Aku Tak Kuat Tapi...

Assalamualaikum..

Haii...

Hurmm, saat menulis ni walau patutnya dah masuk bilik & krohkrohkroh...tp kuatkan ati utk taip ni. Sbb, selagi x post ni selagi tulah rase mcm x setel.

Bismilahirrahmanirrahim.

Ramai ckp aq kuat. Ramai tanye mcm mane aq kuat harung & redah ujian, dugaan Allah bg ni. Setiap kali org ckp aq kuat, aqserba salah. sebab, aq ni x kuat pun. aq ni hamba Allah je. Yang bg kuat, yg korang nampak zahir ni, Allah yg bg. Allah yg bg kuat. Sebab aq xde daya. Aq berserah bulat2x pd Dia. Yup, aq still berusaha setakat yg termampu. Usaha untuk sembuh tu tetap masih on.

Sebelum Allah bagi ujian ni, Allah dh bagi ujian lain yg mcm2x pd kami suami isteri. Yg bile mase tu rase mcm hampir tersungkur menyembah bumi. Mase tu mcm2x la iblis syaitan duk bisik2x dlm rongga. Byk juga soklan yg bunyi "Knp, Mengapa, Bila, Bagaiman" mcm2x lg la yg duk dlm kepala hotak ni..Tp bila kita sabar, bila kita balik pada Allah. semua tu Insyallah akan Allah bg jln selesai yg x disangka2x..

Dan bila Allah bg ujian ni, baru aq tau...episod cerita yg sebelum ni adalah sebagai latihan dan persediaan untuk ujian sekarang ni. Alhamdulillah.

Selain dr perkara di atas, perasan tak knp Allah bg kita berjumpa dgn org yg bermacam2x. Maksud aq, org yg sekeliling kita ni. Yang punya cerita yang bermacam. Hah, cerita yang bermacam ni pun sebenarnya adalah pelajaran dan pengajaran utk kita sbenarnya. Jgn kita tgk org part yg best je. Kita tgk part yg kurang best. Sbb part yg x best tu la yg     kita x sangka akan ajar kita something. Contoh, aq knal satu family. Ada anak yg ramai, ada suami yg penyayang tp kurang part harta. Tp diaorg bahagia je. So, bersyukur Allah bg suami yg duk ada la ni. Yg penyayang, yang setia, yang garang mcm rimau, yg tegas mcm tong gas..hahahaha...dok aihh gurau je B. Menyintai dan menyanyangi aq lillahita'ala. X pernah pun sepanjang hampir 5 thn kawin ni dia mempersoalkan aq psl anak dan skrg ni walau aq ni dah kurang sbg seorg wanita secara zahirnya tp tu x mnjdkan masalah dan alasan knp dia perlu kurangkan kasih dan syg dia pd aq. So, bila kadang2x aq x dpt apa yg aq nk (nafsu pd harta bende), aq ingat kt family ni. At least, aq cukup makan pakai, kasih syg, tmpt berlindung dr panas hujan, ada kenderaan yg mudah utk bergerak. Alhamdulillah.

See? sebenarnya, bila kita pandang kiri kanan, atas bawah Allah bagi mcm2x nikmat yg Dia bg kt kita. Cuma sedar @ x untuk kita sentiasa bersyukur.

So, guys...aq x kuat pun. Tp Allah yg bagi pinjam kekuatan untuk aq tempuh ni semua. Lgpun, doa dr org sekeliling tu pun adalah asbabnye juga. Tp yg utama adalah Allah Yang Esa. Jadi bila rase x tau nk gi mana, nak buat macam mana. Mintak dgn Allah. Allah yg buat kita dan Allah lah kunci penyelesaian bg setiap masalah kita. Allah Yang Maha Esa.

Sekian dahulu tazkirah dr sy ustazah yang x berapa nk ustazah....hahahahaha...ngeeeee...


Sumber: Internet

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Radioterapi

Kisah Makcik Zaiton

Kimoterapi: 2nd cycle