Tanda-Tanda Kegagalan Jantung (Pengalaman sendiri)
Assalamualaikum dan hii. Alhamdulillah, Allah masih lagi bagi peluang aku meneruskan kehidupan dan melaksanakan tanggungjawab di atas dunia ini. Tajuk blog kali ini, aku akan bercerita mengenai tanda-tanda, rawatan dan tindakan yang aku ambil sepanjang perjalanan kisah kegagalan jantung berlaku. Sekiranya anda pernah mengikuti kisah aku di blog ini, aku ada juga menceritakan perihal ini tetapi mungkin tidak terlalu lengkap dan tersusun. Masalah kegagalan jantung yang aku hadapi dan baru ketahui di antara akhir tahun 2019 dan awal tahun 2020 hadir dengan beberapa tanda. Tanda-tanda ini, sekiranya diselusuri sudah agak lama muncul cuma aku terlalu naif. Mungkin. Tanda- tanda awal: 1. Penat/ letih yang agak melampau. (Andai aku sedang melakukan kerja-kerja rumah, aku perlu untuk mengambil beberapa kali tempoh berehat sebelum menyambung kembali). 2. Kerap kali batuk . (Batuk yang mengambil tempoh agak lama untuk sembuh, dan ' on, off' ). (Kedua-dua tanda di atas telah muncul seb...