Rutin Harian Bekas Pesakit Kanser
Assalamualaikum....
Hii...
Rutin harian aku sebagai bekas pesakit kanser semasa bercuti dan selepas melapor diri banyak sangat bezanya. Tetapi, di sini aku ingin bercerita rutin harian selepas aku melapor diri semula sebagai seorang pendidik.
Rutin harian aku bermula seawal sebelum subuh. Bersedia apa yang patut. Selepas Subuh, terus ke dapur siapkan bekal makanan aku dan juga sarapan untuk kami suami isteri. Kadang-kadang, kalau suami aku tiada urusan kerja di luar, dia akan balik awal untuk makan tengah hari. Jadi, aku akan siapkan terus makan tengah harinya. Risau juga kalau kerap sangat dia makan di luar.
Waktu ofis aku bermula pukul 8 pagi sehingga 5 petang. Semua kerja pejabat aku akan selesaikan pada waktu tersebut sahaja. Tetapi disebabkan, aku baru melapor diri jadi tidak banyaklah kerja pejabat yang perlu aku uruskan kecuali ke bengkel untuk lengkapkan sesi PdP dan beberapa fail yang perlu aku catatkan setiap hari. Aku punya banyak masa terluang untuk semester ni. Sebagai asas mental dan fizikal untuk aku bersedia semester depan. Semester depan jangan haraplah aku boleh bersenang lenang seperti sekarang muahahahahaha....takpe, takpe. Kata kerja kan? Buat sajalah tanggungjawab yang dah diamanahkan. Takkan nak makan gaji buta kot? Tak takut ke hilang keberkatan? Apa nak jawab dengan Allah esok-esok?
Balik kerja, aku akan rehat sekejap. Ambil mood untuk setelkan perihal kucing. Kemas dapur jika pagi tu tak sempat kemas habis. Keluarkan lauk beku untuk masak makan malam. Biasanya, aku akan selesaikan semua hal kekucing, cuci baju dan naik mandi. Bersedia untuk masak makan malam. Naik lagi selesaikan apa yang patut. Baru turun makan. Kemas dapur. Ada lauk dan nasi lebih masukkan ke peti ais. Esok pagi boleh panaskan untuk bawa bekal. Kalau takde, siapkan lauk untuk di masak pagi esoknya untuk bekalan. Jadi, itulah rutian setiap hari aku selama sebulan ni.
Sabtu dan Ahad, masa untuk siapkan baju kerja, kemas rumah dan menjenguk mak. Ada masa lapang yang terlebih, masak untuk mak. Kasihan mak. Asyik makan lauk kedai depan rumah je. Walaupun mak tu bukanlah sejenis manusia yang banyak komplen bab makan. Tetapi, kalau aku di tempatnya muak juga hari-hari lauk lebih kurang sama je.
Cumanya, di sini. Aku sangatlah kurang bergaul dengan komuniti luar dari waktu pejabat. Kurang bersosial dengan manusia yang luar dari jajahan keluarga. Bukanlah aku sombong. Tapi aku kekurangan masa. Walaupun aku tiada anak, tapi setiap hari aku dikejar masa dan tanggungjawab yang perlu untuk aku dahulukan. Masa yang sedikit terluang untuk aku berehat dan siapkan kerja-kerja urusan rumah yang tertangguh. Itu jugalah masa untuk aku melepak dengan suami. Bak kata suami aku semalam,
"Sementara hubby masih hidup, masa nilah hubby nak spent time dengan isteri hubby. Laksanakan tanggungjawab hubby. Payah nanti, kalau mati esok ditanya bab tanggungjawab dan pengurusan".
Sambungnya lagi,
"Samalah macam sayang. Sementara sayang masih hidup ni, hubby laksanakan tanggungjawab hubby untuk happykan sayang, mudahkan sayang, kasihkan sayang. Hubby tak nak menyesal kemudian hari".
Aku yang berada di sebelah kerusi pemandu hanya mampu diam dengan mata yang bertakung.
Aku bukanlah manusia yang sempurna. Bukan juga yang terbaik. Tapi, aku ingin sangat untuk ingatkan para sahabat semua. Selagi nyawa di badan, hargailah setiap mereka yang berada di sekeliling kita. Cuba sedaya upaya untuk bahagiakan mereka. Dahulukan mana yang wajib didahulukan. Apa pun rintangan, kepayahan, keperitan senyumlah dan terus melangkah. Jika terasa berat beban di bahu mohonlah agar Allah permudahkan dan meringankan segala urusan. Bergantunglah kepadaNYA. Sesungguhnya kita semua makhluk yang tiada daya upaya. Kita hanya mampu untuk berusaha yang terbaik. Namun segala ketentuan adalah denga izinNYA.
Hasbunallahhuwani'malwakil

Comments
Post a Comment