Rutin Harian Bekas Pesakit Kanser
Assalamualaikum.... Hii... Rutin harian aku sebagai bekas pesakit kanser semasa bercuti dan selepas melapor diri banyak sangat bezanya. Tetapi, di sini aku ingin bercerita rutin harian selepas aku melapor diri semula sebagai seorang pendidik. Rutin harian aku bermula seawal sebelum subuh. Bersedia apa yang patut. Selepas Subuh, terus ke dapur siapkan bekal makanan aku dan juga sarapan untuk kami suami isteri. Kadang-kadang, kalau suami aku tiada urusan kerja di luar, dia akan balik awal untuk makan tengah hari. Jadi, aku akan siapkan terus makan tengah harinya. Risau juga kalau kerap sangat dia makan di luar. Waktu ofis aku bermula pukul 8 pagi sehingga 5 petang. Semua kerja pejabat aku akan selesaikan pada waktu tersebut sahaja. Tetapi disebabkan, aku baru melapor diri jadi tidak banyaklah kerja pejabat yang perlu aku uruskan kecuali ke bengkel untuk lengkapkan sesi PdP dan beberapa fail yang perlu aku catatkan setiap hari. Aku punya banyak masa terluang untuk semester ni. Seb...