Posts

Perjalanan Sekarang Sebagai Pejuang Kanser

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hiii.... Pertama sekali, mungkin gaya penulisan kali ini agak berbeza dengan yang sebelum-sebelumnya kerana dah terlalu lama tidak menulis.  Pagi ini terasa nak menjengok blog yang dah lama sangat di tinggalkan. Begitulah kehidupan, banyak yang perlu diuruskan. Keluarga, kerjaya, kesihatan dan hal-hal peribadi dan sampingan yang lain. Lelah! Tetapi, tetap juga kena teruskan hidup selagi nafas masih ada. Alhamdulillah, walau perjalanan ini terasa lelah. Sejak dari posting terakhir sehingga hari ini, ada beberapa achivement (kerjaya) yang Allah rezekikan untuk aku. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Dalam awal tahun aku mendapat Anugerah Pekerja Cemerlang peringkat jabatan. Tahun ini juga aku memohon kenaikkan pangkat setelah semua dokumen lengkap dan aku berlapang dada untuk memohon (semoga Allah berikan khabar baik untuk permohonan ini. Amin ya Allah). Rezeki seterusnya yang aku terlalu tidak menyangka-nyangka. Sekali lagi aku mendapat...

Tanda-Tanda Kegagalan Jantung (Pengalaman sendiri)

 Assalamualaikum dan hii. Alhamdulillah, Allah masih lagi bagi peluang aku meneruskan kehidupan dan melaksanakan tanggungjawab di atas dunia ini.  Tajuk blog kali ini, aku akan bercerita mengenai tanda-tanda, rawatan dan tindakan yang aku ambil sepanjang perjalanan kisah kegagalan jantung berlaku. Sekiranya anda pernah mengikuti kisah aku di blog ini, aku ada juga menceritakan perihal ini tetapi mungkin tidak terlalu lengkap dan tersusun. Masalah kegagalan jantung yang aku hadapi dan baru ketahui di antara akhir tahun 2019 dan awal tahun 2020 hadir dengan beberapa tanda. Tanda-tanda ini, sekiranya diselusuri sudah agak lama muncul cuma aku terlalu naif. Mungkin. Tanda- tanda awal: 1. Penat/ letih yang agak melampau. (Andai aku sedang melakukan kerja-kerja rumah, aku perlu untuk mengambil beberapa kali tempoh berehat sebelum menyambung kembali). 2. Kerap kali batuk . (Batuk yang mengambil tempoh agak lama untuk sembuh, dan ' on, off' ). (Kedua-dua tanda di atas telah muncul seb...

Kanser & Vaksin

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini masuk tahun 2022. Perjalanan dari 2014 sehingga 2022, pejam celik hampir 8 tahun kisah kanser ini berlalu dan blog ini pun hampir 8 tahun di sini. Sudah lama sangat tiada kisah baru di sini. Hari ini terasa ingin menjenguk dan mohon maaf kepada pembaca yang komen tetapi saya lambat sangat reply.  Terlalu sibuk dengan kerja-kerja hakiki dan hal-hal keluarga. Berkenaan vaksin, 30/12/22 saya telah lengkap vaksin dan lengkap dengan booster. Ketiga-tiga jenis tersebut adalah Pfizer.   Kesan sampingan? Keseluruhannya tiada kesan ketara melainkan sakit bekas cucuk dan sedikit bengkak. Saya rasa itu normal. Apakah pandangan saya kepada pesakit kanser menerima vaksin? Terpulang kepada tuan badan. Saya masih dengan cara saya. Berbalik kepada Allah. Tanya Allah, Dialah yang punyai jawaan yang terbaik.  Hasbunallahhuwani'malwakil. Semoga Allah sentiasa memudahkan semua urusan kita saat ini dan saat seterusnya sehingga dunia dan...

Kanser, Temoxifen, Covid-19

 Assalamualaikum dan hiii.... Aku kembali merapu sambil menunggu video P&P selesai di upload ke dalam paltform 😄. Kagumkan dengan pencapaian aku? Aku pun kagum dengan diri sendiri tapi kembali sedar diri. Semua ini pun dengan izin dan baiknya Allah SWT kerana sudi memudahkan semua urusan hamba Dia yang selalu alpa. Astaghfirullahalazim. So, tahun 2020 yang penuh dengan cabaran yang tak disangka-sangka juga nikmat yang tak dijangka-jangka. Bulan Mac, Malaysia melaksanakan PKP ekorang kes Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Terkini, virus Covid-19 masih lagi tidak dapat diatasi sepenuhnya. Vaksin masih di cari walaupun berita ada menyatakan negara Russia telah berjaya menjumpai vaksin tersebut dan dalam proses medaftarkan hak. Namun, jika dirujuk kepada berita terkini, virus tersebut telah melalui proses mutasi yang baharu. Makanya, aku tidak pasti apakah vaksin yang dipercayai untuk Covid-19 tersebut dapat membantu merawat serangan virus ini kepada kumpulan manusia di dunia in...

Ujian Hadir Untuk Semua

Assalamualaikum dan hiii... Buat pertama kalinya aku buntu tidak tahu bagaimana untuk menyusun ayat walaupun sekadar ayat tunggang langgang sekalipun. Buat pertama kali ini juga, aku mengambil masa yang sangat lama untuk menekan butang  publish  kerana setiap kali aku taip dan aku akan kembali padam. Berulang-ulang kali. Hampir seminggu. Sekiranya aku berjaya menekan  butang  publish hari ini, ia bermaksud sekali lagi aku telah berjaya memadam keseluruhan penulisan sebelum ini. Apa yang terpampang adalah adalah apa yang aku taip sebentar tadi. Sebarang ujian yang hadir tidak kiralah sakit, kemalangan, anak-anak atau apa-apa sahaja yang dianggap ujian bukanlah semata-mata untuk mereka yang kita lihat secara zahiriahnya yang sedang menghadapi. Tetapi ujian tersebut adalah untuk semua termasuk kita yang mengetahui. Inilah yang selalu diingatkan oleh suami aku. Disebabkan blog ini wujud ketika aku sedang mengharungi proses rawatan kanser payudara makanya, aku akan b...

Dulu Kanser, Sekarang Lemah Jantung

Ini kisah aku. Bukan untuk mohon simpati. Tapi lebih kepada berhati-hati kepada pesakit kanser yang lain yang telah selesai menerima semua rawatan. Selain kanser payudara, hypertiroid dan sekarang aku di diagnosed dengan penyakit lemah jantung. Wakaka  🤣 🤣 , umur belum cecah 40 tahun. Semua penyakit kritikal aku conquer. Tamak sangat nampak gayanya. Aku mula batuk, sesak nafas hampir lebih setahun. Setiap kali batuk mesti lama dan jika ke emergancy atau klinik aku akan diberi nab. Dan kerana kerap ambil nab aku dibekalkan pam warna biru. Guna bila perlu. Nab hanya berfungsi hanya dalam beberapa tempoh sahaja dan kembali sesak nafas. Sebelum aku di diagnosed dengan lemah jantung beberapa jenis kemungkinan diagnose telah dimaklumkan kepada aku oleh pegawai perubatan. Dan masalah sesak nafas aku masih terjadi. Sehingga, hampir sebulan aku tidur dalam keadaan duduk dan maksimum hanya mampu sejam sahaja. Otak pun dah tak betul. Macam orang gila pun ya. Badan letih dan mengantu...

PENGORBANAN SUAMI YANG KADANG KALA ISTERI TERLEPAS PANDANG

Assalamualaikum.... Haii... Minggu lepas dengan kesibukkan kerja pejabat yang mengejar dateline membuatkan tahap kesihatan makin tidak memberangsangkan. Sehingga, doktor membuat ujian TB walaupun tiada sipmtom TB  😂 😂 . Alhamdulillah, ini pun satu rezeki jika dapat doktor yang betul-betul prihatin tambahan bila aku tunjukkan rekod sejarah kanser. Lagilah dia risau dan menyatakan, "Puan ada sejarah CA, jadi mungkin sistem imun badan puan tidak seku at dulu dan itu adalah normal". Jadi, berbalik pada tajuk cerita. Minggu lepas juga, aku berkenalan dengan isteri kepada kawan baik suami. Disahkan kanser seperti aku. Sehari selepas pembedahan, aku dan suami melawat mereka walaupun tidak dapat bercakap lama dengan isterinya tapi kami meluangkan masa dengan suaminya. Apa yang diborakkan hanya berapa peratus sahaja masuk ke kepala. Apa yang aku perhatikan, fizikal suaminya. Paling nyata, matanya merah. Mukanya keletihan. Ditambah riak risau. Kami keluar dari ban...

TITIPAN UNTUK SEMUA PEJUANG KANSER

Assalamualaikum dan haiii... Woootttt...wooott...dah lama gilerrrr aku tak update blog ni. Sibuk dengan kerja, dengan aktiviti sendiri, keluarga, bermasyarakat.....perghh!! Dah macam Yang Berhormat lagaknya, wakakaka.... Hari ini 29/10/2019. Kalau di congak hampir 5 tahun perjuangan kanser. Aku pun dah hampir 3 tahun lebih dah masuk kerja balik. Stress!? Tak boleh lari. Di bawah ni adalah cebisan penulisan aku yang aku copy dari facebook untuk bacaan kalian. Sekiranya, ia berfaedah bacalah. Jika tidak, abaikanlah. Aku mohon maaf terlebih dahulu mungkin pandangan kita berbeza tetapi ini adalah pandangan peribadi aku terhadap badanku dan perjuanganku selama ini, kerana Allah Ta'ala.  Satu lagi perkara, sekiranya jika hadir perasaan 'HEBAT' mohon kembalikan kepada Allah. Sesungguhnya segala puji dan kebaikkan itu adalah milik Allah juga. Aku hanya 'puppet' yang berlakon di pentas dunia. Tolong bantu aku untuk tiada riak dan sombong walau sepecis di dalam d...

Rutin Harian Bekas Pesakit Kanser

Assalamualaikum.... Hii... Rutin harian aku sebagai bekas pesakit kanser semasa bercuti dan selepas melapor diri banyak sangat bezanya. Tetapi, di sini aku ingin bercerita rutin harian selepas aku melapor diri semula sebagai seorang pendidik. Rutin harian aku bermula seawal sebelum subuh. Bersedia apa yang patut. Selepas Subuh, terus ke dapur siapkan bekal makanan aku dan juga sarapan untuk kami suami isteri. Kadang-kadang, kalau suami aku tiada urusan kerja di luar, dia akan balik awal untuk makan tengah hari. Jadi, aku akan siapkan terus makan tengah harinya. Risau juga kalau kerap sangat dia makan di luar. Waktu ofis aku bermula pukul 8 pagi sehingga 5 petang. Semua kerja pejabat aku akan selesaikan pada waktu tersebut sahaja. Tetapi disebabkan, aku baru melapor diri jadi tidak banyaklah kerja pejabat yang perlu aku uruskan kecuali ke bengkel untuk lengkapkan sesi PdP dan beberapa fail yang perlu aku catatkan setiap hari. Aku punya banyak masa terluang untuk semester ni. Seb...

Kisah raya + Kisah Masuk Kerja

Assalamualaikum....hiii... Rindu kita tak? kihkhkih.... Sekarang di ofis. Curi-curi masa update blog. Nampak macam guna harta kerajaan untuk hal-hal sendiri kan? Tapi aku taklik dengan niat untuk menyebarkan info dan ilmu berguna. Aku kan seorang pendidik....hahaha..boleh gitu? Lagipun aku tiadalah keuntungan apa pun secara kewangan dengan blog yang takde iklan, tak ceria, yang entah apa-apa. Semoga info yang dikongsi ini dapat membantu mereka yang membaca. Baiklah, kisah raya kali ini. Raya 2017. Tak tahu kenapa, tapi raya kali ini sangatlah 'kejung' rasanya dengan tiada persiapan. Dengan kekalutan yang entah apa-apa. Mujur sebulan puasa itu, aku rasa puas. Puas sebab boleh masakkan juadah untuk berbuka. Untuk suami, mak dan anak-anak saudara. Walaupun penat, lecun berpeluh tetap puas hati. Tapi tiadalah setiap hari. Kadang-kadang beli juga. Itu bila dah tak larat ataupun dah tak tahu nak masak apa. Puasa kali ini juga, aku berpeluang berbuka dengan mama. Masakkan lauk u...

Hargailah Pasangan Anda

Assalamualaikum... Hai... Hari ini aku terbaca satu status yang menarik minat aku untuk 'update' blog. Kata kuncinya, 'HARGAI PASANGAN ANDA'. Aku mungkin salah seorang manusia yang diberikan rezeki oleh Allah punya pasangan yang terbaik pada diri ini. Tetapi, pasanganku juga pasti ada kekurangan seperti aku dan manusia-manusia biasa di luar sana. Kekurangan itulah yang memerlukan kami untuk saling lengkap melengkapi. Ya, banyak dugaan yang kami tempuh. Juga banyak yang manis kami terima. Beberapa hari yang lepas, aku baru tersedar dengan realiti bahawa kami tidak akan punya keturunan dari susur kami berdua (sedang aku sebenarnya sudah sedia maklum dari awalnya yang untuk kami punya zuriat sendiri adalah mustahil). Kecuali dengan Kuasa Allah. Aku yang sudah begini, yang telah melalui rawatan, yang terpaksa menelan pil setiap malam, agak mustahil untuk punya anak~ tak punya keturunan. Tiada anak, tiada cucu, apatah lagi cicit. Kecuali dengan izin Allah. Sebagai ...

Amalan Pemakanan Aku

AMARAN KERAS: Ini adalah karangan 350 patah perkataan. Sila scroll down laju-laju untuk mengelakkan stress. Rentetan dari kisah kimchi semalam ada yang tanya, kaedah penjagaan pemakanan. Huhuhu..jujurnya, aku tak berdisiplin sangat pun (Kalau berdisiplin, tak adalah aku masih montel lagi comel kan, kan, kan 😂😂😂). Aku makan apa yang teringin. Cuma, berpada-padalah. Sekarang ni cuma kerap sikit masak sendiri. Sebolehnya masak sendiri kat rumah. Makan juga makanan luar, tapi jarang sangatlah sekarang ni. (Mujur poket nipis, kalau duit berkepok agaknya memang sokmo makan luar laa....kih kih kih). Tapi ni beberapa tabiat, yang aku cuba amalkan masa memasak selain bismillah 😂😂😂 & segalanya yang berkaitan: 1. Bila kena guna kunyit. Sebaiknya kunyit hidup. 2. Bila guna kunyit, tambah sikit lada hitam (beli yang biji,aku suka kisar sendiri). 3. Kadang aku suka hiris/ ketuk kunyit hidup kasar baru masuk dalam masakan. Nanti nak makan, aku cari buat ulam. 4. Bawang putih p...

Tiada Anak

Assalamualaikum... Hii... Lama sungguh tak update blog. Semenjak dah habis semua rawatan, kurang cerita menarik untuk dikongsi. Hidup macam biasa, masih ikut follow up dengan hospital. Esok pun dah ada temujanji untuk mamogram test. Apa pun result, malas nak fikir. Aku dengan suami, Alhamdulillah. Semua pun masih sama macam dulu. Cuma aku yang makin gemuk kah kah kah. Geram sungguh, dah kurangkan makan masih berat statik tak mahu berubah turun, tak mahunya hilang nombor 6. Kami masih bertemankan dengan 11 ekor kucing kami. Aku berterus terang dengan suami. Aku suka begini. Berdua dengannya. Tiada anak tak mengapa. Aku seronok. Boleh berkepit tanpa gangguan. Boleh mengada bila suka. Mungkin sifat keibuan aku ini dah hilang ditekan masa. Mungkin perasaan untuk ada anak juga dah hilang. Tapi, aku ada usulkan pada suami. Jika dia inginkan anak kahwinlah atau ambil sahaja anak angkat. Tapi, katanya dia belum bersedia untuk pikul tanggungjawab lain. Yang masih ada ini pun belum lagi ...

Raya 2016

Assalamualaikum.... Hii... Hari dah masuk 20/7. Sila tengok sendiri kalendar dah masuk Syawal yang ke berapa...hiuhiuhiu... Raya kali ini rasanya berbeza sikit. Raya kali ini rendang ayam & kuah kacang air tangan sendiri, hokkeyy... (koyalah tu) dan penasihat terhormat mestilah my mother in law...hihihi... Birthday suami pun jatuh dalam Syawal. Warghhh...mujur family members yang ingatkan. Terima kasih!! (kikikiki macam untuk aku pula...biasalah "wakil bagi:"). Kalau tak mesti aku lupa lagi. Berkenaan keadaan kesihatan aku, tak ada apa yang boleh dikhabarkan. Sebab aku kurang & jarang sekali memikirkan. Rutin checking, rutin ubat aku teruskan macam biasa. Rutin pelan pemakanan, rutin keluar peluh pun macam biasa. Cuma sedikit perubahan yang agak ketara, aku cepat letih. Masa bulan puasa baru-baru ini, pukul 10-10.30 aku dah selamat berdengkur. Semalam buat pertama kalinya, tangan sebelah operation lenguhnya lain macam. Suami dah tolong urutkan t...

Ramadan 2016

Assalamualaikum, Hii... Hari ini sudah masuk hari ke-18 berpuasa. Yes, tahun ke-2 aku berpuasa sebagai cancer survivor. Dan tahun ke-2 juga puasa penuh ~ tak datang bulan... hehehe... Alhamdulillah... Rutin harian aku berjalan seperti biasa. Sama seperti puasa sebelum-sebelum ini. Cuma tahun ini mungkin sedikit bertambah. Jika ditakdirkan Ramadan kali ini adalah yang terakhir, biarlah ia menjadi Ramadan yang meninggalkan memori indah dan bermakna. Aku ketepikan segala rasa. Asalkan orang-orang yang aku sayang terasa bermakna. Hasbunallahhuwani'malwakil.

Result Biopsi-April 2016

Assalamualaikum.... Hii.... Alhamdulillah, hari ni TCA untuk result biopsi bulan 4 baru ni. Result ~> Tiada tanda2x kanser. Subahanallah, MasyaAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Syukur pada Allah Yang ESA. Sujud syukur padaMu Ya Allah.

Biopsi Lagi?

Assalamualaikum.... Hii.... Selasa baru2x ni rutin ke hospital lagi. Berjumpa dengan seorang makcik. Macam2x soalan ditanya tambah lagi dia baru nak buat biopsi. Awalnya, sepatah ditanya sepatah aku jawab. Maaf, bukan sombong. Cuma hari tu banyak yang perlu difikirkan. Rasa kasihan juga bila mana makcik kelihatan bersungguh bertanyakan segala yang ingin diketahui. Arghhhh...teringat kisah aku waktu awal perjalananku sebagai pesakit kanser. Aku pun seperti makcik. Banyak sungguh tanda soal. Jadi, untuk menghilangkan rasa gundah makcik. Segala yang ditanya aku cuba berikan jawapan yang terbaik. Selitkan nilai positif. Walaupun aku sendiri ketika itu sedang berperang dengan perasaan yang pelbagai. Aku tempuhi prosedur yang sama seperti hampir 2 tahun lepas. Berdebar? Rasanya tiada. Takut? Rasanya juga tiada. Makcik ke luar dari bilik mamogram dengan rupa yang aku boleh katakan macam sedikit pucat & lemah. Mungkin sakit? Atau mungkin makcik takut? Cuma yang aku sempat dengar ...

Mamogram & Biopsi Lagi...huhuhu...

Assalamualaikum... Hii... Lusa 19/4, aku akan melalui proses biopsi Lagi sekali untuk dada sebelah kanan. Doktor bagi tahu hasil mamogram minggu lepas biji yang sebelum ni yang didiagnoskan mungkin bukan kanser nampak sedikit ada pembesaran saiz berbanding result mamogram sebelum-sebelum ni. Huhuhu....bila doktor bagitahu kena buat biopsi Lagi sekali terus rasa tak best. Sakit kot! Mamogram tu pun sakit. Apatah lagi nak tambah dengan biopsi. Tapi, suamiku cakap "takpa. Buat je. Sekurangnya kita nak mengesahkan". Aku sedapkan hati sendiri, yang biji dia nampak makin besar walaupun hanya sedikit, itu sebab aku datang bulan. Yup, memang pun aku datang bulan. Jadi, sudah pasti payudara aku akan sedikit tegang & membengkak. Walau apa pun, kita tunggu hasil hari kejadian. Jangan ditanya perasaan aku sebab aku sendiri tak pasti apa yang aku rasa sekarang. Kikikiki...

Kanser & Stress

Assalamualaikum... Hii...lama betulkan aku tak update cerita Kat sini. Jadi, malam ni aku 'copy' cerita yang aku taip Dan 'paste' di blog ni. Happy reading guys....tapi ingat tau! Apa yang aku tulis ni tanpa bukti sahih yang direkodkan secara bertulis. Ini hanya hasil apabila sesi bersembang dengan pesakit kanser yang lain. Maka, aku berjumpa satu titik persamaan. Mungkin di luar sana boleh memanjangkan lagi pencarian jika berminat... 2 perkara ini saling berhubung kait. Saya sangat kurang mengetahui berkenaan kanser lain. Hanya sedikit pengetahuan tentang kanser payudara. Walaupun tiada punca sahih kenapa kanser berlaku namun salah satunya ada yang menyatakan ia berkait dengan gaya hidup seseorang. Namun, saya juga pernah berjumpa pesakit yang mengamalkan gaya hidup sihat (menjaga pemakanan, excersice berkala, etc.) tetapi masih juga diberikan dugaan kanser. Tapi, satu titik pertemuan bila digali saya menjumpai ~ STRESS. Stress yang tidak terkawal akan menganggu ...

Sedar Diri Hehehehe..

Assalamualaikum... Haii... Astaghfirullahhala'zim, dah lama sgt kan aq x update blog ni. Mohon maaf kepada mereka yg duk terbelek2x blog aq ni ari2x hanya utk baca cerita merapumeraban aq. Sebenarnya dlm tempoh aq duk fikir nak tulis apa, nak cerita apa, malas nak cerita...otak ni sebenarnya byk sgt nk cerita. Tp xtau nak mula kat mana. Adakah org faham maksud yg aq cuba sampaikan? Adakah ayat yg aq guna benar? Semuanya bercampur. Lagi pula,aq pun sendiri bukanlah sebaik, sempurna utk bercerita. Apa yg aq tulis selama ini pun hanya satu kaedah utk lepaskan anasir negatif dlm kaedah yg positif, InsyaAllah. Aq cuma berharap sangat2x apa yg aq kongsi dalam blog ni agar menjadi jambatan kebaikkan yg berterusan di antara aq dan Allah SWT juga semua pembaca sekalian. Sebelum aq diberikan oleh Allah untuk merasai nikmat ujian Kanser ini, berliku juga ujian yg terdahulu yg perlu ditempuhi. Bermula dr kecil, bujang hinggalah sudah bergelar isteri. Dahulu ketika kecil sehingga buja...