Dulu Kanser, Sekarang Lemah Jantung
Ini kisah aku. Bukan untuk mohon simpati. Tapi lebih kepada berhati-hati kepada pesakit kanser yang lain yang telah selesai menerima semua rawatan.
Selain kanser payudara, hypertiroid dan sekarang aku di diagnosed dengan penyakit lemah jantung. Wakaka 🤣🤣, umur belum cecah 40 tahun. Semua penyakit kritikal aku conquer. Tamak sangat nampak gayanya.
Aku mula batuk, sesak nafas hampir lebih setahun. Setiap kali batuk mesti lama dan jika ke emergancy atau klinik aku akan diberi nab. Dan kerana kerap ambil nab aku dibekalkan pam warna biru. Guna bila perlu. Nab hanya berfungsi hanya dalam beberapa tempoh sahaja dan kembali sesak nafas. Sebelum aku di diagnosed dengan lemah jantung beberapa jenis kemungkinan diagnose telah dimaklumkan kepada aku oleh pegawai perubatan. Dan masalah sesak nafas aku masih terjadi. Sehingga, hampir sebulan aku tidur dalam keadaan duduk dan maksimum hanya mampu sejam sahaja. Otak pun dah tak betul. Macam orang gila pun ya. Badan letih dan mengantuk tetapi tidak mampu tidur. Berjalan berapa langkah, berhenti. Makan berapa suap, berhenti. Badan terasa breakdown, dada lemas.
Aku sedar ada yang tak kena dengan badan ni. Bila diadukan kepada pegawai perubatan. Tiada kemajuan dan tiada jawapan yang memuaskan hati.
Suami dan aku mengambil keputusan pergi meminta khidmat nasihat dari pegawai perubatan di pusat perubatan yang lain. Aku maklumkan kakiku bengkak dan pegawai perubatan melakukan sekali lagi X-ray dada (waima telah dilakukan sebelum ini oleh pegawai perubatan di tempat yang terdahulu). Hasilnya, doktor ketemu jawapan yang aku cari. Selama ini JANTUNG AKU BENGKAK. Air berkumpul di paru-paru dan di lapisan badan (tak tahulah term medical namanya apa). Aku diberi ubat lawas kencing dan alhamdulillah, malam tu aku mampu tidur dengan nyenyak. Ya Allah, nikmat yang tak terkata. Kesan dari air yang bertakung tu, jangkitan kuman, sel darah putih yang katanya tinggi. Hasilnya, on antibiotik.
So, bermulalah perjalanan aku sebagai pesakit lemah jantung pula. Apa kaitan dengan kanser? Aku dimaklumkan, kemungkinan keadaan lemah jantung ini adalah disebabkan kesan kimoterapi yang aku terima dahulu. Walaubagaimanapun, ia belum disahkan secara fakta dan masih menunggu untuk berjumpa pakar jantung pada bulan hadapan.
Cuma nasihat aku, kepada pesakit kanser yang menerima kimoterapi pastikan anda membuat ujian Echo untuk jantung juga dan bukan semata-mata ECG. Kerana hasil ECG, FBC & X-ray paru-paru aku, Alhamdulillah~ cun. Dahululah. Semasa pegawai yang dahulu 🙄 🤣🤣🤣
Jika, dikesan awal mungkin langkah berjaga-jaga boleh diambil. Sekarang, pengambilan air pun dah kena sukat. Perasaan aku? Ralat. Tapi, sesungguhNYA Allah yang menggerakkan hati-hati hambaNYA. Sekarang, aku bertatih belajar redha. Doakan untuk aku agar cepat-cepat redha.
Comments
Post a Comment