Posts

Showing posts from 2016

Hargailah Pasangan Anda

Assalamualaikum... Hai... Hari ini aku terbaca satu status yang menarik minat aku untuk 'update' blog. Kata kuncinya, 'HARGAI PASANGAN ANDA'. Aku mungkin salah seorang manusia yang diberikan rezeki oleh Allah punya pasangan yang terbaik pada diri ini. Tetapi, pasanganku juga pasti ada kekurangan seperti aku dan manusia-manusia biasa di luar sana. Kekurangan itulah yang memerlukan kami untuk saling lengkap melengkapi. Ya, banyak dugaan yang kami tempuh. Juga banyak yang manis kami terima. Beberapa hari yang lepas, aku baru tersedar dengan realiti bahawa kami tidak akan punya keturunan dari susur kami berdua (sedang aku sebenarnya sudah sedia maklum dari awalnya yang untuk kami punya zuriat sendiri adalah mustahil). Kecuali dengan Kuasa Allah. Aku yang sudah begini, yang telah melalui rawatan, yang terpaksa menelan pil setiap malam, agak mustahil untuk punya anak~ tak punya keturunan. Tiada anak, tiada cucu, apatah lagi cicit. Kecuali dengan izin Allah. Sebagai ...

Amalan Pemakanan Aku

AMARAN KERAS: Ini adalah karangan 350 patah perkataan. Sila scroll down laju-laju untuk mengelakkan stress. Rentetan dari kisah kimchi semalam ada yang tanya, kaedah penjagaan pemakanan. Huhuhu..jujurnya, aku tak berdisiplin sangat pun (Kalau berdisiplin, tak adalah aku masih montel lagi comel kan, kan, kan 😂😂😂). Aku makan apa yang teringin. Cuma, berpada-padalah. Sekarang ni cuma kerap sikit masak sendiri. Sebolehnya masak sendiri kat rumah. Makan juga makanan luar, tapi jarang sangatlah sekarang ni. (Mujur poket nipis, kalau duit berkepok agaknya memang sokmo makan luar laa....kih kih kih). Tapi ni beberapa tabiat, yang aku cuba amalkan masa memasak selain bismillah 😂😂😂 & segalanya yang berkaitan: 1. Bila kena guna kunyit. Sebaiknya kunyit hidup. 2. Bila guna kunyit, tambah sikit lada hitam (beli yang biji,aku suka kisar sendiri). 3. Kadang aku suka hiris/ ketuk kunyit hidup kasar baru masuk dalam masakan. Nanti nak makan, aku cari buat ulam. 4. Bawang putih p...

Tiada Anak

Assalamualaikum... Hii... Lama sungguh tak update blog. Semenjak dah habis semua rawatan, kurang cerita menarik untuk dikongsi. Hidup macam biasa, masih ikut follow up dengan hospital. Esok pun dah ada temujanji untuk mamogram test. Apa pun result, malas nak fikir. Aku dengan suami, Alhamdulillah. Semua pun masih sama macam dulu. Cuma aku yang makin gemuk kah kah kah. Geram sungguh, dah kurangkan makan masih berat statik tak mahu berubah turun, tak mahunya hilang nombor 6. Kami masih bertemankan dengan 11 ekor kucing kami. Aku berterus terang dengan suami. Aku suka begini. Berdua dengannya. Tiada anak tak mengapa. Aku seronok. Boleh berkepit tanpa gangguan. Boleh mengada bila suka. Mungkin sifat keibuan aku ini dah hilang ditekan masa. Mungkin perasaan untuk ada anak juga dah hilang. Tapi, aku ada usulkan pada suami. Jika dia inginkan anak kahwinlah atau ambil sahaja anak angkat. Tapi, katanya dia belum bersedia untuk pikul tanggungjawab lain. Yang masih ada ini pun belum lagi ...

Raya 2016

Assalamualaikum.... Hii... Hari dah masuk 20/7. Sila tengok sendiri kalendar dah masuk Syawal yang ke berapa...hiuhiuhiu... Raya kali ini rasanya berbeza sikit. Raya kali ini rendang ayam & kuah kacang air tangan sendiri, hokkeyy... (koyalah tu) dan penasihat terhormat mestilah my mother in law...hihihi... Birthday suami pun jatuh dalam Syawal. Warghhh...mujur family members yang ingatkan. Terima kasih!! (kikikiki macam untuk aku pula...biasalah "wakil bagi:"). Kalau tak mesti aku lupa lagi. Berkenaan keadaan kesihatan aku, tak ada apa yang boleh dikhabarkan. Sebab aku kurang & jarang sekali memikirkan. Rutin checking, rutin ubat aku teruskan macam biasa. Rutin pelan pemakanan, rutin keluar peluh pun macam biasa. Cuma sedikit perubahan yang agak ketara, aku cepat letih. Masa bulan puasa baru-baru ini, pukul 10-10.30 aku dah selamat berdengkur. Semalam buat pertama kalinya, tangan sebelah operation lenguhnya lain macam. Suami dah tolong urutkan t...

Ramadan 2016

Assalamualaikum, Hii... Hari ini sudah masuk hari ke-18 berpuasa. Yes, tahun ke-2 aku berpuasa sebagai cancer survivor. Dan tahun ke-2 juga puasa penuh ~ tak datang bulan... hehehe... Alhamdulillah... Rutin harian aku berjalan seperti biasa. Sama seperti puasa sebelum-sebelum ini. Cuma tahun ini mungkin sedikit bertambah. Jika ditakdirkan Ramadan kali ini adalah yang terakhir, biarlah ia menjadi Ramadan yang meninggalkan memori indah dan bermakna. Aku ketepikan segala rasa. Asalkan orang-orang yang aku sayang terasa bermakna. Hasbunallahhuwani'malwakil.

Result Biopsi-April 2016

Assalamualaikum.... Hii.... Alhamdulillah, hari ni TCA untuk result biopsi bulan 4 baru ni. Result ~> Tiada tanda2x kanser. Subahanallah, MasyaAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Syukur pada Allah Yang ESA. Sujud syukur padaMu Ya Allah.

Biopsi Lagi?

Assalamualaikum.... Hii.... Selasa baru2x ni rutin ke hospital lagi. Berjumpa dengan seorang makcik. Macam2x soalan ditanya tambah lagi dia baru nak buat biopsi. Awalnya, sepatah ditanya sepatah aku jawab. Maaf, bukan sombong. Cuma hari tu banyak yang perlu difikirkan. Rasa kasihan juga bila mana makcik kelihatan bersungguh bertanyakan segala yang ingin diketahui. Arghhhh...teringat kisah aku waktu awal perjalananku sebagai pesakit kanser. Aku pun seperti makcik. Banyak sungguh tanda soal. Jadi, untuk menghilangkan rasa gundah makcik. Segala yang ditanya aku cuba berikan jawapan yang terbaik. Selitkan nilai positif. Walaupun aku sendiri ketika itu sedang berperang dengan perasaan yang pelbagai. Aku tempuhi prosedur yang sama seperti hampir 2 tahun lepas. Berdebar? Rasanya tiada. Takut? Rasanya juga tiada. Makcik ke luar dari bilik mamogram dengan rupa yang aku boleh katakan macam sedikit pucat & lemah. Mungkin sakit? Atau mungkin makcik takut? Cuma yang aku sempat dengar ...

Mamogram & Biopsi Lagi...huhuhu...

Assalamualaikum... Hii... Lusa 19/4, aku akan melalui proses biopsi Lagi sekali untuk dada sebelah kanan. Doktor bagi tahu hasil mamogram minggu lepas biji yang sebelum ni yang didiagnoskan mungkin bukan kanser nampak sedikit ada pembesaran saiz berbanding result mamogram sebelum-sebelum ni. Huhuhu....bila doktor bagitahu kena buat biopsi Lagi sekali terus rasa tak best. Sakit kot! Mamogram tu pun sakit. Apatah lagi nak tambah dengan biopsi. Tapi, suamiku cakap "takpa. Buat je. Sekurangnya kita nak mengesahkan". Aku sedapkan hati sendiri, yang biji dia nampak makin besar walaupun hanya sedikit, itu sebab aku datang bulan. Yup, memang pun aku datang bulan. Jadi, sudah pasti payudara aku akan sedikit tegang & membengkak. Walau apa pun, kita tunggu hasil hari kejadian. Jangan ditanya perasaan aku sebab aku sendiri tak pasti apa yang aku rasa sekarang. Kikikiki...

Kanser & Stress

Assalamualaikum... Hii...lama betulkan aku tak update cerita Kat sini. Jadi, malam ni aku 'copy' cerita yang aku taip Dan 'paste' di blog ni. Happy reading guys....tapi ingat tau! Apa yang aku tulis ni tanpa bukti sahih yang direkodkan secara bertulis. Ini hanya hasil apabila sesi bersembang dengan pesakit kanser yang lain. Maka, aku berjumpa satu titik persamaan. Mungkin di luar sana boleh memanjangkan lagi pencarian jika berminat... 2 perkara ini saling berhubung kait. Saya sangat kurang mengetahui berkenaan kanser lain. Hanya sedikit pengetahuan tentang kanser payudara. Walaupun tiada punca sahih kenapa kanser berlaku namun salah satunya ada yang menyatakan ia berkait dengan gaya hidup seseorang. Namun, saya juga pernah berjumpa pesakit yang mengamalkan gaya hidup sihat (menjaga pemakanan, excersice berkala, etc.) tetapi masih juga diberikan dugaan kanser. Tapi, satu titik pertemuan bila digali saya menjumpai ~ STRESS. Stress yang tidak terkawal akan menganggu ...

Sedar Diri Hehehehe..

Assalamualaikum... Haii... Astaghfirullahhala'zim, dah lama sgt kan aq x update blog ni. Mohon maaf kepada mereka yg duk terbelek2x blog aq ni ari2x hanya utk baca cerita merapumeraban aq. Sebenarnya dlm tempoh aq duk fikir nak tulis apa, nak cerita apa, malas nak cerita...otak ni sebenarnya byk sgt nk cerita. Tp xtau nak mula kat mana. Adakah org faham maksud yg aq cuba sampaikan? Adakah ayat yg aq guna benar? Semuanya bercampur. Lagi pula,aq pun sendiri bukanlah sebaik, sempurna utk bercerita. Apa yg aq tulis selama ini pun hanya satu kaedah utk lepaskan anasir negatif dlm kaedah yg positif, InsyaAllah. Aq cuma berharap sangat2x apa yg aq kongsi dalam blog ni agar menjadi jambatan kebaikkan yg berterusan di antara aq dan Allah SWT juga semua pembaca sekalian. Sebelum aq diberikan oleh Allah untuk merasai nikmat ujian Kanser ini, berliku juga ujian yg terdahulu yg perlu ditempuhi. Bermula dr kecil, bujang hinggalah sudah bergelar isteri. Dahulu ketika kecil sehingga buja...

Bila Aku Tahu Aku Ada Kanser

Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim. Sy syer di sini pengalaman sy. Bukan nk kabo sy ni baik sgt. Sy pun byk lompang. Nauzubillahhiminzalik, mintak maaf berawal la deh. Sy syer utk mereka pesakit kanser yg baru yg mungkin tgh terawangan apa tindakan yg perlu dibuat. 1. Klw nk nangis, nangis puas2x. Tp ingat, jgn lagho ikut perasaan sgt. Sampai masa perlu stop nangis then STOP! 2. Ambil wuduk, mengadulah pd Allah yg menciptakan kita & sekelian alam. Tanya pd Allah apa perlu dibuat. Minta & merintihlah apa tindakan yg perlu dilakukan. Minta tunjukkan & dipermudahkan jalan. 3. Masa ni normal klw ada yg suka rahsiakan sakit dr org sekeliling. Mungkin rasa xnak menyusahkan org & x suka diri disimpati. Tp ketahuilah apabila berterus terang, tekanan perasaan itu akan berkurang. Ingat, berterus terang itu bukan kes menagih kasihan @ simpati org ramai. 4. Apabila ada yg tahu kita kanser, berduyun2x manusia sihat yg akan bg nasihat. Tak termasuk org bisnes. Semu...