Posts

Dulu Kanser, Sekarang Lemah Jantung

Ini kisah aku. Bukan untuk mohon simpati. Tapi lebih kepada berhati-hati kepada pesakit kanser yang lain yang telah selesai menerima semua rawatan. Selain kanser payudara, hypertiroid dan sekarang aku di diagnosed dengan penyakit lemah jantung. Wakaka  🤣 🤣 , umur belum cecah 40 tahun. Semua penyakit kritikal aku conquer. Tamak sangat nampak gayanya. Aku mula batuk, sesak nafas hampir lebih setahun. Setiap kali batuk mesti lama dan jika ke emergancy atau klinik aku akan diberi nab. Dan kerana kerap ambil nab aku dibekalkan pam warna biru. Guna bila perlu. Nab hanya berfungsi hanya dalam beberapa tempoh sahaja dan kembali sesak nafas. Sebelum aku di diagnosed dengan lemah jantung beberapa jenis kemungkinan diagnose telah dimaklumkan kepada aku oleh pegawai perubatan. Dan masalah sesak nafas aku masih terjadi. Sehingga, hampir sebulan aku tidur dalam keadaan duduk dan maksimum hanya mampu sejam sahaja. Otak pun dah tak betul. Macam orang gila pun ya. Badan letih dan mengantu...

PENGORBANAN SUAMI YANG KADANG KALA ISTERI TERLEPAS PANDANG

Assalamualaikum.... Haii... Minggu lepas dengan kesibukkan kerja pejabat yang mengejar dateline membuatkan tahap kesihatan makin tidak memberangsangkan. Sehingga, doktor membuat ujian TB walaupun tiada sipmtom TB  😂 😂 . Alhamdulillah, ini pun satu rezeki jika dapat doktor yang betul-betul prihatin tambahan bila aku tunjukkan rekod sejarah kanser. Lagilah dia risau dan menyatakan, "Puan ada sejarah CA, jadi mungkin sistem imun badan puan tidak seku at dulu dan itu adalah normal". Jadi, berbalik pada tajuk cerita. Minggu lepas juga, aku berkenalan dengan isteri kepada kawan baik suami. Disahkan kanser seperti aku. Sehari selepas pembedahan, aku dan suami melawat mereka walaupun tidak dapat bercakap lama dengan isterinya tapi kami meluangkan masa dengan suaminya. Apa yang diborakkan hanya berapa peratus sahaja masuk ke kepala. Apa yang aku perhatikan, fizikal suaminya. Paling nyata, matanya merah. Mukanya keletihan. Ditambah riak risau. Kami keluar dari ban...

TITIPAN UNTUK SEMUA PEJUANG KANSER

Assalamualaikum dan haiii... Woootttt...wooott...dah lama gilerrrr aku tak update blog ni. Sibuk dengan kerja, dengan aktiviti sendiri, keluarga, bermasyarakat.....perghh!! Dah macam Yang Berhormat lagaknya, wakakaka.... Hari ini 29/10/2019. Kalau di congak hampir 5 tahun perjuangan kanser. Aku pun dah hampir 3 tahun lebih dah masuk kerja balik. Stress!? Tak boleh lari. Di bawah ni adalah cebisan penulisan aku yang aku copy dari facebook untuk bacaan kalian. Sekiranya, ia berfaedah bacalah. Jika tidak, abaikanlah. Aku mohon maaf terlebih dahulu mungkin pandangan kita berbeza tetapi ini adalah pandangan peribadi aku terhadap badanku dan perjuanganku selama ini, kerana Allah Ta'ala.  Satu lagi perkara, sekiranya jika hadir perasaan 'HEBAT' mohon kembalikan kepada Allah. Sesungguhnya segala puji dan kebaikkan itu adalah milik Allah juga. Aku hanya 'puppet' yang berlakon di pentas dunia. Tolong bantu aku untuk tiada riak dan sombong walau sepecis di dalam d...

Rutin Harian Bekas Pesakit Kanser

Assalamualaikum.... Hii... Rutin harian aku sebagai bekas pesakit kanser semasa bercuti dan selepas melapor diri banyak sangat bezanya. Tetapi, di sini aku ingin bercerita rutin harian selepas aku melapor diri semula sebagai seorang pendidik. Rutin harian aku bermula seawal sebelum subuh. Bersedia apa yang patut. Selepas Subuh, terus ke dapur siapkan bekal makanan aku dan juga sarapan untuk kami suami isteri. Kadang-kadang, kalau suami aku tiada urusan kerja di luar, dia akan balik awal untuk makan tengah hari. Jadi, aku akan siapkan terus makan tengah harinya. Risau juga kalau kerap sangat dia makan di luar. Waktu ofis aku bermula pukul 8 pagi sehingga 5 petang. Semua kerja pejabat aku akan selesaikan pada waktu tersebut sahaja. Tetapi disebabkan, aku baru melapor diri jadi tidak banyaklah kerja pejabat yang perlu aku uruskan kecuali ke bengkel untuk lengkapkan sesi PdP dan beberapa fail yang perlu aku catatkan setiap hari. Aku punya banyak masa terluang untuk semester ni. Seb...

Kisah raya + Kisah Masuk Kerja

Assalamualaikum....hiii... Rindu kita tak? kihkhkih.... Sekarang di ofis. Curi-curi masa update blog. Nampak macam guna harta kerajaan untuk hal-hal sendiri kan? Tapi aku taklik dengan niat untuk menyebarkan info dan ilmu berguna. Aku kan seorang pendidik....hahaha..boleh gitu? Lagipun aku tiadalah keuntungan apa pun secara kewangan dengan blog yang takde iklan, tak ceria, yang entah apa-apa. Semoga info yang dikongsi ini dapat membantu mereka yang membaca. Baiklah, kisah raya kali ini. Raya 2017. Tak tahu kenapa, tapi raya kali ini sangatlah 'kejung' rasanya dengan tiada persiapan. Dengan kekalutan yang entah apa-apa. Mujur sebulan puasa itu, aku rasa puas. Puas sebab boleh masakkan juadah untuk berbuka. Untuk suami, mak dan anak-anak saudara. Walaupun penat, lecun berpeluh tetap puas hati. Tapi tiadalah setiap hari. Kadang-kadang beli juga. Itu bila dah tak larat ataupun dah tak tahu nak masak apa. Puasa kali ini juga, aku berpeluang berbuka dengan mama. Masakkan lauk u...

Hargailah Pasangan Anda

Assalamualaikum... Hai... Hari ini aku terbaca satu status yang menarik minat aku untuk 'update' blog. Kata kuncinya, 'HARGAI PASANGAN ANDA'. Aku mungkin salah seorang manusia yang diberikan rezeki oleh Allah punya pasangan yang terbaik pada diri ini. Tetapi, pasanganku juga pasti ada kekurangan seperti aku dan manusia-manusia biasa di luar sana. Kekurangan itulah yang memerlukan kami untuk saling lengkap melengkapi. Ya, banyak dugaan yang kami tempuh. Juga banyak yang manis kami terima. Beberapa hari yang lepas, aku baru tersedar dengan realiti bahawa kami tidak akan punya keturunan dari susur kami berdua (sedang aku sebenarnya sudah sedia maklum dari awalnya yang untuk kami punya zuriat sendiri adalah mustahil). Kecuali dengan Kuasa Allah. Aku yang sudah begini, yang telah melalui rawatan, yang terpaksa menelan pil setiap malam, agak mustahil untuk punya anak~ tak punya keturunan. Tiada anak, tiada cucu, apatah lagi cicit. Kecuali dengan izin Allah. Sebagai ...

Amalan Pemakanan Aku

AMARAN KERAS: Ini adalah karangan 350 patah perkataan. Sila scroll down laju-laju untuk mengelakkan stress. Rentetan dari kisah kimchi semalam ada yang tanya, kaedah penjagaan pemakanan. Huhuhu..jujurnya, aku tak berdisiplin sangat pun (Kalau berdisiplin, tak adalah aku masih montel lagi comel kan, kan, kan 😂😂😂). Aku makan apa yang teringin. Cuma, berpada-padalah. Sekarang ni cuma kerap sikit masak sendiri. Sebolehnya masak sendiri kat rumah. Makan juga makanan luar, tapi jarang sangatlah sekarang ni. (Mujur poket nipis, kalau duit berkepok agaknya memang sokmo makan luar laa....kih kih kih). Tapi ni beberapa tabiat, yang aku cuba amalkan masa memasak selain bismillah 😂😂😂 & segalanya yang berkaitan: 1. Bila kena guna kunyit. Sebaiknya kunyit hidup. 2. Bila guna kunyit, tambah sikit lada hitam (beli yang biji,aku suka kisar sendiri). 3. Kadang aku suka hiris/ ketuk kunyit hidup kasar baru masuk dalam masakan. Nanti nak makan, aku cari buat ulam. 4. Bawang putih p...