Kanser & Stress
Assalamualaikum...
Hii...lama betulkan aku tak update cerita Kat sini. Jadi, malam ni aku 'copy' cerita yang aku taip Dan 'paste' di blog ni. Happy reading guys....tapi ingat tau! Apa yang aku tulis ni tanpa bukti sahih yang direkodkan secara bertulis. Ini hanya hasil apabila sesi bersembang dengan pesakit kanser yang lain. Maka, aku berjumpa satu titik persamaan. Mungkin di luar sana boleh memanjangkan lagi pencarian jika berminat...
2 perkara ini saling berhubung kait. Saya sangat kurang mengetahui berkenaan kanser lain. Hanya sedikit pengetahuan tentang kanser payudara. Walaupun tiada punca sahih kenapa kanser berlaku namun salah satunya ada yang menyatakan ia berkait dengan gaya hidup seseorang. Namun, saya juga pernah berjumpa pesakit yang mengamalkan gaya hidup sihat (menjaga pemakanan, excersice berkala, etc.) tetapi masih juga diberikan dugaan kanser. Tapi, satu titik pertemuan bila digali saya menjumpai ~ STRESS.
Stress yang tidak terkawal akan menganggu emosi dan dalam masa yang sama ia turut mengganggu hormon seseorang (sila rujuk doktor pakar). Hormon & kanser juga mempunyai satu hubungkait yang sangat rapat. Maka, sangat penting bagi pesakit kanser menjauhi keadaan tersebut.
Jika anda adalah pesakit kanser, sila hubungi pusat sokongan kanser yang dipercayai untuk mendapatkan maklumat yang sahih.
Jika anda mempunyai keluarga yang sedang berjuang melawan kanser fahami keadaan mereka dan berikan sokongan moral yang seperlunya sahaja.
Jika anda mempunyai sahabat, rakan & kenalan pesakit kanser/ bekas pesakit kanser adalah sangat tidak wajar untuk anda mengingatkan mereka dengan berkata bahawa kanser itu mungkin boleh berulang. Kerana kami sudah sedia maklum jadi tidak perlu diberi peringatan.
Jenis kanser, hormon badan, antibodi, metabolisma setiap pesakit kanser adalah berbeza. Jadi akan ada yang bulat comel dan ada yang ramping juga. Setiap kami juga dibekalkan ubat yang mungkin mempunyai kandungan steroid.
Kami sebenarnya adalah tidak digalakkan & telah dinasihat untuk tidak melakukan kerja-kerja kasar/ berat kerana sistem badan kami adalah tidak senormal asal hasil dari rawatan kimoterapi, radioterapi, brachytherapy, etc. Juga pengambilan ubatan secara berterusan. Salah satu kesan dari rawatan yang diterima adalah kerapuhan tulang, masalah sendi, masalah cepat semput @ letih. Tetapi, majoriti kelompok kami tidak menyalahgunakan alasan ini untuk melayan perasaan untuk duduk bergoyang kaki melepek dan menunggu semuanya diuruskan orang lain untuk kami. Kami berusaha untuk melakukan semua aktiviti dengan sendiri, berdiri dengan kudrat sendiri (yang diberi pinjam oleh Allah). Kerana apa? Kerana kami tidak membiarkan kanser itu melemahkan kami!!
**Jangan biarkan alasan menghantui hidup andaaaaa....**
**Yezza!!!**
**Being Strong Is The Only Choice**

Comments
Post a Comment