CT Scan

Assalamualaikum...

Hii..

Hari ni ke hospital buat CT Scan. Alhamdulillah, pengalaman baru, rase yg baru, perasaan yg baru.

Yg kita tgk kat filem, drama. Selalu org baring je kt dlm tu pastu bende tu bergerak masuk. Tu semua propa je. Hahahaha...yela, xkan la diorg nk tunjuk detailkan? Documantary, yes. Mungkin detail.

Reality? Lepas salin baju, nurse bg minum air sebyk 2 gelas. Rase dia? Ok la dr rase air belalai gajah dan air brocolli. Wohoho. Aq tnye air tu air apa dan utk apa. De sorg doc kat situ dia tanye,

"Kenapa? X sedap yek?"
"Eh sedap, Alhamdulillah. Sedap la dr air ubat yg seblum ni yg kna minum. Cuma nk tau the function of it. Just curious." Tetiba koya cakap omputih. Grammer pronounce pun xtau betul ke tidok. Lantak la...

Bila doc blah, baru nurse bg tau. Sorry to say la kan. Aq xtau la org kt luar sane yg selalu kondem psl nurse. Setakat rezeki yang Allah bg kat aq, nurse yg layan aq setakat ni mmg tip top. Alhamdulillah. Dan sememangnya Allah sgt mempermudahkan urusan aq suami isteri.

Ok, back to my story. Air yg aq minum fungsinya adalah utk clearkan filem bile aq lalu kt dlm lorong CT Scan tu. Lps lbh kurang 2 jam nurse pnggil masuk bilik. Baring atas meja dia tu. Make sure xde semua magnet, mas, aksesori, besi. Kemudian jarum drip yg kena cucuk kt tangan (mase minum air td dia pasangkan) fungsi dia nk masukkan liquid kat situ. Tp name, jenis dan fungsi x tau. Belum lg habis kat situ, nurae masukkan tiub kat buntut. Padanlah, aq di suruh berpuasa. Klw x puasa maunyer tercirit kat situ. karang biru hijau muka. So, anda semua kat luar sana ikutlah nasihat nurse dan doctor...hihihi..

Ok, ready nk masuk terowong. Tangan angkat ke atas kepala supaya bila scan, filem akan clear. Insyallah. Dengar je arahan  dr doctor melalui mesin. Ikut je apa yg doc suruh buat. Insyallah semuanya akan mudah. Mase proses masuk terowong tu akan rase liquid  yg di dripping mengalir dlm badan. Dr leher sampai ke kemaluan rasenye..huhuhu...then, after second later start rase panas kat dalam badan (bahagian yg rase liquid tu mengalir). Mase tu rase risau sgt if panas tu makin berbahang. Terus berzikir dlm ati, mintak dgn Allah. Berserah pd Allah. Mujur la semua proses tu sekejap je. Aq agak2x just 15 ke 20 minit kot. Bila nurse ckp,

"Ok, dah siap". Aq terus, "Alhamdulillah". Tersengih...

Mase nk turun dr meja dia tu, nurse tanye, "Rase pening x?". "Alhamdulillah, tak." Sungguh, hari ni bibit2x perkenalan dan rase ttg kimo dah boleh rase walaupun sekejap...kikikiki...Ya Allah, Insyallah Allah permudahkan urusan kimo.

Tukar baju, terus gi makan. Lapor wokk!! Hihihi...then ke SOPD, buat temujanji dgn onkologi & doc pakar. Nurse bg sambung MC. Setel. Alhamdulillah ya Allah...kerana permudahkan segala urusan hambaMU yg tiada daya. Alhamdulillah....

Senyum...

Sumber: Internet Image (rupe mesin, ginilah lebih kurang)

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Radioterapi

Kisah Makcik Zaiton

Kimoterapi: 2nd cycle