Posts

To All Cancerians: Keep On Fighting!!!

Assalamualaikum... Hii... Semalam Tunku Jalil telah mangkat. Sebelum tu Pak Yus Jambu. Ramai yg kenal sbb mereka public figure. Dan sebelum tu kak Jorina, Sebelum tu ayah kepada ahli group cancer survivors. Boleh dikatakan ramai yg meninggal. Cuma beza arwah Pak Yus meninggal bukan asbab kanser. Aq xde pun nak up komen dlm FB ttg ketiadaan mereka di atas muka bumi ni. Bukan xde yg nak diperkatakan. Ada! Tapi aq merasakan apakah wajar utk aq bercerita panjang di situ? Lgpun terasa berat sangat utk aq komen di FB. Mereka dah tiada. Perjalanan & urusan mereka juga sudah setel. Skrg mereka berehat sambil menunggu & meneruskan perjalanan yg hakiki. Kenapa perlu diratapi? Kenapa perlu menangis teresak2x? Berhari2x? Mengikut nafsu hasutan syaitan. Betul, perasaan rindu! Mungkin juga jika suamiku dijemput Allah sebelum aq,  aq akan rindu. Rasa kosong, bosan tambah lg tiada anak. Tapi diam2x sudah. Doa! Doalah, itukan yg lebih baik. Kisah hidup mereka kita jadikan panduan. (Aq...

Bilakah Waktunya Tinggalkan Dunia

Assalamualaikum.... Hiii.... Semenjak aku bergelar pesakit kanser. Setiap minggu, kadang kala selang sehari, kadang kala setiap hari pasti dapat perkhabaran ada hamba Allah yang dijemput pulang. Ada yang disebabkan kanser, ada yang disebabkan kemalangan jalan raya, ada yang tiada pun sakitnya. Dahulu, bila dapat berita tentang kematian hati ni terusik sedih, sebak, takut. Sekarang ni, rasa macam biasa. Pernah aku baca, katanya klw dapat petkhabaran tentang kematian tetapi hati tidak tersentuh, hati itu telah mati. Entahlah, apakah benar hati aq ni telah mati? Tapi, sejujurnya bagi aq. Apabila tiba saat dipanggil pulang terpisah jasad dan roh. Terputus sudah urusan arwah dgn hal2x dunia Sesungguhnya, roh itu sendiri telah selamat pulang ke tempat asalnya. Yg kita tatap & ratap itu jasad yang kosong yg perlu disempurnakan pengkebumiannya.  Manakala, bermulalah perjalanan roh itu yang sebenarnya. Bagiku juga, jika tersinggah rindu pada arwah. Maka, sebaiknya sedekahkan a...

Resepi Mee Suah Mudah

Assalamualaikum, Hiii... Lunch untuk harini kita masak Mee Suah Sup. Kebetulan si Aiman ada boleh la buat. Aiman ni mmg feveret dia segala jenis mee, spageti. Tambah lagi musim hujan ni. Sedak ngat wehh!! Haritu, hari sebelum aq masuk ke IKN, 1st time aq mkn mee suah...di rumah k.ngah. start hari tu terindu-rindu la ke mee suah. Kt bwh ni aq share cara aq masak. Klw tgk kt gugel mcm2x kaedah. Tp, aq mls nk rumitkan kepala hotak jd. aq buat ikut style aq je muahahaha... Caraku: Tumis halia + bawang putih + lada hitam yg dah ditumbuk lumat. Dah wangi masukkan ayam (sebelum tu gaul ayam dgn garam + lada sulah). Masak smpai kering air ayam. Kemudian masukkan air. Masukkan kiub ayam.  Tambah garam ikut selera. Ayam yg dlm sup td aq kuarkan, perap dgn kicap + sos tiram + lada sulah. Kemudian goreng (mcm style nasi ayam). Ayam ni aq buat lauk. Sayur baby sawi +baby kailan. Aq celur sekejap dlm sup td kemudian keluarkan. Perkakas tambahan: Fish ball Fish cake Lada jeruk...

Pesanku Untukmu

Jika esok, Aku pergi dahulu, Aku tahu ada yang merindui, Hanya segelintir, Itu mencukupi. Jika esok, Bila aku sudah tiada, Sudi titipkan sedekah untukku, Buat bekal, Buat ringan perjalananku. Jika esok, Engkau pergi dahulu, Aku pasti merindui, Dan sama akanku lakukan. Antara engkau dan aku, Siapapun yang pergi dahulu, Senyumlah, Tabahlah, Esok, Pasti akan berjumpa lagi.

Kisah Makcik Zaiton

Assalamualaikum... Hii... Hari ini, aku mendapat khabar tentang Makcik Zaiton. Usah dicari entry Makcik Zaiton di sini kerana aku belum pernah bercerita tentang makcik. Ini entry pertama berkenaan Makcik Zaiton. Jika ada yang berjumpa dengan FB aku mungkin di situ boleh cuba digali cerita tentang makcik. Di sana, aku pernah 'up' kan cerita makcik untuk mengumpul dana untuk makcik. Siapa Makcik Zaiton? Bagaimana kenal? Kenapa aku begitu terkesan dengan Makcik Zaiton? Di FB Kuantan, semuanya bermula. Terlihat satu status berkenaan permohonan derma/ dana bantuan. Di tag sekali dengan gambar. Aku tilik gambar, serasa macam kenal. Terus teringat kisah hari terakhir di bilik 'day care'. Cycle terakhir kimoterapi. Katil kami berhadapan. Ya, betullah! Mukanya masih aku ingat. Makcik Zaiton badannya sedikit gempal. Hari itu, aku senyum. Tapi tak dibalas. Memang seperti mahu berbual dengannya, disebabkan senyumku tak dibalas makanya aku mengandaikan dia mahu menyendiri....

Hujan & Kenangan

Assalamualaikum... Hii... Tajuk tak leh tahan. Hujan air mata kee??? Dok aih. Leni time musim hujan dah tiba. Harini...time musim hujan ni, aq teringat kenangan akhir tahun lepas. Kenangan & memori yang melakar sejarah terindah (walaupun awal nyer nampak & rasa pedih tp skrg ni dh nampak dah nikmat dia). Teringat bait2x karangan kak Ratna. "Bila Ingat Mati". Kita dah kurang nk fikir ttg keduniaan sgt. Kebanyakkan berkisar kisah hidup selepas mati. Klw ada pun, hanya untuk menampung sementara nk meneruskan hidup. Alhamdulillah aq dijodohkan dengan suami yg selalu ingatkan ke arah kebaikkan. Walau suami aq tu mcm singa. Hahahaha...cakap pun xde nak lapik tp dia lah manusia yg setia yg sentiasa & x pernah berhenti bagi sokongan pd aq. Waima aq tau pasti ada di luar sana tanpa usul periksa mengutuk, bersangaka buruk, memfitnah suamiku. Aq marah! Aq terasa! Sebab apa yg org cakap, kutuk, fitnah, bersangka buruk pd suamiku ttg layanannya terhadap aq itu adalah sgt...

Nikmat Sebagai Cancerians

Assalamualaikum... Hii... Pagi ni baru lepas setel C.O.D. Nasi Ayam. Alhamdulillah, semuanya going smooth like smoothies hikhikhik...rezeki Allah yg bg. Alhamdulillah, 15/10/15 aritu pergi HTAA buat CT Scan & mamogram. Ikut pada result yg on the spot tu, kata doc clear. Tp papehal pun need  to be wait until 28/10. Utk confirm result. X kisahlah. Malas nk fikir, on this time i just want to be HAPPY. Enjoying with my life. If the result shown bad then aq ok jer...tp klw good news, Alhamdulillah sesangat. Apa pun keputusan Allah Yg Maha Berkuasa. Sampai masa Dia panggil nak x nak kena melayang pergi jugak. Emosi lebih, risau lebih, takut lebih pun xde guna. Mungkin korang ckp "ye ke tak ko ni? Entah2x kt rmh melalak. Rsau." Hehehe, sebenarnya 1 je aq nk ckp. Pernah x korang rase dah tiada daya. Xtau dh nk paut kt mana bila datang ujian melanda? Itu yg aq rase jd aq berpaut dgn kasih sayang Allah dgn harapan Dia sudi terima aq. Masa ni korang ckp la apa yg korang nk...