Kisah raya + Kisah Masuk Kerja

Assalamualaikum....hiii...

Rindu kita tak? kihkhkih....

Sekarang di ofis. Curi-curi masa update blog. Nampak macam guna harta kerajaan untuk hal-hal sendiri kan? Tapi aku taklik dengan niat untuk menyebarkan info dan ilmu berguna. Aku kan seorang pendidik....hahaha..boleh gitu? Lagipun aku tiadalah keuntungan apa pun secara kewangan dengan blog yang takde iklan, tak ceria, yang entah apa-apa. Semoga info yang dikongsi ini dapat membantu mereka yang membaca.

Baiklah, kisah raya kali ini. Raya 2017. Tak tahu kenapa, tapi raya kali ini sangatlah 'kejung' rasanya dengan tiada persiapan. Dengan kekalutan yang entah apa-apa. Mujur sebulan puasa itu, aku rasa puas. Puas sebab boleh masakkan juadah untuk berbuka. Untuk suami, mak dan anak-anak saudara. Walaupun penat, lecun berpeluh tetap puas hati. Tapi tiadalah setiap hari. Kadang-kadang beli juga. Itu bila dah tak larat ataupun dah tak tahu nak masak apa. Puasa kali ini juga, aku berpeluang berbuka dengan mama. Masakkan lauk untuk  mama. Nampaknya, memang lauk ayam goreng blackpepper tu memang jadi kegemaran ahli keluarga. Nak resepi? Next time aku share okey!?

Kisah masuk kerja pula. Hari ni dah hampir sebulan aku melapor diri. Alhamdulillah, walaupun pada mulanya agak payah nak sesuaikan diri dengan suasana yang hampir 2 tahun setengah aku tinggalkan, perlahan-lahan aku rasa ok lah juga. Yelah, selama 2 tahun setengah hidup aku dengan suami sahaja. Dialah sahabat, dialah kawan, dialah teman bergaduh, dialah teman bermanja. Memanglah setiap hari aku akan berada di rumah mertua. Tapi kemesraan hubungan antara suami dan mertua tu kan tetap berbebza. Suami itulah manusia yang mengetahui setiap inci rahsia kita. Setiap hari, aku tak pernah bosan dengan suami aku tu. Ada je kisah yang kami boleh bercerita dengan bersungguh-sungguh. Ada je sesi lawak jenaka yang kadang boleh buat aku berlari ke tandas risau tak 'sempat' kohkohkoh!!! Haaaa....tu nak cakap kami ni pasangan yang suka mengumpat bercerita hal orang la tu.....!!! Sorry yek, tak kuasa kita orang nak tambah dosa yang dah berlambak ni.

Okey, berbalik kepada kisah kerja. Jadi, bila engkau berada dalam suasana yang ramai manusia lain selain suami dan kekucingans....agak lambatlah aku nak biasakan. Boleh dikatakan aku terkesan dengan maksud 'Kejutan Budaya'. Seriously, it's true! Kelakarkan? Tapi, 2 hari ini dah agak selesa. Apa yang aku tak suka tengok aku buat tak nampak. Apa yang aku tak suka dengar, aku bina 'cave' aku sendiri. Tak pun aku lari ke tempat tak ramai orang. Suami aku dah pesan, jaga mulut, jaga tingkahlaku. Jangan 'melaser' sesuka hati walaupun aku di pihak yang benar. Inilah yang buat aku payah sikit. Sebab selama 2 tahun setengah ni, aku sangatlah jenis berterus terang. Apa yang aku tak suka aku cakap. Begitu juga kalau aku silap. Aku terima je teguran dengan lapang dada. Kita bukan maksum kan? Kalau bukan antara kita bertegur-teguran, mana kita nak sedar kesilapan kita. Tapi, sekarang dengan suasana baru ni nampaknya aku kena praktikkan sifat dan sikap menghindar. Awal lapor diri haritu, aku dipesan oleh seorang staff yang maksud ayatnya lebih kurang begini, "Pilih kawan yang sesuai. Hati-hati dengan siapa kita berkawan". Owhhhh, aku terkesima juga kenapa aku mendapat pesan begini. Kenapa!!!!? Tapi, aku tak pula bertanya lanjut sebab bagi aku....aku sayang semua kawan-kawan aku. Apa hak aku untuk memilih kawan. Aku ni baik sangatkah? Sempurna sangatkah aku sehingga nak memilih dengan siapa aku berkawan. Allah pun tak memilih hambaNYA.  Cumanya di sini, mungkin aku kena berhati-hati dengan sesama makhluk. Tak apalah, semoga Allah sentiasa melindungi aku dunia dan akhirat. Juga mempermudahkan segala urusan aku dunia dan akhirat. InsyaAllah!

Kisah makanan di tempat kerja pula. Alhamdulillah hampir sebulan aku bekerja, baru 3 kali aku skip bawa bekal. Itupun sebab temujanji dengan hospital dan jamuan hari raya di tempat kerja. Hari lain, aku setia lagi membawa bekal. Alhamdulillah! Rutin aku, lepas Subuh masuk dapur. Kalau masih ada lauk makan malam sebelum tu, aku hanya panaskan dan bawa bekal. Kalau tak ada, masak baru. Nasi, biasanya aku masak siap atau masak lebih masa makan malam sebelum tu. Then, just keep warm. Kemudian, sediakan sarapan untuk aku dan suami. Wajib, setiap hari pastikan suami merasa air tangan aku walaupun hanya segelas milo atau air kosong sejuk.

Jadi, untuk sahabat cancer yang dah nak masuk kerja. Atau yang dah masuk kerja selepas bercuti lama. Semoga semuanya dipermudahkan Allah. Jangan stress. Kalau stress, lari masuk surau sekejap. Buat apa yang patut. Kalau payah nak masuk surau, zikir! Zikir! Zikir! Minta Allah berikan ketenangan. Dia yang menjadikan kita, Diakan Tuhan kita. Kalau tidak pada Dia kita meminta , habis tu nak minta pada siapa lagi?

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Radioterapi

Kisah Makcik Zaiton

Kimoterapi: 2nd cycle