Posts

Showing posts from April, 2016

Biopsi Lagi?

Assalamualaikum.... Hii.... Selasa baru2x ni rutin ke hospital lagi. Berjumpa dengan seorang makcik. Macam2x soalan ditanya tambah lagi dia baru nak buat biopsi. Awalnya, sepatah ditanya sepatah aku jawab. Maaf, bukan sombong. Cuma hari tu banyak yang perlu difikirkan. Rasa kasihan juga bila mana makcik kelihatan bersungguh bertanyakan segala yang ingin diketahui. Arghhhh...teringat kisah aku waktu awal perjalananku sebagai pesakit kanser. Aku pun seperti makcik. Banyak sungguh tanda soal. Jadi, untuk menghilangkan rasa gundah makcik. Segala yang ditanya aku cuba berikan jawapan yang terbaik. Selitkan nilai positif. Walaupun aku sendiri ketika itu sedang berperang dengan perasaan yang pelbagai. Aku tempuhi prosedur yang sama seperti hampir 2 tahun lepas. Berdebar? Rasanya tiada. Takut? Rasanya juga tiada. Makcik ke luar dari bilik mamogram dengan rupa yang aku boleh katakan macam sedikit pucat & lemah. Mungkin sakit? Atau mungkin makcik takut? Cuma yang aku sempat dengar ...

Mamogram & Biopsi Lagi...huhuhu...

Assalamualaikum... Hii... Lusa 19/4, aku akan melalui proses biopsi Lagi sekali untuk dada sebelah kanan. Doktor bagi tahu hasil mamogram minggu lepas biji yang sebelum ni yang didiagnoskan mungkin bukan kanser nampak sedikit ada pembesaran saiz berbanding result mamogram sebelum-sebelum ni. Huhuhu....bila doktor bagitahu kena buat biopsi Lagi sekali terus rasa tak best. Sakit kot! Mamogram tu pun sakit. Apatah lagi nak tambah dengan biopsi. Tapi, suamiku cakap "takpa. Buat je. Sekurangnya kita nak mengesahkan". Aku sedapkan hati sendiri, yang biji dia nampak makin besar walaupun hanya sedikit, itu sebab aku datang bulan. Yup, memang pun aku datang bulan. Jadi, sudah pasti payudara aku akan sedikit tegang & membengkak. Walau apa pun, kita tunggu hasil hari kejadian. Jangan ditanya perasaan aku sebab aku sendiri tak pasti apa yang aku rasa sekarang. Kikikiki...

Kanser & Stress

Assalamualaikum... Hii...lama betulkan aku tak update cerita Kat sini. Jadi, malam ni aku 'copy' cerita yang aku taip Dan 'paste' di blog ni. Happy reading guys....tapi ingat tau! Apa yang aku tulis ni tanpa bukti sahih yang direkodkan secara bertulis. Ini hanya hasil apabila sesi bersembang dengan pesakit kanser yang lain. Maka, aku berjumpa satu titik persamaan. Mungkin di luar sana boleh memanjangkan lagi pencarian jika berminat... 2 perkara ini saling berhubung kait. Saya sangat kurang mengetahui berkenaan kanser lain. Hanya sedikit pengetahuan tentang kanser payudara. Walaupun tiada punca sahih kenapa kanser berlaku namun salah satunya ada yang menyatakan ia berkait dengan gaya hidup seseorang. Namun, saya juga pernah berjumpa pesakit yang mengamalkan gaya hidup sihat (menjaga pemakanan, excersice berkala, etc.) tetapi masih juga diberikan dugaan kanser. Tapi, satu titik pertemuan bila digali saya menjumpai ~ STRESS. Stress yang tidak terkawal akan menganggu ...