Pandangan & Luahan Seorang Pesakit Kanser

Assalamualaikum...

Hii...

Alhamdulillah, Allah masih sudi meminjamkan aku nafas dan jasad ini. So, hari ni aku nak bercerita. Cerita dari seorang pesakit kanser untuk caretaker yg sedang menjaga pesakit kanser. Mungkin suami, isteri,anak2x, saudara mara, sahabat @ kenalan.

Cerita yg aq nk cerita ni bukanlah satu cerita riak, takbur, bangga kerana punya penjaga yg setia. Tapi, yg nak aq highlite kan di sini adalah BETAPA PENTINGNYA SOKONGAN MORAL & FIZIKAL YANG DIPERLUKAN OLEH SEORANG PESAKIT KANSER YANG DALAM PROSES MENERIMA RAWATAN.

Ini cerita aq ~ Apabila mendapat berita aq positif kanser. Terasa seperti terawangan. Mujur Allah jodohkan aq dgn suamiku yg bertindak sgt pantas. Menyentap aq pulang ke dunia realiti. (Strike 1!).

Apabila aq berada dlm keadaan panik, resah untuk mnjalani rawatan mastectomy sebelah kiri. Apakah perlu @ tidak melaluinya. Suamiku dgn tegas "Do it! Allah dh beri petunjuk, jalan ini yg mudah. So, do it!".
"Tp B, syg sedih. Syg dh x normal. Hubby mesti pelik tgk syg nanti".

Ini jawab suamiku,

"Masa kita kenal, masa kita kahwin bukan itu yg B tengok. Hubby kahwin dgn syg sbb diri syg. Hubby kawin dgn syg kerana Allah. Hubby sygkan syg kerana Allah". Sepanjang aq dlm proses pulih dr surgery, ketika aq berada dlm keadaan kecelaruan. Sokongannya, kata semangatnya, kesabarannya...sentiasa mengurai kecelaruan td. (Strike 2!).

Ketika aq berlawan dgn emosi semasa proses kimoterapi. Hilang selera makan, hilang perasaan seronok, kurang upaya untuk lakukan semua kerja rmh. Suamikulah yg memasak, mengemas rumah, mencuci, menyuapkan makan, memastikan tuala basah di kepala tidak kering, memeluk dan menyabarkan aq tika aq sabar menahan sakit, menyeka air mata yg kesakitan, menguruskan diri aq yg tidak terurus, memberikan kata semangat yg tak pernah jemu.

Apabila putus asa datang menjengah, suami pasti menghalangnya dgn kata semangat. Kata yang menyedarkan bahawa Allah Itu Ada.

"Hubby, syg sedih. Syg rasa syg dh putus asa". Sambil mata merenung siling. Nampak hanya bias cahaya dari lampu tidur.

"Syg tau tak, Allah tak suka hamba Dia berputus asa. Hubby x pernah berputus asa. Putus asa ni seperti kita putus harap dgn Allah. Syg dah tak  percaya dgn kuasa Allah?".
"Astaghfirullahalazim", terus aq peluk tangan suamiku. (Strike 3!)

Itu hanya beberapa keadaan di mana suamiku sebagai penjaga aq ketika aq dalam proses rawatan. Tak mampu untuk aq karangkan segala keadaan yg kami tempuhi di sini. Cuma apa yang ingin aq katakan,

"Pesakit kanser perlukan sokongan moral dan fizikal. Jika kamu adalah penjaga pesakit kanser, jangan sesekali tinggalkan mereka terkontang kanting melawan sendirian. Ya, Allah Itu Ada! Tetapi kamu adalah hadiah yang Allah kirim kan kpd mereka. Kasihi, sayangi dan layanilah mereka dgn sabar dan ihsan. Santunilah mereka kerana Allah. Kerana itu menzahirkan dan membuktikan kamu siapa sebenarnya kamu. Adakah hanya seorang manusia ataupun seorang insan. Jadilah seorang pencinta yg menyintai kerana Allah. Bukan hanya menyintai nafsu semata."

Percayalah ujian yg Allah berikan ini adalah untuk pesakit dan org sekelilingnya. Jika berjaya tempuh, cahaya dan manis pasti menunggu di hujungnya.





Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Radioterapi

Kisah Makcik Zaiton

Kimoterapi: 2nd cycle