Tiada Anak

Assalamualaikum...

Hii...

Lama sungguh tak update blog. Semenjak dah habis semua rawatan, kurang cerita menarik untuk dikongsi. Hidup macam biasa, masih ikut follow up dengan hospital. Esok pun dah ada temujanji untuk mamogram test. Apa pun result, malas nak fikir.

Aku dengan suami, Alhamdulillah. Semua pun masih sama macam dulu. Cuma aku yang makin gemuk kah kah kah. Geram sungguh, dah kurangkan makan masih berat statik tak mahu berubah turun, tak mahunya hilang nombor 6.

Kami masih bertemankan dengan 11 ekor kucing kami. Aku berterus terang dengan suami. Aku suka begini. Berdua dengannya. Tiada anak tak mengapa. Aku seronok. Boleh berkepit tanpa gangguan. Boleh mengada bila suka. Mungkin sifat keibuan aku ini dah hilang ditekan masa. Mungkin perasaan untuk ada anak juga dah hilang. Tapi, aku ada usulkan pada suami. Jika dia inginkan anak kahwinlah atau ambil sahaja anak angkat. Tapi, katanya dia belum bersedia untuk pikul tanggungjawab lain. Yang masih ada ini pun belum lagi selesai sempurna. Lagi mahu tambah tanggungjawab?Katanya lagi, dia seronok bila berdua sahaja.
Tak perlu pusing kepala untuk menjawab soalan bila di kubur berkenaan kesempurnaan pendidikan anak.

Tapi jujurnya, aku memang hilang perasaan inginkan anak. Jika satu hari, ditakdirkan Allah memberi. Ya, aku terima. Tapi untuk aku sendiri mencari....hurmmm....belum rasanya...



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Radioterapi

Kisah Makcik Zaiton

Kimoterapi: 2nd cycle