Biopsi Lagi?

Assalamualaikum....

Hii....

Selasa baru2x ni rutin ke hospital lagi. Berjumpa dengan seorang makcik. Macam2x soalan ditanya tambah lagi dia baru nak buat biopsi. Awalnya, sepatah ditanya sepatah aku jawab. Maaf, bukan sombong. Cuma hari tu banyak yang perlu difikirkan. Rasa kasihan juga bila mana makcik kelihatan bersungguh bertanyakan segala yang ingin diketahui. Arghhhh...teringat kisah aku waktu awal perjalananku sebagai pesakit kanser. Aku pun seperti makcik. Banyak sungguh tanda soal.

Jadi, untuk menghilangkan rasa gundah makcik. Segala yang ditanya aku cuba berikan jawapan yang terbaik. Selitkan nilai positif. Walaupun aku sendiri ketika itu sedang berperang dengan perasaan yang pelbagai.

Aku tempuhi prosedur yang sama seperti hampir 2 tahun lepas. Berdebar? Rasanya tiada. Takut? Rasanya juga tiada. Makcik ke luar dari bilik mamogram dengan rupa yang aku boleh katakan macam sedikit pucat & lemah. Mungkin sakit? Atau mungkin makcik takut? Cuma yang aku sempat dengar "Dia tak apalah. Dah pernah buat". Secara terangan ayat tu memang untuk aku. Kerana hanya kami berdua sahaja yang melakukan prosedur biopsi untuk hari itu. Aku senyum, " Tapi dah setelkan makcik? Alhamdulillah". Aku dengar makcik membalas syukur. Terus aku ke bilik mamogram. Giliran aku pula.

1 torehan kecil untuk masukkan 5 kali tusukkan jarum. Untuk 5 sampel. Prosedur yang mengambil masa hampir 2 jam. Aku berzikir, berserah diri semata pada Allah. Mohon Allah permudahkan. Sakit? Ya, sakit juga. Tapi lenguh yang lebih. Statik mengiring selama tempoh itu. Setiap perbualan staf dan doktor jelas satu persatu. Semasa torehan, terasa sesuatu meleleh. Tekaan aku benar, darah. Sahih lagi bila doktor menyebut "Allah, bleeding. Banyak juga ni".

Owh, lupa. Doktor mengatakan, bukan saiz biji itu yang besar cuma gambaran biji itu semakin jelas pada mamogram sebelum ini. Apa2x sajalah doktor. Yang penting, prosedur biopsi dah selamat. Alhamdulillah.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Radioterapi

Kisah Makcik Zaiton

Kimoterapi: 2nd cycle