Complete Treatment

Assalamualaikum..

Hii...

Alhamdulillah, pada 22/9/2015 semua treatment plan secara rasminya dah complete. Alhamdulillah. Mastectomy, chemo 6x   & radiotherapy 15x. Then follow up as needed.

Di IKN, Putrajaya seribu macam pengalaman, cerita, rasa, perasaan & kenangan. Teringat mula2x nak register in. Sedih, susah hati sampaikan my blood pressure mencanak naik. Dengan tak lena tidur on the first night there. (Orang selalu berkepit dengan suami gitu la. Mula tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak sampai ke tekak. Hohohihi....tp yg part mandi dgn makan tu aku bohong sebab kat sana sehari sampai 4 kali aku mandi. Makan pun sampai se'eh). Hati dah tak sabar nak habiskan treatment. Tak sabar nak balik Kuantan.

Tapi, bila sampai waktu untuk discharge hati dah bercampur baur. Sedih ada gembira pun ada. Bila dah stay sini selama 22 hari tanpa kena direct matahari, tanpa pijak tanah. Jangan tak tau aku perasan kulit pun dah macam cerah (Kahkahkah...sila masuk lif dan tekan sendiri).

Rasa macam katil No. 19 wad 7A tu dah macam my 2nd home. Dengan staf yg best2x. Dengan kamcingnyer geng2x yg senasib. Geng berborak, geng bergelak, geng nonton tv, geng pujuk nurse utk teman gi kedai, geng yang mengadu & berkongsi rasa. Walau kami berlainan. kaum, agama, warna kulit tp di sini kami sama rasa. Saling menghormati. Boleh buat lawak lg. Sama2x gelak. Time waktu aku solat, diorang boleh je hormat.

Aunty grace, ahkim, akak puven, aunty isah, acik ani, aunty minachi, acik rokiah, bibik ngisah, bibik johariah ni di antara klik yg sama2x agak lama di sana. Geng2x yg berkampung di sana.

Jadi itu sahaja dulu cerita aku buat hari ini. Suami aku dah jeling2x manja ni. Signal suruh siap2x sebab nak pergi jemputan kahwin sedara. Ada masa, jodoh then aq tulis lagi. Mmg nak kena tulis sebab nnti aq terlupa...almaklumlah...aq kan sekarang dah special. Ok, byeee......(hohiho suami dh bisingggg)

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Radioterapi

Kisah Makcik Zaiton

Kimoterapi: 2nd cycle