulillah, ini pun satu rezeki jika dapat doktor yang betul-betul prihatin tambahan bila aku tunjukkan rekod sejarah kanser. Lagilah dia risau dan menyatakan,

"Puan ada sejarah CA, jadi mungkin sistem imun badan puan tidak sekuat dulu dan itu adalah normal".

Jadi, berbalik pada tajuk cerita. Minggu lepas juga, aku berkenalan dengan isteri kepada kawan baik suami. Disahkan kanser seperti aku. Sehari selepas pembedahan, aku dan suami melawat mereka walaupun tidak dapat bercakap lama dengan isterinya tapi kami meluangkan masa dengan suaminya. Apa yang diborakkan hanya berapa peratus sahaja masuk ke kepala. Apa yang aku perhatikan, fizikal suaminya. Paling nyata, matanya merah. Mukanya keletihan. Ditambah riak risau.

Kami keluar dari bangunan hospital. Seperti biasa, aku genggam tangan suamiku. Terus aku lontar ayat ini,

"Mesti masa sayang sakit dulu, hubby penat sangat macam tu kan?".

"Eh, hubby superman!!", sambil gelak. Makin bertambah kuat genggaman tangan aku.

Ya Allah, berkatilah hubungan semua pasangan suami isteri di atas dunia ini dan diberi kebahagiaan, kemudahan, ketenangan di dunia & akhirat. Permudahkan segala urusan kami semua dunia & akhirat. Tabahkanlah hati-hati kami dalam menerima ujianMu.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Radioterapi

Kisah Makcik Zaiton

Kimoterapi: 2nd cycle