Citer Kucing La Pulak!!!

Assalamualaikum...



Mr. Fluffy Moppy in the house!!

 
Haii, hai, hai...asyik bercerita berkenaan kanser sajoo kan? Hari ni kita bercerita ttg 2 ekor anak berbulu plak. Huhuhu..tp pic anak bulus lg sekor xde. Ni semua henpon canggih punya pasal menyebabkan aq terdelete dgn x sengaja...(arghh marah betul sebab silap sendiri). Inilah menunjukkan akan kelemahan tepon canggih (padahal diri ni x reti kikikiki)..


Ok, sebelum si Fluffy the Moopy cat ni wujud dlm family kiterorg (aq ngan suami je pun), ada sekor lg yg kiterorg panggil Mr. Buffy the Muffet. Buffy adalah mangsa virus Sporo, dah lama dah xde, hampir 2 thn lepas sudah. Buffy jejaka kampong berkulit ginger. Sgt gemuk lagi gagah perkasa. Asalnya sangat penakut (dgn cicak pun takut, apolah jenis kucing ntah). Tp sbbkan risau dia ni penakut kiterorg bawaklah jumpa dgn sedara kiteorg mengadu hal "Ngapelah si Buffy ni penakut sgt. Sokmo kene buli ngan taiko kawasan". Apa ntah sedare ni buat, balik je rmh terus dia berani smpaikan anjing jiran pun dia kejo. Dan dialah the lagend yg mencetuskan habit kucing2x sekitarnya menjadi pemanjat dan penduduk atap rumah jiran2x lain...(tetiba rasa bersalah dgn jiran2x). Disebabkan, keberanian itulah yg menyebabkan virus Sporo menghuni badan Mr.Buffy. Dia adalah kucing yg spesel. Knp? Sbb dia de ibu jari utk like..kekekeke.., dia juga yg sokmo menyambut kami blk kerja, sgt mendengar kata, walau dia duk cerok mane pun bila kita panggil je name dia sekejap je dia tercokoh depan muka. Rindu sgt2x. Bila mama dia terpaksa buat blk keje opis, dialah same teman dan buatkan keje tu (hah?? Buffy pandai wat keje opis? biar betul???!! x la, dia pandai tido atas kertas sambil air liur basi meleleh kene kertas kerja opis tu je...euwww...padan muka org opis sbb diorg x tau yg bertompok itu adalah hasil tuaian air liur basi Buffy kekeke..)


Mase Buffy masih hidup, kiteorg adopt la plk si Mr. Fluffy the Moopy. Agaknye dia baru seminggu dua kot. belum putus susu. Mama dia ni la duk nyusu sebelum gi keje, blk keje, sebelum tido. Mcm jage anak kecik. Dulu pun Buffy mcm tu jgk. adopt dr kecik sgt2x. Lbh sebulan Fluffy dgn kiteorg, Buffy pun xde. Sedih menangis xyah ckp la. Walau sebekeng mane pun suamiku tu, air mate hingus meleleh jgk. So, Fluffy la pengubat rindu Buffy. Buffy ni kiteorg xtau breed apa yg pasti bulu dia panjang la jgk. Dia ni sbnenarnya adalah MOP BERGERAK dalam versi kucing...hahaha..Start dari Buffy ke Fluffy sampai la family kami berkembang cergas sehingga skrg anak bulus sebanyk 13 ekor. Alhamdulillah.Semua ni dr adopt, beranak dan kutip. Rasenye cukuplah setakat ni. Rsau klw ramai sgt x termampu kudrat dgn keadaan aq mcm ni nk tengokkan diorg. xkan nk suh suami je...kesian la plk. mane nk take care aq lg, take care anak2x bulu lg. So, diorg nie semuanya dlm proses nk spayed & neuter. Buffy pun dah neuter.

Best tau ada kucing ni, sbb kucing2x kami sgtlah mendengar arahan (hehehe..ye ke?). Kami trained diaorg mcm trained anak2x. When mama @ papa say NO, means NO! tu sbb diorg xde nak panjat meja makan ke apa, melainkan selalu tarik alas meja kopi...huhuhu..tu xleh nk wat camne.

Arghh..penat dah taip panjang2x..okey, jumpe lg....hihihihi...

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Radioterapi

Kisah Makcik Zaiton

Kimoterapi: 2nd cycle