Luahan Rasa

Assalamualaikum...

Hii...Alhamdulillah, harini dah hari ke-2 balik rmh. Lps dpt kuar spital terus stay rmh mentua. Mentua ckp, duduk la sini sampai dh ok then i can go home. Kesian mentua...huhuhu..she's 81, but need to be caretaker...of me...

Cadangnye nk attach pic kat blog ni tp, asyik loading je..almaklumlah, gune tab..nanti blk rmh sendiri boleh la godek computer rmh..fast & furious sikit..hikhikhik..

Spt tajuk. Perasaan aq. Allahuakbar. Walau zahirnya, rakan, teman, sahabat nmpak aq kuat. Tapi hanya Allah dan suami yg tau perasaan ni. bila mase aq benar ikhlas gembira, bila mase aq rase lost, bila mase aq berlakon...hurmm..

Aq suke 1 of couple from my office. Ya, Allah bagi dugaan & ujian. Bila mana Allah mengambil kudrat suaminya untuk berjalan, berlari, berdiri...tp yg benar2x kagum. Isterinya tanpa jemu membelai, mengasuh, memujuk, melayan, mencintai, menyayangi suaminya tanpa jemu. Benar, kata mereka. Kasih sayang ialah semangat dan kunci untuk menempuh ujian dan dugaan yang Allah bagi. Kasih sayang kerana Allah Ta'ala.

Aq di antara hamba Allah yang kecil sangat dugaan dan ujian yang diberi. Aq masih boleh berjalan. Aq masih boleh membuat kebanyakkan perkara sendiri. Tapi, aq juga kalah dengan emosi bila mana syaitan iblis berbisik di ronggaku. Ketika melihat letihnya diwajah suami dalam dia tersenyum. Ketika penatnya mata menahan air mata dari menitis di depanku. Ketika dia berlakon kuat untuk menguatkan semangatku. Ya Allah, Engkau ampunkan segala dosa suamiku. Kau berikan kebaikan yang terbaik untuk suamiku. Engkau satukan kami disyurgaMu. Ya Allah....

Aq masih boleh bertahan bilamana org lain menyakitiku, bilamana suara2x sumbang menyindir dgn keadaanku, bila mana riak keseronokkan dengan keadaanku. Tp jgn sakiti suamiku. Jangan meremehkan suamiku. Jangan memandang rendah suamiku. Jangan mengambil kesempatan atas kebaikkan suamiku. Kerana suamiku adalah yg istmewa bagiku. Usah dimomok kerisauan kepadaku, "nanti suamimu bigini, begitu kerana aq pernah berjumpa bila mana isteri begini, suaminya pasti begitu". Apakah engkau itu isteri kpd suamiku? Apakah engkau benar2x kenal isi luar dlm suamiku? Jangan menjadi iblis wahai manusia. Kerana manusia itu lbh sempurna. Atau kepingin sgtkah mahu menggantikan tempatnya si Iblis?

Berdoalah yang baik2x. Mintalah yang baik2x. Bersangkalah yang baik2x. Yang baik itulah yang lebih baik.


Sumber: Internet

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Radioterapi

Kisah Makcik Zaiton

Kimoterapi: 2nd cycle