Progress, Makan, Bosan, Cerita Kanser

Assalamualaikum...

Hiii..

Progress kesihatan selepas operation dan hampir seminggu dh keluar spital, Alhamdulillah. Part jahit makin sembuh. Kata suamiku, dah makin elok. Alhamdulillah. Yelah, nk suh aq nengok camne, x jelas. Kene org lain tlg tgokkan. baru clear..kikikiki. Eksesais pun ok. Aq dh boleh angkat tangan tinggi walau x selurus tangan sebelah kanan. Cuma bisa sakit, sengal tu masih ada.

Makan pulak mcm biasa. Masih lg berpantang dan suamilah yg jd chefnye. Kesian suami. Dia pun dh kurus sikit. Ulang alik. Rumah kami, rumah mak. Sbb tgokkan kucing2x kami kat rmh. Bukan xnak bwk dtg rmh mentua. Tp, mane nk letak 11 ekor. Plk tu budak2x ni x pernah keluar rmh melainkan gi vet. Lgpun kt rmh mak ni dh ada 10 ekor. Blk dr tgk kan kucing, bergegas masuk dapur siapkan lunch aq dan mak. Skrg ni Alhamdulillah, aq dah boleh mandi sendiri, pakai baju sendiri, sikat rambut sendiri, ikat rambut sendiri. Klw tdak mase awal2x operate ari tu, suamilah yg buat semua tu. Ingt kali pertama suami mandikan di spital, aq nangis. sbb rase kesiankn suami + mcm aq ni x berdaya sgt sedangkan seblum ni aq boleh buat semua sendiri. Gini agaknya perasaan mereka yang tgh dan telah diuji Allah dengan keadaan spt aq @ lebih teruk dr aq. Alhamdulillah, dh 3 ari pun aq dh mampu buat semua ni. Walaupun suami masih lg ragu2x nk lepaskan aq buat sendiri. Bila aq bertegas dan berjaya siapkan sendiri dan buat gaya, "Tarra!!" depan suami. Nmpk dia senyum, mata ada sikit berkaca. Mesti dlm hati dia ckp, "Alhamdulillah".

Walau duduk kt rmh mentua ni, boleh borak dgn mak, dgn suami tp rase bosan yg amat. X tau nk buat apa. Tambah pulak aq ni jenis yg biasa berjalan, buat keje smpai x ckup masa. Skrg ni, sampai terlebih2x mase xtau nk buat apa. Nk berjalan lasak sgt aq x terdaya. Lgpun kena jage diri betul2x, prepare utk kimo. Ya Allah Ya Tuhanku, berikan aq, suamiku, mak ayahku, mak ayah mentuaku, adik beradikku, saudara maraku, rakan dan sahabatku, dan seluruh muslimin dan muslimat akan kesihatan yg terbaik dunia dan akhirat. Nilah ayat yg selalu ada dlm doaku. Sbb walau duit setinggi gunung pun tp x sihat tiada nikmat jugakkan? Hehehehe...

Bila tgk cerita psl kanser je, aq terase. Rase sedih tetiba. Bila baca ttg mereka yg tgh fight cancer pun same. Tambah lg klw hamba Allah tu masih kanak2x. Pulak tu dgn kanser yg dh sgt teruk. Astaghfirullahalazim. Mmg, aq rase tersentuh, rase pilu, rase yg mcm2x yg aq sendiri pun xtau nk ckp mcm mane. Ya Allah...Insyallah, Allah bagi ketabahan kesabaran kepada kami, kepada keluarga kami, kepada mereka2x yg sekitar kami  dalam menempuh ujian Allah ini...ammiinn..Insyallah..




Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Radioterapi

Kisah Makcik Zaiton

Kimoterapi: 2nd cycle