Awkward....

Assalamualaikum...

Hii...

Pada awal aku keluar hospital. Of cos, aku memang sangat happy dapat bersama dengan suami aku semula. Suami yang sanggup berkorban apa sahaja untuk aku. Suami yang tak cukup tidur, tak cukup rehat...terus shoot dari Kuantan semata2x nak jemput aku balik ke Kuantan. Layan jem lagi. Kesian suamiku. Aku tau dia terlalu penat. Hanya tidur 3 jam dan terpaksa drive sorang diri selama hampir 15 jam. Senyum, gembira, syukur sentiasa dibibir sepanjang perjalanan pulang kami. Semoga Allah juga yang mampu berikan sebaik2x balasan untuk suamiku.

Berbalik kepada cerita 'awkward'. Aku xtaulah adakah perasaan ni cuma aku yang rasa atau ade jugak yang rasa sama. Aku rasakan satu perasaan yang canggung, yang x selesa bila berada di dunia luar ni setelah 22 hari. di dalam hospital. Felt so hard to suit with surrounding. Meeting these & that people. Nak menangis pun ada. Sebab di dalam sana aku merasakan betapa aku positif. Aku x perlu untuk berfikir masalah keduniaan. Di luar sini, aku x selesa.

Semalam suami bawa ke kenduri saudaranya. Alhamdulillah, aq terserempak dengan sorang kakak yang sama2x battling with a cancer. Dan kami pun pernah sama2x berkampung di 7A. Ada satu perasaan release bila jumpa dia. Sempat bertegur sapa. Alhamdulillah.

Sekarang dah masuk hari ke-7 aku di luar. Alhamdulillah, sedikit sebanyak perasaan canggung tu dah berkurang. Terima kasih kepada suamiku. Mungkin dia faham keadaan aku. Sabar melayan kerenah. Semoga, aku cepat2x kembali kepada asal aku. Aku nak hidup yang tenang, hidup yang aman, hidup yang bahagia. Jika sudi, titipkanlah doa untukku. Mungkin doa kamu terus sampai kepada Allah. InsyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Radioterapi

Kisah Makcik Zaiton

Kimoterapi: 2nd cycle