Posts

Ramadan 2016

Assalamualaikum, Hii... Hari ini sudah masuk hari ke-18 berpuasa. Yes, tahun ke-2 aku berpuasa sebagai cancer survivor. Dan tahun ke-2 juga puasa penuh ~ tak datang bulan... hehehe... Alhamdulillah... Rutin harian aku berjalan seperti biasa. Sama seperti puasa sebelum-sebelum ini. Cuma tahun ini mungkin sedikit bertambah. Jika ditakdirkan Ramadan kali ini adalah yang terakhir, biarlah ia menjadi Ramadan yang meninggalkan memori indah dan bermakna. Aku ketepikan segala rasa. Asalkan orang-orang yang aku sayang terasa bermakna. Hasbunallahhuwani'malwakil.

Result Biopsi-April 2016

Assalamualaikum.... Hii.... Alhamdulillah, hari ni TCA untuk result biopsi bulan 4 baru ni. Result ~> Tiada tanda2x kanser. Subahanallah, MasyaAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Syukur pada Allah Yang ESA. Sujud syukur padaMu Ya Allah.

Biopsi Lagi?

Assalamualaikum.... Hii.... Selasa baru2x ni rutin ke hospital lagi. Berjumpa dengan seorang makcik. Macam2x soalan ditanya tambah lagi dia baru nak buat biopsi. Awalnya, sepatah ditanya sepatah aku jawab. Maaf, bukan sombong. Cuma hari tu banyak yang perlu difikirkan. Rasa kasihan juga bila mana makcik kelihatan bersungguh bertanyakan segala yang ingin diketahui. Arghhhh...teringat kisah aku waktu awal perjalananku sebagai pesakit kanser. Aku pun seperti makcik. Banyak sungguh tanda soal. Jadi, untuk menghilangkan rasa gundah makcik. Segala yang ditanya aku cuba berikan jawapan yang terbaik. Selitkan nilai positif. Walaupun aku sendiri ketika itu sedang berperang dengan perasaan yang pelbagai. Aku tempuhi prosedur yang sama seperti hampir 2 tahun lepas. Berdebar? Rasanya tiada. Takut? Rasanya juga tiada. Makcik ke luar dari bilik mamogram dengan rupa yang aku boleh katakan macam sedikit pucat & lemah. Mungkin sakit? Atau mungkin makcik takut? Cuma yang aku sempat dengar ...

Mamogram & Biopsi Lagi...huhuhu...

Assalamualaikum... Hii... Lusa 19/4, aku akan melalui proses biopsi Lagi sekali untuk dada sebelah kanan. Doktor bagi tahu hasil mamogram minggu lepas biji yang sebelum ni yang didiagnoskan mungkin bukan kanser nampak sedikit ada pembesaran saiz berbanding result mamogram sebelum-sebelum ni. Huhuhu....bila doktor bagitahu kena buat biopsi Lagi sekali terus rasa tak best. Sakit kot! Mamogram tu pun sakit. Apatah lagi nak tambah dengan biopsi. Tapi, suamiku cakap "takpa. Buat je. Sekurangnya kita nak mengesahkan". Aku sedapkan hati sendiri, yang biji dia nampak makin besar walaupun hanya sedikit, itu sebab aku datang bulan. Yup, memang pun aku datang bulan. Jadi, sudah pasti payudara aku akan sedikit tegang & membengkak. Walau apa pun, kita tunggu hasil hari kejadian. Jangan ditanya perasaan aku sebab aku sendiri tak pasti apa yang aku rasa sekarang. Kikikiki...

Kanser & Stress

Assalamualaikum... Hii...lama betulkan aku tak update cerita Kat sini. Jadi, malam ni aku 'copy' cerita yang aku taip Dan 'paste' di blog ni. Happy reading guys....tapi ingat tau! Apa yang aku tulis ni tanpa bukti sahih yang direkodkan secara bertulis. Ini hanya hasil apabila sesi bersembang dengan pesakit kanser yang lain. Maka, aku berjumpa satu titik persamaan. Mungkin di luar sana boleh memanjangkan lagi pencarian jika berminat... 2 perkara ini saling berhubung kait. Saya sangat kurang mengetahui berkenaan kanser lain. Hanya sedikit pengetahuan tentang kanser payudara. Walaupun tiada punca sahih kenapa kanser berlaku namun salah satunya ada yang menyatakan ia berkait dengan gaya hidup seseorang. Namun, saya juga pernah berjumpa pesakit yang mengamalkan gaya hidup sihat (menjaga pemakanan, excersice berkala, etc.) tetapi masih juga diberikan dugaan kanser. Tapi, satu titik pertemuan bila digali saya menjumpai ~ STRESS. Stress yang tidak terkawal akan menganggu ...

Sedar Diri Hehehehe..

Assalamualaikum... Haii... Astaghfirullahhala'zim, dah lama sgt kan aq x update blog ni. Mohon maaf kepada mereka yg duk terbelek2x blog aq ni ari2x hanya utk baca cerita merapumeraban aq. Sebenarnya dlm tempoh aq duk fikir nak tulis apa, nak cerita apa, malas nak cerita...otak ni sebenarnya byk sgt nk cerita. Tp xtau nak mula kat mana. Adakah org faham maksud yg aq cuba sampaikan? Adakah ayat yg aq guna benar? Semuanya bercampur. Lagi pula,aq pun sendiri bukanlah sebaik, sempurna utk bercerita. Apa yg aq tulis selama ini pun hanya satu kaedah utk lepaskan anasir negatif dlm kaedah yg positif, InsyaAllah. Aq cuma berharap sangat2x apa yg aq kongsi dalam blog ni agar menjadi jambatan kebaikkan yg berterusan di antara aq dan Allah SWT juga semua pembaca sekalian. Sebelum aq diberikan oleh Allah untuk merasai nikmat ujian Kanser ini, berliku juga ujian yg terdahulu yg perlu ditempuhi. Bermula dr kecil, bujang hinggalah sudah bergelar isteri. Dahulu ketika kecil sehingga buja...

Bila Aku Tahu Aku Ada Kanser

Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim. Sy syer di sini pengalaman sy. Bukan nk kabo sy ni baik sgt. Sy pun byk lompang. Nauzubillahhiminzalik, mintak maaf berawal la deh. Sy syer utk mereka pesakit kanser yg baru yg mungkin tgh terawangan apa tindakan yg perlu dibuat. 1. Klw nk nangis, nangis puas2x. Tp ingat, jgn lagho ikut perasaan sgt. Sampai masa perlu stop nangis then STOP! 2. Ambil wuduk, mengadulah pd Allah yg menciptakan kita & sekelian alam. Tanya pd Allah apa perlu dibuat. Minta & merintihlah apa tindakan yg perlu dilakukan. Minta tunjukkan & dipermudahkan jalan. 3. Masa ni normal klw ada yg suka rahsiakan sakit dr org sekeliling. Mungkin rasa xnak menyusahkan org & x suka diri disimpati. Tp ketahuilah apabila berterus terang, tekanan perasaan itu akan berkurang. Ingat, berterus terang itu bukan kes menagih kasihan @ simpati org ramai. 4. Apabila ada yg tahu kita kanser, berduyun2x manusia sihat yg akan bg nasihat. Tak termasuk org bisnes. Semu...