Perjalanan Sekarang Sebagai Pejuang Kanser

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hiii....

Pertama sekali, mungkin gaya penulisan kali ini agak berbeza dengan yang sebelum-sebelumnya kerana dah terlalu lama tidak menulis. 

Pagi ini terasa nak menjengok blog yang dah lama sangat di tinggalkan. Begitulah kehidupan, banyak yang perlu diuruskan. Keluarga, kerjaya, kesihatan dan hal-hal peribadi dan sampingan yang lain. Lelah! Tetapi, tetap juga kena teruskan hidup selagi nafas masih ada.

Alhamdulillah, walau perjalanan ini terasa lelah. Sejak dari posting terakhir sehingga hari ini, ada beberapa achivement (kerjaya) yang Allah rezekikan untuk aku. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Dalam awal tahun aku mendapat Anugerah Pekerja Cemerlang peringkat jabatan. Tahun ini juga aku memohon kenaikkan pangkat setelah semua dokumen lengkap dan aku berlapang dada untuk memohon (semoga Allah berikan khabar baik untuk permohonan ini. Amin ya Allah). Rezeki seterusnya yang aku terlalu tidak menyangka-nyangka. Sekali lagi aku mendapat Anugerah Pekerja Cemerlang peringkat institusi dan pengiktirahan ini dari HQ. Alhamdulillah ya Allah. Alhamdulillah.

Berkenaan kesihatan, Alhamdulillah aku baik-baik sahaja. Rutin follow up seperti biasa. Berkenaan kanser, follow up macam biasa. Alhamdulillah, semua baik-baik setakat hari ini. Tetapi aku dah ada masalah kencing manis dan darah tinggi. Ada rutin ubat setiap hari dan aku tetap patuh dengan arahan doktor. Hasilnya, keputusan adalah baik dan semua terkawal. Cuma berkenaan hypertyroid, bulan lepas aku kembali mengambil Cabimazole. Hasil darah, kata doktor ada naik sikit dan aku tetap patuh. Doktor lebih maklum. Hasbunallahuwani'malwakil. 

Berkenaan kerjaya. aku tetap dan masih mampu untuk bekerja seperti biasa. Memegang beberapa tugasan portfolio yang diarahkan dan setiap tugasan yang diarahkan aku cuba laksanakan sebaik mungkin. Aku tetap aku dan masih seorang aku. Cepat setel, cepat boleh rehat. 

Mohon doakan aku, suamiku dan kucing-kucing kami yang 15 ekor semuanya sihat dan dalam keadaan baik-baik. Aku doakan semua pembaca blog aku ni, Allah mudahkan semuar urusan semua dunia akhirat, diberikan kejayaan dunia akhirat, diberikan kebahagian dunia akhirat, berlapang dada dan tenang-tenang sentiasa. Hasbunallahhuwani'malwakil.


Comments

  1. Boleh tahu sekarang keadaan sakit kanser macam mana? Lepas cycle kimo habis keadaannya macam mana?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Radioterapi

Kimoterapi: 2nd cycle

CT Scan